Pages

Saturday, December 3, 2011



Ulasan Program Spiritual Night ( SPRINT )




Assalamu'alaikum. Alhamdulillah tercapai juga salah satu objektif PMFST untuk berqiammulai semalam yang bertempat di surau FST bersama beberapa pimpinan PMFST antaranya, Fauzi Kamarudin, Haziq Asyraf, Hakim Razalan,dan ramai lagi serta beberapa orang lagi pelajar-pelajar tahun satu FST  yang turut serta walaupun kehadiran kurang memberangsangkan. Terdapat juga sedikit pengisian yang di berikan semalam oleh seorang ustaz jemputan yang berkongsi tentang Azab Kubur.


Diharapkan selepas ini, pelajar-pelajar FST yang muslim lebih prihatin dan PMFST sangat mengharapkan pelajar-pelajar FST dapat mengambil bahagian dan memeriahkan lagi SPRINT yang di anjurkan buat kali pertamanya dalam semester ini di FST. Sebagai seorang pelajar muslim, kita tidak boleh hanya sekadar meletakkan akademik sahaja yang utama dalam kehidupan kita di alam kampus ini. Kebanyakan pelajar muslim pada hari ini berminat untuk mengikuti qiammulai,solat hajat hanya pada ketika peperiksaan hendak tiba,hendaklah difahamkan bahawa perkara utama dalam menuju kejayaan adalah dengan meletakkan ALLAH sebagai keutamaan daripada segala-segalanya. Janganlah kita menjadi salah seorang yang meletakkan dunia dalam hati kita,kerana takutnya satu hari nanti setelah kita berjaya, kita akan menjadi insan yang sombong yang lupa pada Tuhan,"na'uzubillahminzalik". Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba untuk menghidupkan hati kita kembali dengan berqiammulai agar dapat membersihkan hati-hati kita daripada bintik-bintik hitam yang disebabkan dosa-dosa kita yang banyak.


Sesungguhnya ALLAH telah berfirman dalam AL-QURAN SURAH MUZAMMIL(AYAT 1-7) :






[1Wahai orang yang berselimut!.
[2Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
[5] Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;


 Akhir sekali,sama-samalah kita ambil pengajaran daripada ayat-ayat ALLAH di atas. 






Sedikit kata-kata dan juga firman ALLAH untuk kita muhasabah bersama:


I)Jika kau mengejar akhirat, nescaya dunia & akhirat akan mengejarmu,jika kau mengejar dunia,nescaya akhirat akan lari darimu.


II)ALLAH berfirman dalam AL-QURAN: ‎"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.(Surah Al-Ghafir 40, ayat 39)


Waullahu'alam.Sekadar berkongsi,ambillah yang baik,buanglah yang buruk.

No comments:

Post a Comment