Berkenaan isu terbaru mahasiswa UKM yang kesulitan mendaftar bagi semester pendek khususnya bagi subjek Umum - U2 & U3, terutama bagi mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (FST) serta Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP), MPM UKM yang baru mendapat mandat dua minggu yang lalu, saudari Amalina dan Azidah segera berjumpa pihak pengurusan Pusat Pengajian Umum (PPU) siang tadi.
Temujanji yang pada asalnya pada pukul 10 pagi kemudian dianjak ke pukul 12 tengahari kerana Dr Khalim Zainal, Timbalan Pengarah PPU ada urusan. Sementara menunggu, saudari Azidah dan Amalina sempat menemubual beberapa orang mahasiswa untuk mendapatkan respon berkenaan isu kesulitan mendaftar U2 dan U3 ini.
Rata-rata mahasiswa yang ditemui mengakui mengalami kesulitan untuk mendaftar. Dan langkah segera MPM kali ini untuk berjumpa dengan pihak PPU amat-amat dihargai dan mendapat pujian.
Lebih kurang pukul 12 tengahari, MPM Azidah dan Amalina barulah dapat bertemu dengan Dr Khalim. Beliau telah dimaklumkan berkenaan permasalahan pendaftaran U2 dan U3 bagi mahasiswa FST dan FEP khususnya.
Lebih kurang pukul 12 tengahari, MPM Azidah dan Amalina barulah dapat bertemu dengan Dr Khalim. Beliau telah dimaklumkan berkenaan permasalahan pendaftaran U2 dan U3 bagi mahasiswa FST dan FEP khususnya.
Walaubagaimanapun, Dr Khalim memaklumkan bahawa pihak PPU telah bermesyuarat dan menetapkan bahawa tiada penambahan tempat dibuka lagi. Ini kerana masalah kekurangan pensyarah untuk mengajar subjek U2 dan U3 semasa semester pendek (semester 3). Namun perkara ini terpaksa dibangkitkan oleh saudari Amalina dan diberi perhatian bahawa mahasiswa FST tahun 3 terpaksa menjalani Latihan Industri (LI) sejurus tamat peperiksaan semester 2 mulai sesi ini. Maka, tidak dapat tidak mahasiswa FST terpaksa mengambil subjek U2 dan U3 semasa di tahun 1 atau 2. Begitu juga hal ini dibangkitkan oleh saudari Azidah yang memaklumkan mahasiswa FEP pula menjalani LI ketika di semester 2, tahun 3.
Setelah kelihatan masalah ini menemui kebuntuan, Dr Khalim merujuk masalah ini terus kepada Pengarah PPU, PM Dr. Khairul Anwar Mastor.
Turut terlibat dalam perbincangan pada tengahari tadi ialah Dr Zarina Othman selaku Timbalan Pengarah (Kemahiran Bahasa). PM Dr Khairul Anwar menjelaskan kembali rasional tempat bagi subjek U2 dan U3 dihadkan kepada 80 orang bagi sesebuah set subjek. Ini kerana pensyarah yang terbabit mempunyai giliran untuk mengajar pada semester pendek setiap tahun. Maka masalah kekurangan pensyarah memang menyebabkan permasalahan seperti ini akan berlaku saban tahun.
PM Dr Khairul Anwar bagaimanapun menegur sikap segelintir mahasiswa yang bersikap sambil lewa dan tidak peka dengan hal akademik sendiri sehinggakan perlu ada MPM yang membawa isu ini ketika mereka kesulitan. Bagi beliau masing-masing mahasiswa perlu peka, dan mengambil berat perihal subjek-subjek yang perlu dihabiskan sepanjang pengajian, bukan ketika di akhir-akhir tahun pengajian. Sebagai contoh, mahasiswa yang dibenarkan mengambil sehingga 24-26 mata kredit pada sesuatu semester perlu mengambil peluang itu untuk mengambil subjek U2, U3 dan PB. Maka tidak timbul keributan apabila mahasiswa tersebut tidak dapat mengambil subjek-subjek U2 dan U3 ketika semester pendek.
Tambah beliau lagi, semester pendek ini sebenarnya hanya diperuntukkan kepada mahasiswa yang mengambil kursus yang kritikal yang memiliki jumlah kredit yang besar; sebagai contoh 130 - 140 kredit yang perlu dihabiskan dalam tempoh 3 tahun atau 170 - 180 kredit yang perlu dihabiskan dalam tempoh 4 tahun. Ini barulah menepati keperluan sebenar untuk mahasiswa tersebut mengambil subjek U2 dan U3 semasa tempoh semester pendek.
Di akhir perbincangan, PM Dr Khairul Anwar membuat keputusan untuk membuka sebanyak 20 tempat kosong tambahan bagi 4 kelas kursus U2 dan 6 kelas kursus U3. Ini menjadikan kesemua jumlah tempat kosong yang dibuka adalah 200 buah. Akan tetapi, 200 tempat kosong ini akan dibahagi sama banyak antara mahasiswa FST dan FEP; menjadikan 100 buah yang kemudian dibahagi pula kepada 4 subjek U2 dan 6 subjek U3.
Untuk makluman juga PPU mengingatkan, nama-nama yang dikutip secara muktamad akan diletakkan secara rawak untuk mengikuti mana-mana subjek-subjek umum (U2 & U3) oleh pihak PPU dan tidak boleh ditukar setelah itu.
Untuk makluman juga PPU mengingatkan, nama-nama yang dikutip secara muktamad akan diletakkan secara rawak untuk mengikuti mana-mana subjek-subjek umum (U2 & U3) oleh pihak PPU dan tidak boleh ditukar setelah itu.
PM Dr Khairul Anwar juga mengingatkan mana-mana mahasiswa yang sudah mendaftar secara manual bahawa mereka tidak boleh menarik diri setelah nama mereka berjaya didaftarkan kerana kesannya, mahasiswa telah dianggap bersetuju untuk hadir ke kelas tersebut walaupun melakukan Tarik Diri (TD) Kursus. Yuran kursus turut dikenakan dan sekiranya mahasiswa tersebut tidak hadir ke peperiksaan akhir, maka dia dikira gagal subjek tersebut (Gred E).
No comments:
Post a Comment