Pages

Tuesday, July 6, 2010


Salam PMFST dan Salam Mahasiswa
Segunung tahniah saya ucapkan kepada warga baru Fakulti Sains dan Teknologi iaitu seramai 906 orang pelajar baru tahun satu yang terpilih melayakkan diri ke bumi perbukitan ilmu UKM Bangi ini. Sesungguhnya, anda semua adalah insan yang benar-benar terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi berbanding insan lain, maka gunakan semaksimum mungkin ruang dan peluang yang dikurniakan ini agar kelak anda keluar menjadi agen perubahan masyarakat yang terbilang. Andalah ‘Cream of the society’, maka jadikan peluang ini sebagai medan anda mahasiswa/i untuk menceduk ilmu dan pengalaman sama ada secara interpersonal dan intrapersonal sebanyak mungkin. Semoga ia menjadi mangkin tranformasi paradigma pola pemikiran anda sebagai mahasiswa FST UKM.
Kami warga PMFST amat mengalu-alukan kedatangan anda ke perbukitan ilmu UKM Bangi ini bagi menjayakan misi Fakulti Sains dan Teknologi sendiri iaitu menjadi pusat keilmuan Sains dan Teknologi beracuan budaya kebangsaan dan bermatlamat melahirkan siswazah berilmu Sains dan Teknolgi serta berpandangan luas dan berdaya saing. Di samping, itu seiring dengan moto kami PMFST ‘KEILMUAN,KEBAJIKAN,KESATUAN’ yang dibawah naungan Timbalan Dekan FST, Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad amat mengalukan janaan idea dan kesatuan dari anda pelajar baru untuk menjayakan misi kami PMFST untuk kepentingan warga FST. Semoga kita semua betindak seiring dengan pemikiran yang jernih dan positif bukan dengan pemikiran yang negatif. Suka saya gunakan kata pepatah inggeris ‘Action louder than speak’ bermakna tindakan adalah lebih berkuasa dari perkataan, maka jagalah tingkah laku dan akhlak anda bukan dalam akademik sahaja kerana akhlak yang baik menyinar ibarat bintang di langit malam. Akhir kata, tahniah dan selamat datang warga baru ke bumi perbukitan ilmu Fakulti Sains dan Teknologi UKM.
NURUL ATIQAH IZZATI BINTI MD. ISHAK
NYDP III PMFST UKM

No comments:

Post a Comment