Pages

Tuesday, July 6, 2010

BOOKLET PMFST DIRAMPAS?

Mahasiswa baru Tahun 1 FST terpinga-pinga apabila Booklet Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi yang diletakkan bersama buku penilaian Sistem Penilaian Kompetensi Generik dan Kad mentor di dalam beg pemberian Pentadbiran FST telah dirampas oleh Pemudah Cara (PC) di Kolej Aminuddin Baki malam tadi.Mahasiswa baru kelihatan tertanya-tanya, dimanakah letaknya bahaya booklet itu??

Menurut seorang mahasiswa baru yang enggan dikenali,bagi mereka yang tertinggal booklet dibilik, mereka dikehendaki menyerahkan kepada PC malam itu juga. Mereka terpaksa mengambilnya kerana takut dimarahi oleh Pc-Pc mereka.

Apabila tindakan PC-PC dipersoal beberapa mahasiswa baru, mereka menjawab ia bahaya kerana PMFST adalah pro pembangkang. Kandungan booklet itu adalah pengenalan persatuan yang bernaung di bawah pentadbiran FST.

PMFST melihat tindakan PC-PC Kolej Aminuddin Baki (KAB) ini sebagai tindakan tergesa-gesa, tidak bermaruah dan mempunyai agenda yang bersifat 'mala fide. Dimanakah letaknya profesionalisme PC-PC itu semua??

Tindakan PC-PC ini seolah-olah mencabar dan tidak menghormati usaha warga dan Pentadbiran FST. Mereka langsung tidak menghormati undang-undang yang sedia ada. Adakah ini contoh terbaik untuk ditonjolkan kepada mahasiswa baru?? Mereka sebagai pelajar senior perlulah berfikiran positif dan terbuka untuk membuat keputusan kerana adik-adik baru memerlukan profesionalisme mereka.

Exco Kebajikan PMFST, Saudara Asarul Azlan Ariffin ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Kita rasa sungguh kesal dengan tindakan sebahagian PC yang bertindak di luar sempadan kemahasiswaan. Apa motif mereka 'membasuh' adik-adik tahun satu ini dengan doktrin PMFST adalah pro-pembangkang? Kita telah jelaskan dalam booklet itu sendiri bahawa PMFST berhasrat menjadi persatuan yang mengungguli aspek keilmuan, kebajikan dan kesatuan."

Semoga Minggu Mesra Pelajar kali ini dijalankan dengan 'mesra' dan menghiburkan.

"PMFST Untuk Semua"

Monday, July 5, 2010

MINDA YANG DIPERTUA PMFST

assalaimualaikum dan salam pertemuan

Awal bicara izinkan saya mengucapkan rasa bangga dengan kemasukan mahasiswa baru tahun satu ke Fakulti Sains & Teknologi.Sudah tentulah kedatangan kita ke varsititercinta ini adalah untuk mencapai cita-cita kita yang melangit.Bukan sekadar ingin melakar kejayaan,tetapi lebih daripada itu.Kita ke sini mahu melihat dunia ini berubah ke arah yang lebih gemilang.memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar merupakan satu tugas yang besar.

PMFST serius mahu menjadikan fakulti idaman,maju,selamat,sejahtera,dan berkebajikan.Antara teras pembangunan lestari fakulti ialah memacu pembangunan madal insan.Pembangunan insan secara menyeluruh dan bersepadu ini digagaskan bagi melahirkan modal insan berkualiti sebagai agen yang akan menyokong dan mendokong pembangunan Fakulti Sains & Teknologi hingga tercapainya visi fakulti baldatun tayyibatun wa robbun ghafur.

Ingin saya tekankan di sini,pendekatan yang diperlukan ialah pendekatan yang holistik dan inklusif.Adalah harapan saya semua mahasiswa di FST ini memainkan peranan yang proaktif bagi melahirkan generasi idaman FST yang bersikap positif,berakhlak mulia dan mengamalkan budaya bantu-membantu,prihatin dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling

Marilah bersama-sama bersinergi melahirkan modal insan berkualiti.sekian terima kasih

YDP PMFST 2010/11
Aiman Zafri bin Amiruddin



ERA BARU PMFST

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi telah didaftarkan dengan rasminya pada 15/2/2000 dengan izin Tuan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar ketika itu,Prof Dato' Dr Salleh Mohd Yassin.

