keratan akhbar berita harian di ruangan varsiti yang bertarikh 4 Jun 2010
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi(PMFST)telah menghantar sebuah artikel kepada Berita Harian yang bertarikh 4 Jun 2010 di ruangan Varsiti sempena kemasukan mahasiswa/i baru ke semua IPTA/IPTS di seluruh malaysia dan juga di luar negara. Artikel tersebut bertajuk "Mahasiswa baru digalak berpersatuan" hasil cetusan idea oleh Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi,Saudara Aiman Zafri Aminuddin yang bertujuan untuk menyuntik semangat berpersatuan di kalangan mahasiswa/i baru.
Berdasarkan kepada artikel tersebut,kegiatan berpersatuan adalah satu wadah yang baik untuk mencungkil dan memgasah bakat berorganisasi dan kepemimpinan dalam diri mahasiswa.Selain terbabit secara aktif dengan aktiviti akademik,mahasiswa seharusnya membabitkan diri dengan kegiatan berpersatuan.
Ini dapat melatih mahasiswa mahasiswa dengan kemahiran interpersonal seperti kemahiran berkomunikasi,kepemimpinan,meningkatkan keyakinan diri,kaedah mengurus masa dan sebagainya.Kemahiran berkenaan yang tidak dapat diperolehi dalam dewan kuliah kemudiannya dapat diaplikasikan di tempat kerja dan masyarakat kelak.Secara umumnya,pembabitan mahasiswa dalam kegiatan berpersatuan dan aktif dalam aktiviti akademik dapat melahirkan mahasiswa yang berketrampilan,berdaya saing dan cekal dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar hari ini.
Mahasiswa perlu sedar mengenai keperluan untuk terbabit dengan persatuan bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.Ini kerana kebanyakan mahasiswa tidak berani meluahkan masalah kepada pihak berkaitan secara perseorangan.Melalui persatuan,segala masalah boleh disalurkan kepada pihak pengurusan universiti,supaya tindakan segera dapat diambil.
Dalam pada itu,mahasiswa perlu bijak ketika membabitkan diri dengan aktiviti persatuan agar akademik dan aktiviti berpersatuan dapat diseimbangkan.
No comments:
Post a Comment