Thursday, January 20, 2011
2 Kempen 1 matlamat.....
Friday, January 7, 2011
Bersama Ahli Matematik (Nurul Mardhiah binti Kamaruddin)
Gerhana bulan
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana Gerhana terbaru
Gerhana bulan terkini adalah pada 3 hingga 4 Mac 2007. Ia merupakan L=3 hingga L=4 pada skala Danjon. Gerhana ini boleh dilihat secara penuh dari keseluruhan Eropah dan Afrika dan paling kurang sebahagiannya boleh dilihat di timur Amerika, Asia, Australia Barat dan negara-negara Caribbean seperti Trinidad dan Tobago dan Grenada di mana ia sedikit merah. Bulan telah memasuki bayangan penumbra pada 20:18 UTC 3 Mac, dan bayangan umbra pada pukul 21:30 UTC. Jumlah fasa berakhir di antara pukul 22:44 UTC dan 23:58 UTC. Bulan meninggalkan bayangan shadow pada 01:11 UTC dan meninggalkan penuh penumbra pada pukul 02:24 UTC 4 Mac.
Wednesday, January 5, 2011
Saturday, January 1, 2011
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat tahun baru 2011 dan masih bersempatan mengucapkan selamat kembali diucapkan kepada rakan-rakan mahasiswa sekalian. Semoga semangat menuntut ilmu semester ini lebih meriah.
Pertamanya kita ucapkan setinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dengan limpah Pemurahnya, masih lagi kita berpeluang meneruskan pengajian di atas dunia yang sementara ini sebagai bekalan akhirat yang kekal abadi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sekalian para anbia’ di atas pengorbanan mereka kita dapat mengenal Pencipta alam yang hakiki.
Rakan Mahasiswa sekalian,
Pastinya semester yang lalu dan pada tahun 2010 yang lepas memberi seribu satu kenangan kepada kita yang bergelar mahasiswa. Suka duka kita semester lalu, kuliah, tugasan, keputusan peperiksaan memberi impak yang besar kepada emosi kita kini. Jatuh atau cemerlang semalam bukan menjadi kayu ukur perjalanan kita hari esok.
Maka, jangan mudah putus asa dengan kegagalan, boleh jadi kegagalan semalam adalah kegagalan terakhir dalam hidup kita. Jangan mudah bangga dengan kedudukan kini, mengekalkan kejayaan adalah lebih sukar dari mencapai kejayaan. Tiada erti putus asa dalam pengajian, kita perlu buang sikap selesa dengan kedukukan. Yang lebih penting, kita perlu lebih proaktif. Bersikap proaktif meletakkan diri kita sentiasa bersedia akan cabaran mendatang. Perlu disedari, pastinya semester ini adalah semester yang lebih mencabar dari yang sebelumnya.
Siswa-siswi yang dihormati,
Bagaimana yang dikatakan proaktif? Ramai mahasiswa mampu mendefinisikan perkataan ‘proaktif’ ini tetapi masih belum mampu meng'aktif'kannya pada diri. Kehidupan itu, pasti banyak kesukaran. Orang yang proaktif tidak menganggap kita perlu lari dari jalan yang sukar dan menyusahkan, malah mengganggap yang susah itu manis, yang mudah itu peluang. Kerana setiap yang sukar pasti ada kemudahan. Dan dijadikan yang mudah sebagai peluang mengatasi kepayahan, lalu mencapai kemanisan kejayaan.
Justeru, kita perlu mengubah cara pemikiran kita. Setiap yang ditakdirkan Tuhan, pasti adalah dengan batasan kemampuan kita. Jangan fikir yang sukar itu, tidak mampu bagi kita atasi. Tetapi, fikirkan yang mudah itu tidak layak bagi kita siakan, dan yang sukar pasti dapat kita selesaikan dengan komitmen dan kesungguhan.
Oleh itu, kami dari PMFST mengucap sejuta tahniah kepada kalian semuanya, yang berjaya meletakkan azam dan semangat semester baru. Anda semua layak menerima tahniah walau apapun keputusan anda. Mereka yang gagal sebenarnya, adalah mereka putus asa dengan kepayahan, dan mereka yang angkuh dan selesa dengan ketinggian, tanpa rasa perlu balajar apa itu kegagalan.
Akhir kata,manusia ini hanya maju dengan berkongsi. Tiada kehidupan dengan bersendiri, melainkan anda ‘unisel’ yang sentiasa bersendiri. Mari kita kongsikan kepayahan kita, semoga yang lain lebih proaktif menghadapinya dan kongsikan kejayaan kita, moga yang lain lebih ‘aktif’ mengejar kejayaan.
Sekali lagi, saya Aiman Zafri bin Aminuddin,mewakili Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi mengucapkan selamat tahun baru 2011 dan selamat berjuang kepada semua mahasiswa dalam medan pelajaran di perbukitan ilmu yang kita cintai ini.
Sekian, Terima kasih
Keilmuan, kebajikan, kesatuan