Pages

Friday, July 2, 2010

Salam kesatuan satu warga diucapkan buat semua penuntut dan tenaga pengajar Fakulti Sains Teknologi, khususnya kepada pelajar-pelajar kemasukan baru bagi sesi 2010/ 2011 ke perbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia.Di kesempatan ini, saya mengajak kepada semua agar bersama memanjatkan setinggi kesyukuran kepada ilahi melalui penzahiran kepatuhan dan ketundukan kepadaNya kerana dengan izin serta rahmatNya yang tiada terhingga masih lagi menyempurnakan pernafasan kita dan memberi bermacam nikmat termasuklah peluang menyertai golongan penuntut ilmu di universiti yang tercinta ini.Pastinya semua sahabat membekalkan diri bukan sahaja dengan peralatan dan pakaian yang secukupnya, malah yang paling penting membawa pesanan dan nasihat keluarga untuk dipraktikkan bagi menempuh cabaran serta ujian yang bakal diharungi dalam semesta ini.Manusia yang cemerlang menjadikan hari esok atau hari kemudian lebih baik daripada sebelumnya, segala kelemahan dan kelekaan pada pelayaran yang lepas dijadikan iktibar untuk lebih berjaya pada pelayaran yang seterusya demi mencapai matlamat hidup yang diimpikan.Pada semua pelajar kemasukan terbaru, tahniah dan syabas saya ucapkan atas kejayaan anda semua, amalkan sikap suka bertanya jika terdapat sebarang permasalahan.Akhir sekali, saya doakan agar kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai ilahi dalam usaha di dunia dan kutipan hasil di akhirat kelak.Amiin.....

MOHD KAMARUDDIN BIN ZAINUL ABIDIN
EXCO KEROHANIAN PMFST

No comments:

Post a Comment