PMFST merupakan wadah kegiatan pelajar yang menjadi pembantu dan penghubung utama dengan pentadbiran Fakulti Sains & Teknologi bagi memastikan semua kegiatan pelajar dan kebajikan mahasiswa/i sejajar dengan matlamat dan halatuju pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kini PMFST telah bergerak maju ke hadapan dengan pelbagai transformasi untuk memastikan persatuan ini terus menjadi pilihan mahasiswa/i di FST ini.

Sunday, July 4, 2010


tahniah dan selamat datang diucapkan kepada mahasiswa/i baru sesi 2010/11 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia setelah berjaya mencipta kejayaan cemerlang ketika di peringkat matrikulasi,asasi,stpm,stam dan diploma.Kami lebih-lebih lagi dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi berasa amat gembira atas kedatangan adik-adik baru yang akan menyerikan lagi suasana di fakulti sains & teknologi yang kita cintai ini.

Mungkin pada masa sekarang adik-adik baru sedang dalam proses mengenali lebih lanjut tentang universiti kebangsaan malaysia ini yang diberi tunjuk ajar oleh fasilitator di setiap kolej masing-masing.Samalah macam kami dahulu akan menjalani proses ini ketika menjejak kaki ke UKM ini yang dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar(MMP) yang akan dijalankan selama seminggu.Dalam masa seminggu ini adik-adik akan didedahkan dengan pelbagai informasi tentang universiti ini seperti menghafal lagu varsiti kita(lagu rasmi UKM),mengenali organisasi pentadbiran UKM,majlis perwakilan pelajar,dan banyak lagi perkara yang adik-adik akan tahu tentang varsiti kita yang tercinta ini.

Friday, July 2, 2010

Salam kesatuan satu warga diucapkan buat semua penuntut dan tenaga pengajar Fakulti Sains Teknologi, khususnya kepada pelajar-pelajar kemasukan baru bagi sesi 2010/ 2011 ke perbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia.Di kesempatan ini, saya mengajak kepada semua agar bersama memanjatkan setinggi kesyukuran kepada ilahi melalui penzahiran kepatuhan dan ketundukan kepadaNya kerana dengan izin serta rahmatNya yang tiada terhingga masih lagi menyempurnakan pernafasan kita dan memberi bermacam nikmat termasuklah peluang menyertai golongan penuntut ilmu di universiti yang tercinta ini.Pastinya semua sahabat membekalkan diri bukan sahaja dengan peralatan dan pakaian yang secukupnya, malah yang paling penting membawa pesanan dan nasihat keluarga untuk dipraktikkan bagi menempuh cabaran serta ujian yang bakal diharungi dalam semesta ini.Manusia yang cemerlang menjadikan hari esok atau hari kemudian lebih baik daripada sebelumnya, segala kelemahan dan kelekaan pada pelayaran yang lepas dijadikan iktibar untuk lebih berjaya pada pelayaran yang seterusya demi mencapai matlamat hidup yang diimpikan.Pada semua pelajar kemasukan terbaru, tahniah dan syabas saya ucapkan atas kejayaan anda semua, amalkan sikap suka bertanya jika terdapat sebarang permasalahan.Akhir sekali, saya doakan agar kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai ilahi dalam usaha di dunia dan kutipan hasil di akhirat kelak.Amiin.....

MOHD KAMARUDDIN BIN ZAINUL ABIDIN
EXCO KEROHANIAN PMFST

Tuesday, June 22, 2010

Assalammualaikum dan salam pertemuan,
Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH memanjangkan lagi kontrak nyawa kita untuk kita semua bertemu. Selamat datang kepada mahasiswa baru di kampus perbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi.
Kita merupakan insan yang terpilih daripada jutaan pelajar diseluruh Malaysia untuk memasuki varsiti yang tercinta ini. Kita merupakan pemuda dan pemudi yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Pemuda sering kali dikaitkan dengan perubahan. Mengapa begitu?? Sudah tentulah yang bergelar pemuda pasti dan pastinya mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti mempunyai pemikiran yang hebat dan tenaga yang kuat.Rugilah kita jikalau tidak menggunakan masa muda dengan sebaiknya.
Sejarah pun telah menyatakan kehebatan pemuda. Sultan Muhammad Al-Fateh umpamanya merupakan seorang pemuda yang hebat dari segi ibadahnya dan cantik amal perbuatannya.Bayangkan ketika berumur 19 tahun mampu membuka Kota Konstantinopel yang kukuh. Kita hari ini, apakah yang mampu kita buka??
Banyak lagi kisah pemuda-pemuda yang hebat yang semakin dilupai tidak kira luar atau dalam negara. Seperti kata bekas Presiden Indonesia Soekarnoi “Berikan aku sepuluh pemuda nescaya aku bisa menggonccang dunia”. Ini menggambarkan pentingnya.
Justeru itu,saya menyeru kepada seluruh mahasiswa FST terutamanya untuk gunakan masa muda ini dengan sebaik mungkin kerana muda ini hanya sekali. Pisang tidak pernah berbuah dua kali. Gunakan masa muda ini dengan memasuki persatuan-persatuan yang berilmiah seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) yang sangat mementingkan aspek kemahasiswaan. Kami amat cakna tentang kebajikan anda selaras moto kami Kesatuan,Keilmuan dan Keintelektualan.
Akhir kalam, kampus ini bukan segala-segalanya tetapi segala-segalanya mungkin bermula dari kampus.
MOHAMMAD HILMI BIN RAMLI
NYDP 2 PMFST
http:// menggoncangdunia.blogspot.com

Monday, June 21, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kepada mahasiswa/i FST baru, selamat datang dan tahniah diucapkan.Semoga kedatangan anda dapat memeriahkan suasana di FST.Selamat kembali kepada mahasiswa/i dan warga UKM yang menghabiskan cuit semester di kampung halaman masing-masing.Moga-moga semester baru yang akan dibuka ini akan membuatkan kita semua lebih bersemangat untuk berjaya.Bagi mahasiswa/i yang masih bersedih dengan keputusan peperiksaan semester lepas, masih ada masa untuk kita semua masing-masing mempertingkatkan prestasi dengan semangat dan azam yang baru.
Diingatkan juga kepada mahasiswa/i, datanglah selalu ke bilik PMFST.Kami ada menjual keropok,biskut,air mineral,lecture notes,jaket PMFST dan macam- macam lagi di samping meja dan kerusi yang disediakan untuk kemudahan mahasiswa/i FST untuk belajar.
Akhir kata dari saya, semoga kita semua dapat memanfaatkan peluang yang telah diberi kepada kita dengan sebaik-baiknya.Gunakan semua peluang dan kemudahan yang diberi untuk mencapai apa yang kita kehendakkan.

MOHD FUAD BIN AHMAD
EXCO EKONOMI PMFST



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua warga Falkulti Sains Dan Teknologi ,begitu juga kepada pelajar-pelajar baru FST tahun 1yang berjaya masuk ke UKM.Saya selaku timbalan exco sukan PMFST ingin mengucapkan sekalung syabas dan tahniah kepada semua.Semoga semester baru ini, memberi peluang untuk meningkatkan prestasi diri dan menjadi mahasiswa/i yang mantap dan berdaya saing pada masa hadapan.Sekian,terima kasih.

NURUL AMIERAH BT ABDULLAH
TIMB. EXCO SUKAN PMFST




Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada mahasiswa mahasiswi baru mahupun lama yang baru sahaja menamatkan episod percutian mereka sekian lama. Ini merupakan satu penghargaan yang cukup besar buat saya untuk mengalu-alukan kedatangan para pejuang ilmuwan yang menjejakkan kaki ke bumi Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Seperti yang kita sedia maklum, UKM merupakan satu wadah untuk para ilmuwan menonjolkan kreativiti dalam medan ilmu tidak kiralah dalam bidang yang diceburi ataupun di luar bidang kepakaran mereka sendiri. Sebagai siswa siswi yang terdidik dari segi intelek, emosi dan rohani kita merupakan orang-orang yang menerajui barisan paling hadapan dalam memacu arus perkembangan negara. Justeru itu, saya berharap siswa dan siswi varsiti ini dapat menimba pengalaman dan ilmu sedaya-upaya mereka dalam menghadapi ranjau kemodenan yang tidak putus-putus dengan ujian dan cabaran. Saya percaya bahawa institusi ini merupakan satu medium yang amat lengkap dalam mempersiapkan para siswa siswi menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Akhir kata, amatlah besar harapan dan cita-cita saya untuk melihat setiap individu yang bakal mengalung lencana Universiti Kebangsaan Malaysia ini berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Jadi dengan ini saya mengucapkan selamat datang ke varsiti ini dan selamat maju jaya.

