Pages

Tuesday, July 6, 2010

BOOKLET PMFST DIRAMPAS?

Mahasiswa baru Tahun 1 FST terpinga-pinga apabila Booklet Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi yang diletakkan bersama buku penilaian Sistem Penilaian Kompetensi Generik dan Kad mentor di dalam beg pemberian Pentadbiran FST telah dirampas oleh Pemudah Cara (PC) di Kolej Aminuddin Baki malam tadi.Mahasiswa baru kelihatan tertanya-tanya, dimanakah letaknya bahaya booklet itu??

Menurut seorang mahasiswa baru yang enggan dikenali,bagi mereka yang tertinggal booklet dibilik, mereka dikehendaki menyerahkan kepada PC malam itu juga. Mereka terpaksa mengambilnya kerana takut dimarahi oleh Pc-Pc mereka.

Apabila tindakan PC-PC dipersoal beberapa mahasiswa baru, mereka menjawab ia bahaya kerana PMFST adalah pro pembangkang. Kandungan booklet itu adalah pengenalan persatuan yang bernaung di bawah pentadbiran FST.

PMFST melihat tindakan PC-PC Kolej Aminuddin Baki (KAB) ini sebagai tindakan tergesa-gesa, tidak bermaruah dan mempunyai agenda yang bersifat 'mala fide. Dimanakah letaknya profesionalisme PC-PC itu semua??

Tindakan PC-PC ini seolah-olah mencabar dan tidak menghormati usaha warga dan Pentadbiran FST. Mereka langsung tidak menghormati undang-undang yang sedia ada. Adakah ini contoh terbaik untuk ditonjolkan kepada mahasiswa baru?? Mereka sebagai pelajar senior perlulah berfikiran positif dan terbuka untuk membuat keputusan kerana adik-adik baru memerlukan profesionalisme mereka.

Exco Kebajikan PMFST, Saudara Asarul Azlan Ariffin ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Kita rasa sungguh kesal dengan tindakan sebahagian PC yang bertindak di luar sempadan kemahasiswaan. Apa motif mereka 'membasuh' adik-adik tahun satu ini dengan doktrin PMFST adalah pro-pembangkang? Kita telah jelaskan dalam booklet itu sendiri bahawa PMFST berhasrat menjadi persatuan yang mengungguli aspek keilmuan, kebajikan dan kesatuan."

Semoga Minggu Mesra Pelajar kali ini dijalankan dengan 'mesra' dan menghiburkan.

"PMFST Untuk Semua"

No comments:

Post a Comment