Pages

Showing posts with label Buletin Semasa. Show all posts
Showing posts with label Buletin Semasa. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Interaksi Bersama Pimpinan PMFST

Pada 13 Oktober 2012 yang lalu, Exco Akademik dan Exco Sukan dan Kebudayaan telah bekerjasama menjayakan program tahunan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) iaitu 'Interaksi Bersama Pimpinan PMFST 2012/2013'. Program ini telah dijalankan di Sukida Resort Semenyih, Selangor dari jam 8 pagi hingga 8 malam.



Poster program


Program ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan pimpinan PMFST kepada warga FST terutamanya kepada pelajar-pelajar Tahun Satu yang baru sahaja mendaftar ke UKM ini. Selain itu, warga FST juga dapat berkenal-kenalan dan mengeratkan lagi silaturrahim dengan satu sama lain. Seramai hampir 80 orang pelajar dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga dari pelbagai program di FST telah menyertai program ini. Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah sukaneka, slot kenali pimpinan, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga 'jungle trekking'.



Exco Kebajikan, Ehsan bin Isa mengendalikan sukaneka



Salah satu kumpulan LDK



Barisan pimpinan PMFST selepas jungle trekking




YDP PMFST, Muhammad Asri bin Abdul Sisak bersama 
Exco Pembangunan Insaniah, Muhammad Taufiq bin Ramlan



Solat asar semasa jungle trekking



Peserta wanita program Interaksi


Peserta program ini juga turut berpeluang menanam pokok gaharu di bawah program '1 Pohon 1 Penghidupan' sebagai satu cara untuk membantu kehidupan masyarakat orang asli yang tinggal di sekitar Sungai Tekala. Semoga dengan berakhirnya program ini, ikatan ukhuwah dalam kalangan pelajar FST tidak akan terputus malah akan terus bertambah erat dari hari ke hari.


Kredit gambar: Shazwan Suhiman dan Mohd Luqman



KEILMUAN | KEBAJIKAN | KESATUAN

PENGESAHAN MASUK PEPERIKSAAN AKHIR SEM 1 SESI 2012/2013


Urusan pengesahan permohonan masuk Peperiksaan Akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 5 hingga 11 November 2012. Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan ialah seperti berikut:

a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang Sah.
b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 12 November 2012.

Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut saudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.

Sumber : (epelajar/bul/bil.16102012-29)

KEILMUAN | KEBAJIKAN | KESATUAN

Monday, October 8, 2012

JOM DAFTAR AHLI PMFST UKM


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera buat warga Fst Ukm..^_^
Ayuh Daftar, jadi sebahagian daripada keluarga Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi(Pmfst Ukm) !!



@Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)
@8hb hingga 12hb Oktober 2012
@Sebelah DAM dan KESKA

Pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan antaranya:
>Interaksi bersama PMFST
>Ramah Mesra bersama PMFST
>Pameran Pesta Konvo PMFST
>Ekspidisi Saintis Muda (ESMA)
>FIESTA 2.0
dan pelbagai lagi aktiviti yang mengujakan anda semua..~

                                                KEILMUAN|KEBAJIKAN|KESATUAN

Saturday, June 9, 2012

Majlis Penyampaian Watikah PMFST & Ucapan Dasar Yang Dipertua 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.






Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penyampaian Watikah PMFST & Ucapan Dasar Yang Dipertua Sesi 2012/2013 yang telah berlangsung di bilik persidangan, Bangunan Kedekanan FST sebentar tadi. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Fakulti Sains dan Teknologi ini turut dihadiri oleh Dekan FST, Prof. Dr. Sahrim bin Haji Ahmad dan Timbalan Dekan FST, Prof. Dr. Shahidan bin Radiman. Turut sama meraikan majlis ini ialah mantan pimpinan PMFST sesi 2011/2012.




