Salam kesatuan satu warga diucapkan buat semua penuntut dan tenaga pengajar Fakulti Sains Teknologi, khususnya kepada pelajar-pelajar kemasukan baru bagi sesi 2010/ 2011 ke perbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia.Di kesempatan ini, saya mengajak kepada semua agar bersama memanjatkan setinggi kesyukuran kepada ilahi melalui penzahiran kepatuhan dan ketundukan kepadaNya kerana dengan izin serta rahmatNya yang tiada terhingga masih lagi menyempurnakan pernafasan kita dan memberi bermacam nikmat termasuklah peluang menyertai golongan penuntut ilmu di universiti yang tercinta ini.Pastinya semua sahabat membekalkan diri bukan sahaja dengan peralatan dan pakaian yang secukupnya, malah yang paling penting membawa pesanan dan nasihat keluarga untuk dipraktikkan bagi menempuh cabaran serta ujian yang bakal diharungi dalam semesta ini.Manusia yang cemerlang menjadikan hari esok atau hari kemudian lebih baik daripada sebelumnya, segala kelemahan dan kelekaan pada pelayaran yang lepas dijadikan iktibar untuk lebih berjaya pada pelayaran yang seterusya demi mencapai matlamat hidup yang diimpikan.Pada semua pelajar kemasukan terbaru, tahniah dan syabas saya ucapkan atas kejayaan anda semua, amalkan sikap suka bertanya jika terdapat sebarang permasalahan.Akhir sekali, saya doakan agar kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai ilahi dalam usaha di dunia dan kutipan hasil di akhirat kelak.Amiin.....
MOHD KAMARUDDIN BIN ZAINUL ABIDIN EXCO KEROHANIAN PMFST
Tuesday, June 22, 2010
Assalammualaikum dan salam pertemuan, Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH memanjangkan lagi kontrak nyawa kita untuk kita semua bertemu. Selamat datang kepada mahasiswa baru di kampus perbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi. Kita merupakan insan yang terpilih daripada jutaan pelajar diseluruh Malaysia untuk memasuki varsiti yang tercinta ini. Kita merupakan pemuda dan pemudi yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Pemuda sering kali dikaitkan dengan perubahan. Mengapa begitu?? Sudah tentulah yang bergelar pemuda pasti dan pastinya mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti mempunyai pemikiran yang hebat dan tenaga yang kuat.Rugilah kita jikalau tidak menggunakan masa muda dengan sebaiknya. Sejarah pun telah menyatakan kehebatan pemuda. Sultan Muhammad Al-Fateh umpamanya merupakan seorang pemuda yang hebat dari segi ibadahnya dan cantik amal perbuatannya.Bayangkan ketika berumur 19 tahun mampu membuka Kota Konstantinopel yang kukuh. Kita hari ini, apakah yang mampu kita buka?? Banyak lagi kisah pemuda-pemuda yang hebat yang semakin dilupai tidak kira luar atau dalam negara. Seperti kata bekas Presiden Indonesia Soekarnoi “Berikan aku sepuluh pemuda nescaya aku bisa menggonccang dunia”. Ini menggambarkan pentingnya. Justeru itu,saya menyeru kepada seluruh mahasiswa FST terutamanya untuk gunakan masa muda ini dengan sebaik mungkin kerana muda ini hanya sekali. Pisang tidak pernah berbuah dua kali. Gunakan masa muda ini dengan memasuki persatuan-persatuan yang berilmiah seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) yang sangat mementingkan aspek kemahasiswaan. Kami amat cakna tentang kebajikan anda selaras moto kami Kesatuan,Keilmuan dan Keintelektualan. Akhir kalam, kampus ini bukan segala-segalanya tetapi segala-segalanya mungkin bermula dari kampus. MOHAMMAD HILMI BIN RAMLI NYDP 2 PMFST http:// menggoncangdunia.blogspot.com
Monday, June 21, 2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kepada mahasiswa/i FST baru, selamat datang dan tahniah diucapkan.Semoga kedatangan anda dapat memeriahkan suasana di FST.Selamat kembali kepada mahasiswa/i dan warga UKM yang menghabiskan cuit semester di kampung halaman masing-masing.Moga-moga semester baru yang akan dibuka ini akan membuatkan kita semua lebih bersemangat untuk berjaya.Bagi mahasiswa/i yang masih bersedih dengan keputusan peperiksaan semester lepas, masih ada masa untuk kita semua masing-masing mempertingkatkan prestasi dengan semangat dan azam yang baru. Diingatkan juga kepada mahasiswa/i, datanglah selalu ke bilik PMFST.Kami ada menjual keropok,biskut,air mineral,lecture notes,jaket PMFST dan macam- macam lagi di samping meja dan kerusi yang disediakan untuk kemudahan mahasiswa/i FST untuk belajar. Akhir kata dari saya, semoga kita semua dapat memanfaatkan peluang yang telah diberi kepada kita dengan sebaik-baiknya.Gunakan semua peluang dan kemudahan yang diberi untuk mencapai apa yang kita kehendakkan.
