Pages

Monday, January 2, 2012

2012: Harapan dan Perubahan

Saban tahun kita menyambut dan meraikan kedatangan tahun baru masihi dengan pelbagai cara dan aktiviti. Ada yang meraikan dengan perkara-perkara menjurus kepada kebaikan, namun ada juga yang meraikan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Hal ini mungkin boleh disebut fenomena biasa apabila datangnya tahun baru setiap tahun.



Untuk kedatangan tahun 2012, pelbagai aktiviti dan hiburan telah dianjurkan bagi menyambut dan meraikan kedatangan tahun baru masihi ini. Antaranya adalaSoal Jawab Agama bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam,XPDC Dakwah GAMIS, (di Masjid Jamek Bandaraya KL),dan persembahan dan konsert yang diadakan di i-City,Shah Alam dan Dataran Merdeka,Kuala Lumpur. 


Dataran Merdeka,Kuala Lumpur


  
XPDC Dakwah GAMIS bersama masyarakat di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur
                                                    



Apa yang kita dapat lihat pada kali ini, terdapat beberapa perbezaaan sambutan yang dilakukan,contohnya kita dapat lihat program yang berfaedah seperti Soal Jawab Agama bersama Ustaz Azhar Idrus  di Dataran Kemerdekaan Shah Alam telah mendapat sambutan anggaran dalam 60 000 orang manakala program yang melalaikan yang berlaku seperti hiburan di i-City,Shah Alam tidak mendapat sambutan yang lebih daripada tadi iaitu anggaran sebanyak 20 000 orang yang datang.




Azam Baru Perlu Selari dengan Syariat Islam

Bagi yang bergelar muslim, apabila tiba tahun baru, maka tidaklah dilarang untuk seseorang itu menanamkan azam baru yang selari dengan syarak dan hendaklah pula dia bersungguh-sungguh untuk memastikan azam tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar angan-angan.

Apa yang lebih baik, umat Islam mengutamakan sambutan tahun baru mengikut taqwim Islam. Ini kerana penggunaan taqwim Islam lebih wajar untuk diperluaskan dalam urusan-urusan harian di kalangan umat Islam sendiri. Mereka perlu merasa bangga terhadap agama Islam yang dianutinya serta syiar-syiar yang berkaitan dengannya.

Janganlah kita menjadi umat yang tidak mempunyai pegangan, lantas mudah terikut-ikut dengan budaya-budaya asing yang cuba ditanamkan dalam masyarakat kita dengan tujuan untuk menjauhkan kita daripada jalan yang lurus lagi diredhai Allah s.w.t.

Hindarkan diri kita daripada menjadi agen-agen yang mempopularkan gaya hidup musuh-musuh Islam serta memasyhurkan budaya-budaya kuning mereka sehingga ia mengalahkan atau menggantikan cara hidup dan akhlak-akhlak yang lebih Islamik.  Waullahua’lam.


No comments:

Post a Comment