Pages

Wednesday, October 31, 2012

Interaksi Bersama Pimpinan PMFST

Pada 13 Oktober 2012 yang lalu, Exco Akademik dan Exco Sukan dan Kebudayaan telah bekerjasama menjayakan program tahunan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) iaitu 'Interaksi Bersama Pimpinan PMFST 2012/2013'. Program ini telah dijalankan di Sukida Resort Semenyih, Selangor dari jam 8 pagi hingga 8 malam.



Poster program


Program ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan pimpinan PMFST kepada warga FST terutamanya kepada pelajar-pelajar Tahun Satu yang baru sahaja mendaftar ke UKM ini. Selain itu, warga FST juga dapat berkenal-kenalan dan mengeratkan lagi silaturrahim dengan satu sama lain. Seramai hampir 80 orang pelajar dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga dari pelbagai program di FST telah menyertai program ini. Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah sukaneka, slot kenali pimpinan, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga 'jungle trekking'.



Exco Kebajikan, Ehsan bin Isa mengendalikan sukaneka



Salah satu kumpulan LDK



Barisan pimpinan PMFST selepas jungle trekking




YDP PMFST, Muhammad Asri bin Abdul Sisak bersama 
Exco Pembangunan Insaniah, Muhammad Taufiq bin Ramlan



Solat asar semasa jungle trekking



Peserta wanita program Interaksi


Peserta program ini juga turut berpeluang menanam pokok gaharu di bawah program '1 Pohon 1 Penghidupan' sebagai satu cara untuk membantu kehidupan masyarakat orang asli yang tinggal di sekitar Sungai Tekala. Semoga dengan berakhirnya program ini, ikatan ukhuwah dalam kalangan pelajar FST tidak akan terputus malah akan terus bertambah erat dari hari ke hari.


Kredit gambar: Shazwan Suhiman dan Mohd Luqman



KEILMUAN | KEBAJIKAN | KESATUAN

No comments:

Post a Comment