Pages

Tuesday, July 27, 2010

Ekspedisi Gunung Datuk PMFST berjalan dengan lancar

Pada 23 Julai hingga 25 Julai yang lepas,Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST) telah menganjurkan satu Exspedisi Pendakian yang diadakan di Gunung Datuk,Rembau,Negeri Sembilan. Exspedisi ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Sukan yang diketuai oleh Saudara Hafiz bin Mislam

Sunday, July 11, 2010



Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi(PMFST) anjuran sekretariat Informasi & Penerbitan akan menganjurkan satu peraduan IT iaitu "Cabaran IT PMFST 2010" bersempena dengan kemasukan mahasiswa/i baru dan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar(M3P). Cabaran IT ini bertujuan untuk mengasah bakat yang terpendam di kalangan mahasiswa/i dalam ilmu IT disamping mendalami ilmu sains.Cabaran IT ini akan bermula pada 12/7/2010 hingga 23/7/2010.
Cabaran ini menawarkan lima kategori pertandingan:

1)mencipta logo PMFST
2)merekabentuk design photoshop
3)mencipta montaj & video pendek
4)melukis kartun komik
5)mereka cipta video flash

kelima-lima kategori tersebut haendaklah menepati tema " Sains & Teknologi".Bagi kategori mencipta logo PMFST,merekabentuk design photoshop,dan melukis kartun komik,penyertaan ditawarkan secara individu sahaja.Bagi kategori mencipta montaj & video pendek dan merekacipta video flash,peyertaan ditawarkan secara individu dan berkumpulan.Para peserta diberi tempoh selama 2 minggu untuk merekabentuk hasil ciptaan kreatif dan hantarkan ke email hill_iqboy_man90@yahoo.com atau boleh menghantar terus ke bilik aktiviti pelajar PMFST.Penghantaran hasil kerja hendaklah besertakan nama penuh,no. matrik,no. telefon.

Maklumat lanjut sila hubungi:
Hillman Iqbal -0133711086
Rahmah Mastura-0134393273



Pada Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar(M3P),Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi(PMFST) akan membuka kaunter pendaftaran bagi memberi peluang kepada mahasiswa/i baru mendaftarkan diri sebagai ahli PMFST dan juga sebagai rexco bagi setiap sekretariat di dalam PMFST.Kaunter pendaftaran akan dibuka pada 19 Julai 2010 hingga 23 Julai 2010 di bilik aktiviti pelajar PMFST,bangunan biologi,bangunan matematik,di depan Dewan Anuar Mahmud(DAM) dan di hadapan KESKA.Kaunter akan dibuka pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Friday, July 9, 2010

keratan akhbar berita harian di ruangan varsiti yang bertarikh 4 Jun 2010

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi(PMFST)telah menghantar sebuah artikel kepada Berita Harian yang bertarikh 4 Jun 2010 di ruangan Varsiti sempena kemasukan mahasiswa/i baru ke semua IPTA/IPTS di seluruh malaysia dan juga di luar negara. Artikel tersebut bertajuk "Mahasiswa baru digalak berpersatuan" hasil cetusan idea oleh Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi,Saudara Aiman Zafri Aminuddin yang bertujuan untuk menyuntik semangat berpersatuan di kalangan mahasiswa/i baru.

Berdasarkan kepada artikel tersebut,kegiatan berpersatuan adalah satu wadah yang baik untuk mencungkil dan memgasah bakat berorganisasi dan kepemimpinan dalam diri mahasiswa.Selain terbabit secara aktif dengan aktiviti akademik,mahasiswa seharusnya membabitkan diri dengan kegiatan berpersatuan.

Ini dapat melatih mahasiswa mahasiswa dengan kemahiran interpersonal seperti kemahiran berkomunikasi,kepemimpinan,meningkatkan keyakinan diri,kaedah mengurus masa dan sebagainya.Kemahiran berkenaan yang tidak dapat diperolehi dalam dewan kuliah kemudiannya dapat diaplikasikan di tempat kerja dan masyarakat kelak.Secara umumnya,pembabitan mahasiswa dalam kegiatan berpersatuan dan aktif dalam aktiviti akademik dapat melahirkan mahasiswa yang berketrampilan,berdaya saing dan cekal dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar hari ini.