MOHD FUAD BIN AHMAD EXCO EKONOMI PMFST
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua warga Falkulti Sains Dan Teknologi ,begitu juga kepada pelajar-pelajar baru FST tahun 1yang berjaya masuk ke UKM.Saya selaku timbalan exco sukan PMFST ingin mengucapkan sekalung syabas dan tahniah kepada semua.Semoga semester baru ini, memberi peluang untuk meningkatkan prestasi diri dan menjadi mahasiswa/i yang mantap dan berdaya saing pada masa hadapan.Sekian,terima kasih.
NURUL AMIERAH BT ABDULLAH TIMB. EXCO SUKAN PMFST
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada mahasiswa mahasiswi baru mahupun lama yang baru sahaja menamatkan episod percutian mereka sekian lama. Ini merupakan satu penghargaan yang cukup besar buat saya untuk mengalu-alukan kedatangan para pejuang ilmuwan yang menjejakkan kaki ke bumi Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Seperti yang kita sedia maklum, UKM merupakan satu wadah untuk para ilmuwan menonjolkan kreativiti dalam medan ilmu tidak kiralah dalam bidang yang diceburi ataupun di luar bidang kepakaran mereka sendiri. Sebagai siswa siswi yang terdidik dari segi intelek, emosi dan rohani kita merupakan orang-orang yang menerajui barisan paling hadapan dalam memacu arus perkembangan negara. Justeru itu, saya berharap siswa dan siswi varsiti ini dapat menimba pengalaman dan ilmu sedaya-upaya mereka dalam menghadapi ranjau kemodenan yang tidak putus-putus dengan ujian dan cabaran. Saya percaya bahawa institusi ini merupakan satu medium yang amat lengkap dalam mempersiapkan para siswa siswi menghadapi dunia pekerjaan kelak. Akhir kata, amatlah besar harapan dan cita-cita saya untuk melihat setiap individu yang bakal mengalung lencana Universiti Kebangsaan Malaysia ini berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Jadi dengan ini saya mengucapkan selamat datang ke varsiti ini dan selamat maju jaya.
MUHAMMAD AFDHAL BIN SHABLI TIMB. YANG DIPERTUA I PMFST 2010/11
Sunday, June 20, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucakan keada seluruh warga FST...Selamat kembali kepada warga FST bagi meneruskan perjuangan di bumi UKM tercinta ini.Kepada mahasiswa/i baru sesi 2010/2010, selamat datang FST khusunya dan UKM amnya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan. Semoga sesi baru ini akan lebih memantakan fakulti kita yang tersayang ini hasil gabungan usaha kita semua. Sebagai akhirnya,
Semakin hari semakin cinta,
Hidup pasti lebih ceria,
Selamat datang pelajar baru dan lama,
Moga FST terus maju jaya.