Barisan kepimpinan PMFST 2012/2013 bersama Dekan FST



Barisan kepimpinan PMFST 2011/2012 bersama Dekan FST



Dalam majlis tersebut, Yang Dipertua PMFST 2012/2013, Muhammad Asri bin Abdul Sisak telah menyampaikan ucapan dasar PMFST sesi baru ini, termasuklah menghebahkan visi dan misi terbaru PMFST. Antaranya, visi PMFST iaitu "PMFST sebagai badan pimpinan yang proaktif ke arah merealisasikan FST sebagai fakulti terulung seiring dengan falsafah UKM." Dengan adanya visi ini, PMFST bukan sahaja sebuah persatuan yang berideologi semata-mata, malah merupakan sebuah persatuan yang berupaya melakukan transformasi sosial bagi membentuk morfologi warga saintifik, khususnya dalam kalangan warga Fakulti Sains dan Teknologi sendiri.




Dekan fakulti, Prof. Dr. Sahrim bin Ahmad dalam ucapannya turut menyokong padu visi dan misi PMFST dengan harapan agar gabungjalin seluruh warga fakulti yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, bangsa dan agama dapat memacu Fakulti Sains dan Teknologi lebih jauh ke hadapan. Katanya lagi, mahasiswa dan mahasiswi fakulti ini perlulah ditonjolkan sebagai masyarakat saintifik yang seimbang ilmunya, dari segi intelektual dan juga sahsiah peribadinya.




Bacaan ikrar



Terima kasih kepada kepimpinan lama, tahniah dan takziah buat kepimpinan baru PMFST. Dengan berakhirnya majlis ini, diharapkan agar menjadi titik tolak kerjasama yang lebih kukuh antara PMFST, khususnya warga FST dengan pihak pentadbiran FST dalam menjalankan pelbagai program dan aktiviti pada masa akan datang. Wallahua'lam.



Keilmuan, Kebajikan, Kesatuan.




Kredit gambar : Fikri Arrazi, Noorhuda Hamid

Saturday, June 18, 2011

PENGGODAM-Apa Yang Perlu Anda Ketahui?


Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.

Siapakah penggodam (Hackers) dan apa yang mampu mereka lakukan ?
Apa yang anda perlu ketahui, tidak semua penggodam adalah genius. Ini kerana di masa kini terdapat banyak laman web yang mengajar pengguna bagaimana hendak menjadi penggodam.
Godaman terhadap laman web biasanya berlaku apabila mereka dapat memasuki web server anda menggunakan pelbagai teknik tertentu. Apabila ini berlaku maka sebenarnya mereka kini mempunyai kebolehan "mengusik" apa-apa sahaja yang terdapat di dalam web server tersebut. Ini boleh jadi menukar kandungan fail laman web (html), membuang fail tersebut atau mungkin juga menyebarkan virus yang mungkin menyebabkan laman web anda semakin lambat atau tidak berfungi sama sekali. Kebiasaannya mereka melakukan aktiviti tersebut hanya atas dasar suka-suka (tetapi ia tetap sesuatu ancaman yang serius ) walaupun ramai juga yang professional seperti memintas transaksi pembayaran Kad Kredit secara online.
Seperkara lagi ancaman sebenarnya penggodam agak minimum jika anda menggunakan sambungan ke ISP menggunakan talian telefon untuk mencapai Internet kerana IP address anda adalah dipilih secara rawak. Sebaliknya rangkaian organisasi lebih terdedah kerana selain IP address yang tetap kebiasaanya juga terdapat lebih banyak protokol yang perlu dijaga yang selalunya berhubungkait antara satu sama lain seperti FTP & TELNET selain protokol HTTP.

Bagaimana laman web boleh ditembusi penggodam (Hackers) ?
o Jika anda melawati laman web dengan fungsi Java atau Active X yang tak diketahui. Maklumat mengenai komputer anda boleh dicuri dari situ iaitu dengan menggunakan apa yang dipanggil Cookies.
o Jika anda menggunakan password yang mudah diteka.
o Jika ada file sharing yang tidak sepatutnya. Imbasan terhadap port web server (biasanya port 80) boleh dilakukan terhadap komputer anda dan terhasillah pintu belakang untuk dimasuki.
o Jika administrator anda tidak menukar default password semasa proses installation sesuatu Server atau perisian tertentu.

