Di Edit oleh :
EXCO EKONOMI PMFST 2011/2012
Ulasan Suara Kampus 4 "Bajet 2012 : Di manakah Mahasiswa?"
Sedikit Perkongsian:
Antara perbincangan yang dikupas adalah:
1.
Malaysia sedang menghadapi masalah defisit yang tinggi.
(Defisit
: Perbelanjaan melebihi sumber pendapatan, akan membawa kepada hutang). Masalah ini sudah timbul sejak 14 atau 15
tahun yang lalu. Hutang mengikut tanda aras kebangsaan adalah 3%, tetapi Malaysia
sudah mencecah 4.7%. Masalah ini perlu diberi perhatian kerana hutang ini
yang akan ditanggung oleh generasi sekarang dan generasi akan datang.
2.
Adakah perancangan bajet ini mengikuti prinsip-prinsip
syariah yang telah ditetapkan oleh Islam?
Jika benar-benar mengikut syariah, maka perancangan bajet akan disusun mengikut kepada
awlawiyyat (keutamaan). Selain itu, sekiranya dirujuk kepada lima maqasid syariah
iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Salah satu persoalan yang perlu
kita fikirkan bersama adalah adakah wujud bajet yang ditetapkan untuk
menjaga maqasid syariah yang kedua ini, iaitu nyawa? Contohnya, bajet untuk penambahan CCTV di “ highway” dan
lain-lain lagi.
3.
Antara isu yang turut dibangkitkan juga adalah terdapat
peruntukan sebanyak RM 500 yang diberikan untuk setiap perumahan. Bagaimana
wang tunai sebanyak ini dapat membantu untuk menjana ekonomi negara? Jikalau ia
hanya dibelanjakan untuk keperluan peribadi, maka kesannya kepada ekonomi negara
hanya untuk jangka masa pendek tetapi jika wang tunai tersebut digunakan, contohya
sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan, maka dengan cara sedemikian yang
akan dapat membantu menjana ekonomi negara untuk jangka masa yang panjang. Hal
ini juga dapat membantu kerajaan atau negeri untuk melunaskan hutang-hutang mereka
tersebut.
4.
Bukan itu sahaja, cukai bagi mereka yang berpendapatan
tinggi sepatutnya dinaikkan, contohya
seperti orang-orang kaya. Hal ini disebabkan perbelanjaan mereka amat tinggi
dan kadangkala sebahagian daripada mereka tidak dapat menguruskan kewangan mereka
itu dengan sebaiknya sehingga kadangkala sampai ke tahap pembaziran. Oleh itu,
cukai yang tinggi perlu dikenakan ke atas mereka. Sebagai masyarakat yang
prihatin akan masa depan negara, kita ingin mengelakkan daripada berlakunya fenomena
seperti orang kaya akan menjadi semakin kaya dan orang miskin akan menjdi
semakin miskin.
5.
Akhir sekali, antara persoalan yang juga turut berlegar
di minda ketika Suara Kampus 4 berlangsung pada Isnin lepas, adalah mengenai cadangan
yang boleh dilakukan dalam bajet akan datang. Antaranya, keadaan penjenayah
atau mat rempit yang ditahan dalam lokap untuk beberapa hari yang akan diberi makan
dan minum. Bagaimana keadaan mereka setelah dilepaskan nanti, adakah harga makan
dan minum itu tidak perlu dibayar balik? Persoalannya, mengapa mahasiswa yang
mempunyai pinjaman PTPTN harus melunaskan semula pinjaman mereka itu sedangkan
wang tunai yang mereka gunakan itu adalah untuk membina intelektual mereka dan
juga untuk berbakti kepada masyarakat kelak.
~ Ahmad Muzammil (Presiden PMUKM), Prof. Dr. Abdul Ghafar (FEP), Ustaz Zaharuddin
dan Ustaz Hailani (FPI) ~
Sumber asal:
http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=265642010139055
Sebarang komen,cadangan dan penambahbaikan amat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.
sedangkan NABI pon bagi mkn dkat ORANG KAFIR yg slalu kutuk caci maki baginda
ReplyDeletenie kn MAT REMPIT yg JUGA SEDARA SEISLAM KITA
jd jgn lah nk ungkit psl hal mkn minum mereka
memang lah mereka 2 x bawa apa2 manfaat kepada kita khususnya negara
cube kita fikir
org yg kebulur kat negara2 mundur 2.. kenapa kita bantu??? kenapa kita tolong kasi bantuan makan minum?? kenapa kita bantu kasi diorg blaja, prubatan??
diorg ade duit ker nk bayar???
padahal mereka2 yg kebulur nie XDE BERI MANFAAT pon kat kita~
saya penah dgr ceramah seorg ustaz, dia kata
ReplyDelete"bukan duit yg bagi makan
ALLAH yg bagi mkn
bukan mkn yg bagi idup
ALLAH yg bagi idup
ade org mkn tuk idup
mkn bnyk2 pon mati jugak atas izin ALLAH"
kesimpulannya, duit n bajet 2 perkara duniawi
xusah lah nk berkira sesama Islam
salam~
pada pandangan saya, cukai yg tinggi x harus dikenakan pada golongan kaya kerana
ReplyDelete1.majoriti mereka juga bermula dari miskin. dan mereka berminda orang2 berjaya, berusaha sehingga jadi kaya spt syed mokhtar albukhary, lee chong wei dan khalid ibrahim. mereka layak nikmati hasil kerja keras mereka.
2.jika org kaya itu boros, masakan mereka boleh jadi kaya? kerana pembelanjaan melebihi pendapatan. sebenarnya apabila mereka kaya, mereka memiliki kuasa membeli yg lebih. itu sahaja. bukanlah mereka boros.
3.jika cukai dinaikkan kepada org2 kaya shj, bukankah ini adalah sistem berat sebelah dan memanjakan org miskin. kerana org kaya cukai lebih, org miskin dapat bantuan dan subsidi lebih. kalau begitu, bagus semua org jadi org miskin x perlu berusaha kerana kalau usaha hingga jaya pun cukai akan lebih dan kalau miskin x apa kerana akan ada subsidi, elaun dan zakat.
4.jika cukai lebih ini sebenarnya ditujukan kepada kroni2 dan ahli politik yg kaya kerana korupsi, maka cara ini pada pandangan saya adalah kurang berkesan. kerana harta2 mereka x diisytiharkan utk pengiraan cukai, disembunyikan dalam sistem yg kompleks dan dilindungi.