Apakah itu Tanah Runtuh?
Di manakah ia berlaku?
Adakah ia berlaku dengan semula jadi?
Kenapa tiada tanda-tanda berlakunya kejadian ni?
Siapakah yang harus di persalahkan?
Segala persoalan dan jawapan bermain di fikiran kita dan tiada jawapan yang benar mampu di berikan kerana masing-masing mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza. Jika di huraikan ainya memberi kesimpulan yang sangat terkesan.
Kita telah di gemparkan mengenai kejadian TANAH RUNTUH yang baru-baru ini berlaku di Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa.
Jika di lihat pada statistik TANAH RUNTUH yang berlaku di negara MALAYSIA. Terdapat 11 kejadian TANAH RUNTUH semuanya iaitu bermula dengan Tragedi Highland Towers pada tahun 1993 hingga kejadian terkini yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa beberapa hari lepas.
11.12.1993 | Highland Towers, Hulu Klang | 48 |
30.06.1995 | Jalan susur Genting Highlands | 21 |
01.01.1996 | Jalan 3/11 Pesiaran Tiga, Bandar Baru Selayang | 0 |
25.12.1997 | Km17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang | 3 |
15.05.1999 | Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay | 1 |
02.112002 | Taman Hillview, Hulu Klang | 7 |
31.05.2006 | Kampung Pasir, Hulu Klang | 4 |
09.10.2006 | Seksyen 10, Wangsa Maju | 0 |
30.11.2008 | Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor | 2 |
06.12.2008 | Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang | 5 |
29.01.2011 | Bandar Ramai-Ramai, Kampung Gelam dan Kampung Sundang Darat, Sandakan | 2 |
21.05.2011 | Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat | 16 |
Apakah itu Tanah Runtuh?
Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan.
Di manakah ia berlaku?
Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibatketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata. Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia.
selain itu:-
- di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
- di kaki atau permukaan atas cerun
- di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
- di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak
Adakah ia berlaku dengan semula jadi ?
Tanah runtuh berpunca dari faktor alam dan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku dengan lebih teruk lagi.
Kenapa tiada tanda-tanda berlakunya kejadian ni?
Sebenarnya ada tanda-tanda berlakunya Tanah Runtuh. Tetapi segelintir masyarakat tidak mengambil endah akan tanda2 berlakunya kejadiann ini..
antara tanda-tandanya adalah:-
- Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
- Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
- Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
- Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
- Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
- Kepecahan serta kebocoran pada paip air
- Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
- Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
- Pemendapan ketara permukaan jalan
- Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa
Siapakah yang harus di persalahkan?
Tiada siapa yang harus di persalahkan. Tiap individu perlu ada kesedaran dan mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku. Kita tidak dapat nafikan kejadian seperti ini adalah kejadian alam yang sukar di duga. Seperti apa yang berlaku di Hulu Langat tiada apa yang dapat dikatakan melainkan sebak dihati setiap pembaca apabila membaca kisah tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Begitulah rapuhnya nyawa sekelip mata hilang diambil Allah SWT dengan berbagai cara. Tiada apa yang boleh kita banggakan harta benda dan pangkat tidak dapat menghalang apabila sudah tiba masanya. Kejadian ini adalah peringatan kepada diri kita adakah sudah bersedia?
kami dari pimpinan PMFST mengucapkan takziah pada waris dan kepada yang terlibat dalam kejadian Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa harap bersabar pasti ada HIKMAH disebalik ujian berat dari ALLAH SWT.
AL-FATIHAH
AL-FATIHAH
Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku |
No comments:
Post a Comment