Bagaimana hendak mengatasinya dan asas keselamatan laman web
1) Menggunakan FIREWALL
itu sistem yang memastikan polisi keselamatan antara 2 network berlainan
Sebagai contoh : Black Ice Defender
Untuk maklumat lanjut kunjungi site berikut:
http://www.interhack.net/pubs/fwfaq/#SECTION00030000000000000000

2) Menggunakan perisian keselamatan (Website Protection Software)
Sebagai contoh : WebAgain version 2.5
Zone Alarm 2.0 (percuma)

3) Mengenakan password untuk laman web yang dirasakan sensitif. Ini boleh dilakukan dengan dengan sedikit pemprograman Internet.

4) Mencuba tahap keselamatan laman web anda
Sebelum anda berasa laman web anda cukup kebal, fikirkannya sekali lagi . Anda boleh mencuba servis seperti SecurityLogics yang akan melakukan beberapa siri ujian untuk tujuan tersebut. http://www.securitylogics.com/securitycheck.adp

Kaedah yang biasa dilakukan oleh Penggodam
Disini terdapat beberapa cara yang berulang kali digunakan oleh penjenayah komputer dan pakar keselamatan:

a) Eksploitasi keselamatan :
Aplikasi yang disediakan untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan yang diketahui

b)Penghidu paket (Packet sniffer):
Satu aplikasi yang menangkap paket data TCP/IP, yang boleh digunakan untuk mengesan kata laluan dan data lain semasa dalam perjalanan sama ada di dalam komputer atau rangkaian.

c) Rootkit:
Satu kit alat yang menyorokkan fakta bahawa keselamatan komputer telah terjejas. Kit alat ini mungkin termasuk pengganti untuk dedua system supaya mustahil untuk pengguna sah mengesannya dengan melihat pada jadual proses.

d) Kejuruteraan sosial
Meyakinkan orang lain untuk memberikan apa-apa bentuk maklumat mengenai suatu sistem, kerap kali dengan dakwaan palsu. Contoh ketara ialah menanya seseorang mengenai kata laluan atau akaun mereka dengan menyamar sebagai seseorang. Contoh yang lebih licik ialah menanyai mengenai barangan promosi atau rujukan teknikal mengenai sistem syarikat, mungkin dengan berpura-pura sebagai wartawan.

e) Kuda trojan ( Trojan Horse )
 Program ini direka kononnya untuk membuat suatu perkara, seperti satu perisian sah, tetapi sebenarnya melakukan perkara lain. Tetapi ia tidak semestinya program jahat. Kuda Trojan boleh digunakan untuk membuka pintu belakang dalam sistem komputer supaya pencipta program tersebut boleh kembali dan menceroboh masuk. Virus yang menipu pengguna untuk memuat turun dan menjalankannya juga kadang kala dipanggil kuda Trojan. Nama ini berasal dari Kuda Trojan. Lihat juga Pendail.Virus

f) Virus
 Virus merupakan program yang menyalin dan menyebarkan diri dengan memasukkan salinannya ke dalam kod atau dokumen yang boleh dilaksanakan. Oleh itu, virus komputer berkelakuan serupa dengan virus biologi.

g)Pengimbas kerentanan (Vulnerability scanner)
Alat yang digunakan untuk memeriksa komputer dalam rangkaian dengan cepat, jika ada kelemahan yang diketahui. Penggodam juga biasanya menggunakan pengimbas port (port scanner). Program ini memeriksa port mana pada suatu komputer yang “terbuka” atau boleh digunakan untuk memasukinya, dan ada kalanya mengesan program yang menggunakan port tersebut, serta versinya. (Nota: Dinding api mempertahankan komputer dari penceroboh dengan mengehadkan capaian masuk dan keluar kepada port/mesin, namun ia masih boleh dipintas.)

h) Cacing (Worm)
Seperti virus, program cacing boleh menyalin dirinya. Bezanya ialah cacing tidak mencipta berbilang salinan dirinya pada satu sistem: ia membiak melalui rangkaian komputer. Ia boleh dibandingkan dengan bakteria dalam biologi. Ramai orang menggabungkan istilah "virus" dan "worm", dan menggunakan keduanya untuk memperihalkan mana-mana program yang merebak. Ini kerana sesuatu program itu boleh jadi mempunyai ciri-ciri kasar kedua-dua cacing dan virus.