Mahasiswa perlu sedar mengenai keperluan untuk terbabit dengan persatuan bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.Ini kerana kebanyakan mahasiswa tidak berani meluahkan masalah kepada pihak berkaitan secara perseorangan.Melalui persatuan,segala masalah boleh disalurkan kepada pihak pengurusan universiti,supaya tindakan segera dapat diambil.

Dalam pada itu,mahasiswa perlu bijak ketika membabitkan diri dengan aktiviti persatuan agar akademik dan aktiviti berpersatuan dapat diseimbangkan.
keratan akhbar berita harian di ruangan varsiti yang bertarikh 4 Jun 2010

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi(PMFST)telah menghantar sebuah artikel kepada Berita Harian yang bertarikh 4 Jun 2010 di ruangan Varsiti sempena kemasukan mahasiswa/i baru ke semua IPTA/IPTS di seluruh malaysia dan juga di luar negara. Artikel tersebut bertajuk "Mahasiswa baru digalak berpersatuan" hasil cetusan idea oleh Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi,Saudara Aiman Zafri Aminuddin yang bertujuan untuk menyuntik semangat berpersatuan di kalangan mahasiswa/i baru.

Berdasarkan kepada artikel tersebut,kegiatan berpersatuan adalah satu wadah yang baik untuk mencungkil dan memgasah bakat berorganisasi dan kepemimpinan dalam diri mahasiswa.Selain terbabit secara aktif dengan aktiviti akademik,mahasiswa seharusnya membabitkan diri dengan kegiatan berpersatuan.

Ini dapat melatih mahasiswa mahasiswa dengan kemahiran interpersonal seperti kemahiran berkomunikasi,kepemimpinan,meningkatkan keyakinan diri,kaedah mengurus masa dan sebagainya.Kemahiran berkenaan yang tidak dapat diperolehi dalam dewan kuliah kemudiannya dapat diaplikasikan di tempat kerja dan masyarakat kelak.Secara umumnya,pembabitan mahasiswa dalam kegiatan berpersatuan dan aktif dalam aktiviti akademik dapat melahirkan mahasiswa yang berketrampilan,berdaya saing dan cekal dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar hari ini.

Mahasiswa perlu sedar mengenai keperluan untuk terbabit dengan persatuan bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.Ini kerana kebanyakan mahasiswa tidak berani meluahkan masalah kepada pihak berkaitan secara perseorangan.Melalui persatuan,segala masalah boleh disalurkan kepada pihak pengurusan universiti,supaya tindakan segera dapat diambil.

Dalam pada itu,mahasiswa perlu bijak ketika membabitkan diri dengan aktiviti persatuan agar akademik dan aktiviti berpersatuan dapat diseimbangkan.

Tuesday, July 6, 2010


Salam PMFST dan Salam Mahasiswa
Segunung tahniah saya ucapkan kepada warga baru Fakulti Sains dan Teknologi iaitu seramai 906 orang pelajar baru tahun satu yang terpilih melayakkan diri ke bumi perbukitan ilmu UKM Bangi ini. Sesungguhnya, anda semua adalah insan yang benar-benar terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi berbanding insan lain, maka gunakan semaksimum mungkin ruang dan peluang yang dikurniakan ini agar kelak anda keluar menjadi agen perubahan masyarakat yang terbilang. Andalah ‘Cream of the society’, maka jadikan peluang ini sebagai medan anda mahasiswa/i untuk menceduk ilmu dan pengalaman sama ada secara interpersonal dan intrapersonal sebanyak mungkin. Semoga ia menjadi mangkin tranformasi paradigma pola pemikiran anda sebagai mahasiswa FST UKM.
Kami warga PMFST amat mengalu-alukan kedatangan anda ke perbukitan ilmu UKM Bangi ini bagi menjayakan misi Fakulti Sains dan Teknologi sendiri iaitu menjadi pusat keilmuan Sains dan Teknologi beracuan budaya kebangsaan dan bermatlamat melahirkan siswazah berilmu Sains dan Teknolgi serta berpandangan luas dan berdaya saing. Di samping, itu seiring dengan moto kami PMFST ‘KEILMUAN,KEBAJIKAN,KESATUAN’ yang dibawah naungan Timbalan Dekan FST, Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad amat mengalukan janaan idea dan kesatuan dari anda pelajar baru untuk menjayakan misi kami PMFST untuk kepentingan warga FST. Semoga kita semua betindak seiring dengan pemikiran yang jernih dan positif bukan dengan pemikiran yang negatif. Suka saya gunakan kata pepatah inggeris ‘Action louder than speak’ bermakna tindakan adalah lebih berkuasa dari perkataan, maka jagalah tingkah laku dan akhlak anda bukan dalam akademik sahaja kerana akhlak yang baik menyinar ibarat bintang di langit malam. Akhir kata, tahniah dan selamat datang warga baru ke bumi perbukitan ilmu Fakulti Sains dan Teknologi UKM.
NURUL ATIQAH IZZATI BINTI MD. ISHAK
NYDP III PMFST UKM

BOOKLET PMFST DIRAMPAS?

Mahasiswa baru Tahun 1 FST terpinga-pinga apabila Booklet Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi yang diletakkan bersama buku penilaian Sistem Penilaian Kompetensi Generik dan Kad mentor di dalam beg pemberian Pentadbiran FST telah dirampas oleh Pemudah Cara (PC) di Kolej Aminuddin Baki malam tadi.Mahasiswa baru kelihatan tertanya-tanya, dimanakah letaknya bahaya booklet itu??

Menurut seorang mahasiswa baru yang enggan dikenali,bagi mereka yang tertinggal booklet dibilik, mereka dikehendaki menyerahkan kepada PC malam itu juga. Mereka terpaksa mengambilnya kerana takut dimarahi oleh Pc-Pc mereka.

Apabila tindakan PC-PC dipersoal beberapa mahasiswa baru, mereka menjawab ia bahaya kerana PMFST adalah pro pembangkang. Kandungan booklet itu adalah pengenalan persatuan yang bernaung di bawah pentadbiran FST.

PMFST melihat tindakan PC-PC Kolej Aminuddin Baki (KAB) ini sebagai tindakan tergesa-gesa, tidak bermaruah dan mempunyai agenda yang bersifat 'mala fide. Dimanakah letaknya profesionalisme PC-PC itu semua??

Tindakan PC-PC ini seolah-olah mencabar dan tidak menghormati usaha warga dan Pentadbiran FST. Mereka langsung tidak menghormati undang-undang yang sedia ada. Adakah ini contoh terbaik untuk ditonjolkan kepada mahasiswa baru?? Mereka sebagai pelajar senior perlulah berfikiran positif dan terbuka untuk membuat keputusan kerana adik-adik baru memerlukan profesionalisme mereka.

Exco Kebajikan PMFST, Saudara Asarul Azlan Ariffin ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Kita rasa sungguh kesal dengan tindakan sebahagian PC yang bertindak di luar sempadan kemahasiswaan. Apa motif mereka 'membasuh' adik-adik tahun satu ini dengan doktrin PMFST adalah pro-pembangkang? Kita telah jelaskan dalam booklet itu sendiri bahawa PMFST berhasrat menjadi persatuan yang mengungguli aspek keilmuan, kebajikan dan kesatuan."

Semoga Minggu Mesra Pelajar kali ini dijalankan dengan 'mesra' dan menghiburkan.

"PMFST Untuk Semua"

Monday, July 5, 2010

MINDA YANG DIPERTUA PMFST

assalaimualaikum dan salam pertemuan

Awal bicara izinkan saya mengucapkan rasa bangga dengan kemasukan mahasiswa baru tahun satu ke Fakulti Sains & Teknologi.Sudah tentulah kedatangan kita ke varsititercinta ini adalah untuk mencapai cita-cita kita yang melangit.Bukan sekadar ingin melakar kejayaan,tetapi lebih daripada itu.Kita ke sini mahu melihat dunia ini berubah ke arah yang lebih gemilang.memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar merupakan satu tugas yang besar.

PMFST serius mahu menjadikan fakulti idaman,maju,selamat,sejahtera,dan berkebajikan.Antara teras pembangunan lestari fakulti ialah memacu pembangunan madal insan.Pembangunan insan secara menyeluruh dan bersepadu ini digagaskan bagi melahirkan modal insan berkualiti sebagai agen yang akan menyokong dan mendokong pembangunan Fakulti Sains & Teknologi hingga tercapainya visi fakulti baldatun tayyibatun wa robbun ghafur.

Ingin saya tekankan di sini,pendekatan yang diperlukan ialah pendekatan yang holistik dan inklusif.Adalah harapan saya semua mahasiswa di FST ini memainkan peranan yang proaktif bagi melahirkan generasi idaman FST yang bersikap positif,berakhlak mulia dan mengamalkan budaya bantu-membantu,prihatin dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling

Marilah bersama-sama bersinergi melahirkan modal insan berkualiti.sekian terima kasih

YDP PMFST 2010/11
Aiman Zafri bin Amiruddin



ERA BARU PMFST

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi telah didaftarkan dengan rasminya pada 15/2/2000 dengan izin Tuan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar ketika itu,Prof Dato' Dr Salleh Mohd Yassin.

PMFST merupakan wadah kegiatan pelajar yang menjadi pembantu dan penghubung utama dengan pentadbiran Fakulti Sains & Teknologi bagi memastikan semua kegiatan pelajar dan kebajikan mahasiswa/i sejajar dengan matlamat dan halatuju pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kini PMFST telah bergerak maju ke hadapan dengan pelbagai transformasi untuk memastikan persatuan ini terus menjadi pilihan mahasiswa/i di FST ini.

Sunday, July 4, 2010


tahniah dan selamat datang diucapkan kepada mahasiswa/i baru sesi 2010/11 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia setelah berjaya mencipta kejayaan cemerlang ketika di peringkat matrikulasi,asasi,stpm,stam dan diploma.Kami lebih-lebih lagi dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi berasa amat gembira atas kedatangan adik-adik baru yang akan menyerikan lagi suasana di fakulti sains & teknologi yang kita cintai ini.

Mungkin pada masa sekarang adik-adik baru sedang dalam proses mengenali lebih lanjut tentang universiti kebangsaan malaysia ini yang diberi tunjuk ajar oleh fasilitator di setiap kolej masing-masing.Samalah macam kami dahulu akan menjalani proses ini ketika menjejak kaki ke UKM ini yang dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar(MMP) yang akan dijalankan selama seminggu.Dalam masa seminggu ini adik-adik akan didedahkan dengan pelbagai informasi tentang universiti ini seperti menghafal lagu varsiti kita(lagu rasmi UKM),mengenali organisasi pentadbiran UKM,majlis perwakilan pelajar,dan banyak lagi perkara yang adik-adik akan tahu tentang varsiti kita yang tercinta ini.

Friday, July 2, 2010

Salam kesatuan satu warga diucapkan buat semua penuntut dan tenaga pengajar Fakulti Sains Teknologi, khususnya kepada pelajar-pelajar kemasukan baru bagi sesi 2010/ 2011 ke perbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia.Di kesempatan ini, saya mengajak kepada semua agar bersama memanjatkan setinggi kesyukuran kepada ilahi melalui penzahiran kepatuhan dan ketundukan kepadaNya kerana dengan izin serta rahmatNya yang tiada terhingga masih lagi menyempurnakan pernafasan kita dan memberi bermacam nikmat termasuklah peluang menyertai golongan penuntut ilmu di universiti yang tercinta ini.Pastinya semua sahabat membekalkan diri bukan sahaja dengan peralatan dan pakaian yang secukupnya, malah yang paling penting membawa pesanan dan nasihat keluarga untuk dipraktikkan bagi menempuh cabaran serta ujian yang bakal diharungi dalam semesta ini.Manusia yang cemerlang menjadikan hari esok atau hari kemudian lebih baik daripada sebelumnya, segala kelemahan dan kelekaan pada pelayaran yang lepas dijadikan iktibar untuk lebih berjaya pada pelayaran yang seterusya demi mencapai matlamat hidup yang diimpikan.Pada semua pelajar kemasukan terbaru, tahniah dan syabas saya ucapkan atas kejayaan anda semua, amalkan sikap suka bertanya jika terdapat sebarang permasalahan.Akhir sekali, saya doakan agar kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai ilahi dalam usaha di dunia dan kutipan hasil di akhirat kelak.Amiin.....

MOHD KAMARUDDIN BIN ZAINUL ABIDIN
EXCO KEROHANIAN PMFST