Monday, December 20, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kami daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi ingin mengucapkan selamat kembali kepada semua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi.
Kini tanpa kita sedari kita sudah memasuki pada semester II bagi sesi 2010/2011. Amat singkat masa yang kita lalui sekarang. Pelajar tahun 1 semakin lama semakin mengenali erti kehidupan kampus. Pelajar tahun 2 pula menghadapi hari-hari yang mendatang dalam aspek pembudayaan ilmu yang semakin mencabar dan pelajar tahun 3 pula berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam menghadapi saat-saat akhir sebelum melangkah keluar daripada kampus dengan harapan yang tinggi untuk mendapat segulung ijazah. Bagaikan baru semalam menjejakkan kaki ke perbukitan ilmu ini.
Pada zaman keilmuan yang mencapah ini, kita melihat banyak kejayaan yang dapat memberi pemanfaatan kepada seluruh umat manusia di seluruh dunia. Semua perkara sudah dianggap telah mencapai klimak moden. Seperti penciptaan telefon selular, dari dulu sentiasa mempunyai kemajuan hinggakan sekarang boleh dikatakan sebagai pengakhiran bagi penciptaan alatan tersebut. Semua orang mengetahui akan zaman sentiasa berubah. Dari zaman purba, pertengahan hinggalah sekarang iaitu zaman sains dan teknologi. Dan sebenarnya manusialah yang mencorak atau merubah akan sesuatu zaman itu. Zaman sebenarnya tidakkan berubah jikalau manusia tidak berusahanya merubahnya.
Dari duduk dalam hutan, manusia cuba keluar mencari kehidupan yang lebih bermakna lagi. Semua ini adalah fitrah kejadian manusia. Manusia sentiasa melakukan perubahan untuk anak cucunya.
Dan sekarang, kita berada di zaman Sains dan Teknologi. Di mana kita lihat begitu ketara akan penggunaan Sains dan Teknologi di merata-rata tempat. Di pejabat, kita dapat melihat orang menggunakan telefon bimbit, komputer, dan mesin photostat dalam melakukan kerja-kerja mereka. Begitu juga di dalam bilik kuliah, perpustakaan, rumah, hospital bahkan juga di rumah-rumah ibadat. Ini semua menunjukkan manusia begitu ghairah dalam menggunakan barangan-barangan Sains dan Teknologi.
Tetapi bagaimana dengan pemikiran manusia? Manusia tetap manusia. Keburukan lebih mudah dilakukan daripada kebaikan. Tetapi tidak semua manusia itu jahat dan tidak semua manusia itu baik. Sejarah pegeboman Hiroshima telah menunjukkan semua masyarakat dunia bahawa Sains dan Teknologi menjadi satu benda yang negatif dan berbahaya seandainya Sains dan Teknologi diambil pakai oleh mereka yang jahat. Diciptakan pelbagai senjata atas semata-mata hendak memusnahkan siapa yang boleh menghalang atau menyaingi mereka dalam bidang Sains dan Teknologi.
Dari segi kesan baiknya, Sains dan Teknologi dapat mengubah prestasi kehidupan seseorang dari segi kesihatan, politik, Keagamaan, sumber maklumat dan pendidikan. Dan ini adalah kesan dari mereka yang menggunakan kelebihan Sains dan Teknologi pada tempatnya. Doktor yang baik akan berusaha mempertingkatkan kualiti peralatan perubatannya, guru yang cemerlang akan berusaha menggunakan komputer untuk menarik minat belajar muridnya, dan seorang mahasiswa akan meggunakan kelebihan Internet dalam mencari maklumat untuk pembelajaran.
Maka di sini kita dapat melihat kesan daripada mereka yang menggunakan Sains dan Teknologi. Sains dan Teknologi akan bermanfaat sekiranya digunakan pada mereka yang benar-benar tahu menghargainya. Dan Sebaliknya Sains dan Teknologi akan menghancurkan persaudaraan, keamanan, suasana kehidupan flora dan fauna, dan sebagainya sekiranya Sains dan Teknologi jatuh ke tangan mereka yang zalim dan sombong.
Itulah ia hakikat Zaman Sains dan Teknologi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment