Pages

Monday, June 21, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kepada mahasiswa/i FST baru, selamat datang dan tahniah diucapkan.Semoga kedatangan anda dapat memeriahkan suasana di FST.Selamat kembali kepada mahasiswa/i dan warga UKM yang menghabiskan cuit semester di kampung halaman masing-masing.Moga-moga semester baru yang akan dibuka ini akan membuatkan kita semua lebih bersemangat untuk berjaya.Bagi mahasiswa/i yang masih bersedih dengan keputusan peperiksaan semester lepas, masih ada masa untuk kita semua masing-masing mempertingkatkan prestasi dengan semangat dan azam yang baru.
Diingatkan juga kepada mahasiswa/i, datanglah selalu ke bilik PMFST.Kami ada menjual keropok,biskut,air mineral,lecture notes,jaket PMFST dan macam- macam lagi di samping meja dan kerusi yang disediakan untuk kemudahan mahasiswa/i FST untuk belajar.
Akhir kata dari saya, semoga kita semua dapat memanfaatkan peluang yang telah diberi kepada kita dengan sebaik-baiknya.Gunakan semua peluang dan kemudahan yang diberi untuk mencapai apa yang kita kehendakkan.

MOHD FUAD BIN AHMAD
EXCO EKONOMI PMFST



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua warga Falkulti Sains Dan Teknologi ,begitu juga kepada pelajar-pelajar baru FST tahun 1yang berjaya masuk ke UKM.Saya selaku timbalan exco sukan PMFST ingin mengucapkan sekalung syabas dan tahniah kepada semua.Semoga semester baru ini, memberi peluang untuk meningkatkan prestasi diri dan menjadi mahasiswa/i yang mantap dan berdaya saing pada masa hadapan.Sekian,terima kasih.

NURUL AMIERAH BT ABDULLAH
TIMB. EXCO SUKAN PMFST




Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada mahasiswa mahasiswi baru mahupun lama yang baru sahaja menamatkan episod percutian mereka sekian lama. Ini merupakan satu penghargaan yang cukup besar buat saya untuk mengalu-alukan kedatangan para pejuang ilmuwan yang menjejakkan kaki ke bumi Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Seperti yang kita sedia maklum, UKM merupakan satu wadah untuk para ilmuwan menonjolkan kreativiti dalam medan ilmu tidak kiralah dalam bidang yang diceburi ataupun di luar bidang kepakaran mereka sendiri. Sebagai siswa siswi yang terdidik dari segi intelek, emosi dan rohani kita merupakan orang-orang yang menerajui barisan paling hadapan dalam memacu arus perkembangan negara. Justeru itu, saya berharap siswa dan siswi varsiti ini dapat menimba pengalaman dan ilmu sedaya-upaya mereka dalam menghadapi ranjau kemodenan yang tidak putus-putus dengan ujian dan cabaran. Saya percaya bahawa institusi ini merupakan satu medium yang amat lengkap dalam mempersiapkan para siswa siswi menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Akhir kata, amatlah besar harapan dan cita-cita saya untuk melihat setiap individu yang bakal mengalung lencana Universiti Kebangsaan Malaysia ini berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Jadi dengan ini saya mengucapkan selamat datang ke varsiti ini dan selamat maju jaya.

MUHAMMAD AFDHAL BIN SHABLI
TIMB. YANG DIPERTUA I PMFST 2010/11

No comments:

Post a Comment