MINDA YANG DIPERTUA PMFST
assalaimualaikum dan salam pertemuan
Awal bicara izinkan saya mengucapkan rasa bangga dengan kemasukan mahasiswa baru tahun satu ke Fakulti Sains & Teknologi.Sudah tentulah kedatangan kita ke varsititercinta ini adalah untuk mencapai cita-cita kita yang melangit.Bukan sekadar ingin melakar kejayaan,tetapi lebih daripada itu.Kita ke sini mahu melihat dunia ini berubah ke arah yang lebih gemilang.memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar merupakan satu tugas yang besar.
PMFST serius mahu menjadikan fakulti idaman,maju,selamat,sejahtera,dan berkebajikan.Antara teras pembangunan lestari fakulti ialah memacu pembangunan madal insan.Pembangunan insan secara menyeluruh dan bersepadu ini digagaskan bagi melahirkan modal insan berkualiti sebagai agen yang akan menyokong dan mendokong pembangunan Fakulti Sains & Teknologi hingga tercapainya visi fakulti baldatun tayyibatun wa robbun ghafur.
Ingin saya tekankan di sini,pendekatan yang diperlukan ialah pendekatan yang holistik dan inklusif.Adalah harapan saya semua mahasiswa di FST ini memainkan peranan yang proaktif bagi melahirkan generasi idaman FST yang bersikap positif,berakhlak mulia dan mengamalkan budaya bantu-membantu,prihatin dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
Marilah bersama-sama bersinergi melahirkan modal insan berkualiti.sekian terima kasih
YDP PMFST 2010/11
Aiman Zafri bin Amiruddin
ERA BARU PMFST
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi telah didaftarkan dengan rasminya pada 15/2/2000 dengan izin Tuan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar ketika itu,Prof Dato' Dr Salleh Mohd Yassin.
PMFST merupakan wadah kegiatan pelajar yang menjadi pembantu dan penghubung utama dengan pentadbiran Fakulti Sains & Teknologi bagi memastikan semua kegiatan pelajar dan kebajikan mahasiswa/i sejajar dengan matlamat dan halatuju pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kini PMFST telah bergerak maju ke hadapan dengan pelbagai transformasi untuk memastikan persatuan ini terus menjadi pilihan mahasiswa/i di FST ini.
No comments:
Post a Comment