Pages

Saturday, December 24, 2011

SHES BERAKSI: 300 SISWI MENGGEGARKAN DEWAN ANWAR MAHMUD(DAM)

Sekali lagi SHES PMFST beraksi dengan jayanya apabila Dewan Anwar Mahmud(DAM) digegarkan dengan kehadiran siswi dari seluruh fakulti sehingga memenuhi dewan tersebut. Episod kali ini yang membawa bersama jemputan luar Fatimah Sharha Mohd Nordin dengan ceramahnya Seindah Mawar Berduri, ternyata telah berjaya menarik minat siswi UKM dari pelbagai fakulti bagi memeriahkan lagi program ini. Ribuan terima kasih diucapkan buat semua warga siswi yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis ilmu ini. Semoga kehadiran siswi semua menjadi bukti keprihatinan kita terhadap isu-isu berkaitan dengan siswi terutama di UKM.


Seorang wanita diibaratkan seperti sekuntum mawar berduri kerana wanita mempunyai hijab dan peraturan dari Allah. Wanita mendapat perlindungan dari Allah. Mawar berduri ada disebut secara spesifik oleh Allah di dalam Al-Quran, merujuk kepada Maryam, seorang gadis suci yang juga merupakan ibu kepada Nabi Isa diangkat oleh Allah kerana ilmunya yang tinggi, sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, dan berperibadi mulia. 



Antara ciri-ciri mawar berduri:
  • Al-Muslimat : Islam itu memberi nilai, wanita yang lahir dalam Islam akan rasa bahagia.
  • Al-Mu'minat : yang beriman.
  • Al-Qoonitat : menjaga solat, bangun malam, beribadat kepada Allah.
  • As-Sodiqot : Bercakap benar.
  • Al-Khosi'at : Khusyuk.
  • At-Tasoddiqal : Orang yang banyak bersedekah antaranya memaniskan muka kepada semua ahli kerabat.
  • As-Soimat : Banyak berpuasa.
  • Orang yang banyak mengingati Allah.


Seindah mawar berduri juga merujuk kepada perempuan yang berpakaian mengikut piawaian yang telah digariskan dalam Islam, iaitu pakaian yang menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk. Selain itu, Ustazah Fatimah Sharha turut menyentuh berkenaan aspek zina hati yang banyak melanda siswi pada hari ini.


Seindah mawar berduri berakhir pada jam 2.30 petang. Akhir sekali, kami dari barisan Pimpinan Mahasiswa Fakulti ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua hadirin yang sudi meluangkan masa dan menyokong program yang diadakan. Semoga semua siswi terus menyokong program yang akan diadakan. 


No comments:

Post a Comment