Siti Hajar Yusoff
Exco siswi PMFST
Salam PMFST untuk semua. Selamat bertemu kembali bagi warga UKM khasnya warga FST.Moga pertemuan kita dapat merapatkan lagi ukhuwah antara kita semua terutamanya bagi Kelu'Warga" FST. Moga 'paduan ilmu dan keimanan' ini dapat membawa kita jauh lebih cemerlang, gemilang dan terbilang daripada sesi lepas. Bagi adik-adik yang bakal mendaftar, tahniah dan selamat datang kami ucapkan. Kehadiran adik-adik amatlah kami alu-alukan agar kita dapat bersama-sama menggali khazanah ilmu di perbukitan ilmu, UKM ini. Akhir kata, renung-renungkanlah hadis ini..
"Ketahuilah bahawa kemenangan akan datang setelah kesabaran.Kelapangan akan datang setelah kesusahan, dan setelah kesusahan pasti ada kemudahan"-HR Ahmad
SITI ZUBAIDAH BINTI ISMAIL
EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PMFST
Buatadik-adik yang baru mengenali dunia kampus, syabas dan tahniah diucapkan. Kepada adik-adik mahasiswa/i yang bakal menjadi peneraju kecemerlangan FST khususnya, selamat datang diucapkan. Genggamlah harapan kedua ibu bapa untuk melihat kejayaan anda di perbukitan ilmu UKM ini. Seterusnya buat rakan-rakan mahasiswa/i UKM khususnya pelajar-pelajar FST, selamat mempersiapkan diri menempuh semester baru yang bakal mencabardengan azam dan semangat baru untuk menggiatkan lagi usaha meningkatkan pencapaian akademik seiring kokurikulum. Semoga kita semua dapat menjadi senior yang baik dan berkualiti kepada bakal adik-adik FST nanti. Ingatlah, kita datang dengan harapan, justeru kita pulang dengan kejayaan. InsyaAllah.
-SITI NUR SYATIRAH ISMAIL,
TIMBALAN EXCO PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PMFST
Assalaimualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Salam PMFST kepada semua mahasiswa/i yang saya kasihi sekalian. Disini saya,HILLMAN IQBAL BIN RUSLI, EXCO INFORMASI & PENERBITAN ingin memberi ucapan sepatah dua katasempena pembukaan semester baru bagi pelajar senior dan yang dinanti-nantikan kedatangan anak-anak baru kita yang berjaya mendapat tempat ke Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dan Fakulti Sains & Teknologi amnya. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pelajar-pelajar baru yang saya sayangi sekalian. Saya berharap pada semester baru ini kita dapat membina satu iltizam baru untuk terus maju dalam pembelajaran kita. Selain itu, saya juga ingin menyeru kepada semua mahasiswa/i agar mengambil peluang dengan tidak terlepas untuk menjadi sebahagian daripada kami dengan mendaftarkan diri sebagai ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST).
Bagi saya untuk menjadi mahasiswa/i yang berdaya saing, kita tidak semestinya hanya menumpukan masa kita dengan belajar sahaja.Di samping itu, kita perlulah memantapkan lagi ‘ soft skill’ kita dalam banyak perkara yang pasti berguna pada suatu hari nanti. Dengan kita menyertai kelab/persatuan yang terdapat dalam UKM ini, kita dapat menimba pengalaman baru di samping mengeratkan silaturrahim di antara kita. Harapan saya pada semester ini agar ahli-ahli PMFST bukan hanya berdaftar sebagai ahli sahaja, tetapi juga menjadi pendokong dan pemberi sumbangan terhadap hala tuju dan kemajuan PMFST pada masa yang akan datang.
Sebagai kata akhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada mahasiswa/i baru yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UKM dan menjadi sebahagian daripada warga Fakulti Sains & Teknologi.
Sekian,terima kasih
HILLMAN IQBAL BIN RUSLI
EXCO INFORMASI & PENERBITAN PMFST
Wednesday, April 28, 2010
Assalaimualaikum,
Disini, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi mengucapkan selamat bercuti kepada sahabat-sahabat yang kami sayangi. Harapan daripada kami agar sahabat semua memanfaatkan waktu cuti itu diisi dengan sebaiknya. Hakikatnya, tidak ada istilah cuti untuk seorang penuntut ilmu apatah lagi kepada sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi penuntut ilmu sehingga nafas yang terakhir. Setiap masa yang ada perlu diisi dengan sesuatu yang akan menambah ilmu dengan harapan ilmu yang ada memimpin ke arah cahaya hidayah dari Allah Taala.
