Kelebihan Tidur dari Sudut Islam dan Kajian Sains
Sunnah Tidur Siang Dan Penemuan Semasa :
Tidur siang pernah dianggap sebagai
salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan
seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul
Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh
Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah
keji.Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya
Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan
tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur
membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir
matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu
tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang
keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar
dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa
ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day
napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk
mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas
negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5%
pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya
kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah
juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News:
'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from
eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur
seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur
pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase'
atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur
tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony,
pengarang buku 'The Art of Napping at Work.'
Demikian juga yang
disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka
'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of
Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah
merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk
mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
Seorang pengkaji yang lain,
Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama
mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep
Deprivation,' Family.com). Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi
rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas
produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)
NOTED: ANDA BOLEH MENGKAJI KEBENARANNYA LEBIH MENDALAM DENGAN MEMPERBANYAKKAN MEMBACA DAN MENGKAJI. SEKIRANYA ADA KESILAPAN MOHON TUNJUK AJAR DAN ANDA DI ALU-ALUKAN UNTUK BERKONGSI "LINK" YANG BERKAITAN ARTIKEL INI. ANDA BOLEH KONGSI "LINK" TERSEBUT PADA "COMMENT" DI BLOG INI. SEKIAN,TERIMA KASIH
sumber:
PAGE FB LAYAR MINDA
http://www.facebook.com/layarMinda#!/photo.php?fbid=284429698252872&set=a.210883628940813.66540.128378787191298&type=3&theater
No comments:
Post a Comment