Pages

Thursday, January 20, 2011

2 Kempen 1 matlamat.....

2 Kempen 1 matlamat.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pertengahan bulan januari ini, PMFST telah melancarkan kempen kitar semula & kesihatan dan juga kempen 3S(Senyum,Salam,Sapa). Kempen Kitar Semula akan dirasmikan oleh Timb. Dekan Prof Dr. Shahidan Sagiman di hadapan Dewan Anuar Mahmud pada hari selasa 18/1/2011 dan akan berakhir pada 27/1/2011. Kempen selama 2 mingguini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa FST yang cakna & sedar dengan kepentingan alam sekitar dan mempunyai semangat untuk menjaga alam sekitar sesuai dengan kondisi universiti iaitu mengaplikasikan perkembangan ilmu dan pembangunan universiti.

Bersesuaian dengan tema kempen kitar semula pada tahun ini iaitu" MAHASISWA PENCETUS KEHIJAUAN ALAM SEKITAR" yang akan menanamkan rangsangan dan kesedaran dalam diri mahasiswa FST tentang pentingnya kewujudan alam sekitar yang perlu dihargai sebagai satu mekanisma pembentukan jati diri dan sahsiah yang unggul.

Disamping itu, PMFST juga telah menglancarkan KEMPEN 3S(Senyum,Salam,Sapa) yang menjadi perkara asas bagi setiap manusia dengan pemberian anugerah Ilahi kepada kita iaitu pancaindera yang sangat sempurna. Dengan rasa syukur kepada Tuhan, PMFST telah mengambil inisiatif untuk menglancarkan kempen ini. Jom kita hiasi fakulti yang kita sayangi ini dengan senyuman Dalam suasana kita belajar pada masa ini, kita jarang mengamalkan perbuatan yang paling senang untuk dibuat iaitu senyum. Senyum merupakan sedekah yang tidak memerlukan tenaga, masa dan tidak mengira tempat. Jadi bagaimana untuk kita mengeratkan hubungan sesama kita?. Senyum adalah perkara yang paling mudah sekali untuk dilakukan tapi merupakan sedekah yang mulia & tinggi darjatnya… senyum mampu merobohkan tembak permusuhan, menghapuskan gejala hasad dengki, meleraikan dendam & persengketaan…dan yang paling penting dengan senyuman, akan mengukuhkan lagi silatuhrahim…

Kemudian salam, adakah payah untuk kita menebarkan salam sedangkan Rasulullah menggalakan kita supaya menyebarkan salam untuk mendoakan kesejahteraan sesama umat.Tanpa kita sedar salam adalah salah satu doa yang ringkas untuk seseorang praktikkan bagi mendoakan saudaranya. Tidak salah kalau kita mengamalkan ucapan salam untuk keberkatan kita seharian.

Seterusnya sapa, sebagai pekerja kita hendaklah bertegur sapa dengan pekerja yang lain dan sebaliknya. Hal ini demikian kerana dengan bertegur sapa kita dapat merapatkan jurang antara kita.

Jadi, amalkan 3S kerana senyum, salam dan sapa merupakan amalan yang penting bagi mengeratkan hubungan silatulrahim. Janganlah ada sifat sombong & takabur dan hasad dengki dalam diri kita.

Firman Allah Taala:-

“Masukilah pintu-pintu Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu didalamnya, maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takabul, hasad dengki ialah neraka Jahanam”.
( Al- Zumma – 72 )

Jadikan Kempen 3S ini permulaan untuk kita sama-sama mengeratkan hubungan dan lahir perasaan kasih sayang kita
Berukhwah kerana Allah..

No comments:

Post a Comment