Hidupkan cuti ini dengan ilmu. Berusahalah untuk menambahkan ilmu dan kefahaman yang sedia ada. Bacalah bahan-bahan ilmiah yang dapat memberikan manfaat yang besar kepada kita semua selain kita bersedia untuk menjejakkan kaki ke tahun pengajian yang seterusnya. Tanamkan tekad dan harapan untuk membuat sesuatu yang lebih bermakna untuk diri sahabat.
Kita perlu berusaha untuk mengubah diri dan sekeliling ke arah yang lebih baik. Mewujudkan biah solehah. Siapa lagi yang akan memulakan langkah ke arah itu kalau bukan kita yang mula untuk mengoraknya. Cubalah untuk mengisi masa kosong dengan perbincangan ilmu dari hanya membazirkan masa yang ada dengan bersembang hal keduniaan yang sia-sia. Kadang-kadang sembang kosong itu membawa kepada perkara yang dimurkai oleh Allah Taala.
Lisan ini perlu dilembutkan dan dibasahkan dengan lebih banyak mengingatiNya. Al-Quranyang dihafal perlu sangat untuk dimuraja’ah. Lupa tanpa sebab itu dosa. Kata Habib Husain; bila lidah biasa berzikir, mudahlah untuk lidah itu digerakkan untuk membaca Kalamullah. Bila hati bersih, jiwa tidak akan terasa jemu apabila mengalunkan ayat suci Al-Quran.
Begitulah telinga perlu dibiasakan mendengar perkara-perkara yang boleh membawa kita mengingati Allah Taala. Elakkan dari mendengar perkara yang sia-sia dan melalaikan.Jaga pandangan dari melihat perkara yang diharamkan. Lambakan koleksi drama bersiri dan filem hari ini menyebabkan masing-masing mabuk dan ketagih dengannya. Akhir sekali warkah daripada kami PMFST agar sahabat menjaga diri sahabat dengan sebaik-baiknya. Jangan jadikan cuti ini membiarkan tahap keimanan kita semakin pudar tidak seperti semasa di kampus.
sekian, terima kasih,
ikhlas daripada, PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
Friday, April 16, 2010
Sunday, April 11, 2010
Firman Allah Taala yang bermaksud "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".Masa sangat penting dalam kehidupan seseorang yang bergelar muslim kerana masa itu adalah umurnya.Oleh itu janganlah kita sia-siakan umur kita begitu sahaja bahkan penuhilah ia dengan amalan-amalan soleh agar tidak menyesal dikemudian hari.
Sahabat yang di kasihi fillah,sedar ataupun tidak,masa telah membawa kita hampir kepada pentas peperiksaan yang sememangnya akan di tempuhi selaku kita yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.Sudahkah kita bersedia dengan persediaan yang sepatutnya untuk menghadapi soalan-soalan peperiksaan yang bakal dikemukakakan di dalam dewan peperiksaan tidak lama lagi?Jika saat ini kita belum lagi bersedia sepenuhnya,percayalah masih belum terlambat untuk kita melipatgandakan usaha dan kesungguhan kita dengan terancang dan tersusun kerana itulah jalan-jalan yang dilalui oleh mereka yang telah berjaya.
Marilah sama-sama kita tumpukan perhatian sepenuhnya kepada kitab-kitab kuliah dengan memahami isi kandungannya untuk membantu kita memberikan jawapan terbaik terhadap soalan-soalan yang di kemukakan nanti.
Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan menjadi impian dan harapan kita semua,namun ingatlah semua itu datangnya dari Allah Taala.Jesteru,jangan dibiar hubungan kita denganNya menjadi renggang dan terputus dek kerana kemaksiatan dan kelalaian kita selaku hambaNya.
Buat akhirnya,kami barisan kepimpinan PMFST pada sesi kali ini mendoakan kesejahteraan dan kejayaan semua,moga kejayaan milik kita bersama. Allahummajalna minannajihin fiddunya wal akhirah. SEMOGA BERJAYA