MUHAMMAD AFDHAL BIN SHABLI
TIMB. YANG DIPERTUA I PMFST 2010/11

Sunday, June 20, 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucakan keada seluruh warga FST...Selamat kembali kepada warga FST bagi meneruskan perjuangan di bumi UKM tercinta ini.Kepada mahasiswa/i baru sesi 2010/2010, selamat datang FST khusunya dan UKM amnya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan. Semoga sesi baru ini akan lebih memantakan fakulti kita yang tersayang ini hasil gabungan usaha kita semua. Sebagai akhirnya,

Semakin hari semakin cinta,
Hidup pasti lebih ceria,
Selamat datang pelajar baru dan lama,
Moga FST terus maju jaya.

Siti Hajar Yusoff
Exco siswi PMFST




Salam PMFST untuk semua. Selamat bertemu kembali bagi warga UKM khasnya warga FST.Moga pertemuan kita dapat merapatkan lagi ukhuwah antara kita semua terutamanya bagi Kelu'Warga" FST. Moga 'paduan ilmu dan keimanan' ini dapat membawa kita jauh lebih cemerlang, gemilang dan terbilang daripada sesi lepas. Bagi adik-adik yang bakal mendaftar, tahniah dan selamat datang kami ucapkan. Kehadiran adik-adik amatlah kami alu-alukan agar kita dapat bersama-sama menggali khazanah ilmu di perbukitan ilmu, UKM ini. Akhir kata, renung-renungkanlah hadis ini..

"Ketahuilah bahawa kemenangan akan datang setelah kesabaran.Kelapangan akan datang setelah kesusahan, dan setelah kesusahan pasti ada kemudahan"-HR Ahmad

SITI ZUBAIDAH BINTI ISMAIL
EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PMFST


Buat adik-adik yang baru mengenali dunia kampus, syabas dan tahniah diucapkan. Kepada adik-adik mahasiswa/i yang bakal menjadi peneraju kecemerlangan FST khususnya, selamat datang diucapkan. Genggamlah harapan kedua ibu bapa untuk melihat kejayaan anda di perbukitan ilmu UKM ini. Seterusnya buat rakan-rakan mahasiswa/i UKM khususnya pelajar-pelajar FST, selamat mempersiapkan diri menempuh semester baru yang bakal mencabar dengan azam dan semangat baru untuk menggiatkan lagi usaha meningkatkan pencapaian akademik seiring kokurikulum. Semoga kita semua dapat menjadi senior yang baik dan berkualiti kepada bakal adik-adik FST nanti. Ingatlah, kita datang dengan harapan, justeru kita pulang dengan kejayaan. InsyaAllah.

-SITI NUR SYATIRAH ISMAIL,

TIMBALAN EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PMFST



Assalaimualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Salam PMFST kepada semua mahasiswa/i yang saya kasihi sekalian. Disini saya,HILLMAN IQBAL BIN RUSLI, EXCO INFORMASI & PENERBITAN ingin memberi ucapan sepatah dua katasempena pembukaan semester baru bagi pelajar senior dan yang dinanti-nantikan kedatangan anak-anak baru kita yang berjaya mendapat tempat ke Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dan Fakulti Sains & Teknologi amnya. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pelajar-pelajar baru yang saya sayangi sekalian. Saya berharap pada semester baru ini kita dapat membina satu iltizam baru untuk terus maju dalam pembelajaran kita. Selain itu, saya juga ingin menyeru kepada semua mahasiswa/i agar mengambil peluang dengan tidak terlepas untuk menjadi sebahagian daripada kami dengan mendaftarkan diri sebagai ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST).

Bagi saya untuk menjadi mahasiswa/i yang berdaya saing, kita tidak semestinya hanya menumpukan masa kita dengan belajar sahaja. Di samping itu, kita perlulah memantapkan lagi ‘ soft skill’ kita dalam banyak perkara yang pasti berguna pada suatu hari nanti. Dengan kita menyertai kelab/persatuan yang terdapat dalam UKM ini, kita dapat menimba pengalaman baru di samping mengeratkan silaturrahim di antara kita. Harapan saya pada semester ini agar ahli-ahli PMFST bukan hanya berdaftar sebagai ahli sahaja, tetapi juga menjadi pendokong dan pemberi sumbangan terhadap hala tuju dan kemajuan PMFST pada masa yang akan datang.

Sebagai kata akhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada mahasiswa/i baru yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UKM dan menjadi sebahagian daripada warga Fakulti Sains & Teknologi.

Sekian,terima kasih

HILLMAN IQBAL BIN RUSLI

EXCO INFORMASI & PENERBITAN PMFST