Maklumat lanjut tentang godam (hack), boleh layari;
· CERT Coordination Center http://www.cert.org
· Conqwest.Com http://www.conqwest.com/
· SecurityFocus.Com http://www.securityfocus.com/
· SecurityWatch.Com http://www.securitywatch.com/
· Information Security Magazine http://www.infosecuritymag.com/

Thursday, May 26, 2011

Tanah Runtuh Dari Sudut Sains

Apakah itu Tanah Runtuh? 
              Di manakah ia berlaku?
                            Adakah ia berlaku dengan semula jadi?
                                                        Kenapa tiada tanda-tanda berlakunya kejadian ni?
                                                               Siapakah yang harus di persalahkan?

Segala persoalan dan jawapan bermain di fikiran kita  dan tiada jawapan yang benar mampu di berikan kerana masing-masing mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza. Jika di huraikan ainya memberi kesimpulan yang sangat terkesan.

Kita telah di gemparkan mengenai kejadian TANAH RUNTUH yang baru-baru ini berlaku di Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa.

Jika di lihat pada statistik TANAH RUNTUH yang berlaku di negara MALAYSIA. Terdapat 11 kejadian TANAH RUNTUH semuanya iaitu bermula dengan Tragedi Highland Towers pada tahun 1993 hingga kejadian terkini yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa beberapa hari lepas.

11.12.1993Highland Towers, Hulu Klang48
30.06.1995Jalan susur Genting Highlands21
01.01.1996Jalan 3/11 Pesiaran Tiga, Bandar Baru Selayang0
25.12.1997Km17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang3
15.05.1999Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay1
02.112002Taman Hillview, Hulu Klang7
31.05.2006Kampung Pasir, Hulu Klang4
09.10.2006Seksyen 10, Wangsa Maju0
30.11.2008Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor2
06.12.2008Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang5
29.01.2011Bandar Ramai-Ramai, Kampung Gelam dan Kampung Sundang Darat, Sandakan2
21.05.2011Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat16




Gambar ini menunjukkan sebuah jengkaut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat.
Apakah itu Tanah Runtuh? 
Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan.




Di manakah ia berlaku?

Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibatketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata. Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia.
selain itu:-

  • di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun
  • di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak



Adakah ia berlaku dengan semula jadi ?

Tanah runtuh berpunca dari faktor alam dan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku dengan lebih teruk lagi.


Kenapa tiada tanda-tanda berlakunya kejadian ni?

Sebenarnya ada tanda-tanda berlakunya Tanah Runtuh. Tetapi segelintir masyarakat tidak mengambil endah akan tanda2 berlakunya kejadiann ini..
antara tanda-tandanya adalah:-
  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
  • Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
  • Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
  • Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
  • Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
  • Kepecahan serta kebocoran pada paip air
  • Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
  • Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
  • Pemendapan ketara permukaan jalan
  • Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa



Siapakah yang harus di persalahkan?
Tiada siapa yang harus di persalahkan. Tiap individu perlu ada kesedaran dan mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku. Kita tidak dapat nafikan kejadian seperti ini  adalah kejadian alam yang sukar di duga. Seperti apa yang berlaku di Hulu Langat tiada apa yang dapat dikatakan melainkan sebak dihati setiap pembaca apabila membaca kisah tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa.  Begitulah rapuhnya nyawa sekelip mata hilang diambil Allah SWT dengan berbagai cara.  Tiada apa yang boleh kita banggakan harta benda dan pangkat tidak dapat menghalang apabila sudah tiba masanya.  Kejadian ini adalah peringatan kepada diri kita adakah sudah bersedia? 






kami dari pimpinan PMFST mengucapkan takziah pada waris dan kepada yang terlibat dalam kejadian Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa harap bersabar pasti ada HIKMAH disebalik ujian berat dari ALLAH SWT.
AL-FATIHAH
Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku