Pages

Tuesday, December 28, 2010


THE SCIENTIFIC MIRACLES OF THE QUR'AN SERIES 1

THE SOLIDITY OF THE ATOM AND ELECTRON ORBITS

“You will see the mountains you reckoned to be solid going past like cloudsthe handwork of Allah Who gives to everything its solidity. He is aware of what you do.” (Surat an-Naml, 88)

The above verse may be a reference to the strength of the atom, the building block of all matter, and to the orbit of the electrons in the atom. Looked at in the context of atoms, Allah’s use of the term “to everything its solidity” can be interpreted as referring to the solidity of the atom, which cannot be broken even if struck with a sledgehammer (Allah knows the truth). That is because objects themselves are not perfectly solid, only the atom is.

For example, if a vase is shattered, only the atoms that make it up remain solid. A car may turn into a pile of junk after an accident, or a skyscraper may collapse after an explosion, but the situation remains the same whether it is a delicate flower or a tough piece of metal: the atoms in matter do not fall apart or stray off-orbit. Therefore, even the most fragile-looking piece of matter is actually very solid in its Creation. The wisdom behind the reference to “everything” in the verse may well lie in the fact that the atom is the basis of all matter.

Very solid structures are even to be found in nuclear bombs, which work by splitting atomic bonds. In nuclear fission, the atomic nucleus is split and it is divided into two smaller atoms. In the nuclear fusion technique, two small atoms are combined together to make one larger atom. Solar energy, for instance, is manufactured in this way, by hydrogen being turned into helium. As a result, there is a constant cycle from matter to energy and from energy to matter, and there is a general solidity in the universe at the atomic level.

The verse may also be indicating the clouds of electrons around atomic nuclei, whose movement is likened to “mountains... going past like clouds.” (Allah knows the truth.) The electrons in their orbits in the atoms that make up mountains resemble a cloud in appearance in terms of their constant and rapid motion around the nucleus. Indeed, the orbiting electrons in the atom are described as an “electron cloud” in the scientific literature.1 The concept of an electron cloud is used in molecular physics, chemistry and quantum chemistry to describe the way they move in a manner similar to a cloud around the atomic nucleus.2

It is impossible to understand the structure of the atom and establish this cloud-like appearance of electrons without such high-tech devices as electron microscopes. The fact that the information provided 1400 years ago in the Qur’an regarding sciences requiring advanced technology to be established is always completely accurate is one of the miracles of the Qur’an. It is also a manifestation of our Lord’s titles of Alim (He Who knows all things), Fatir (the Creator) and Halik (He Who will see and arrange the existence of all things and Who creates accordingly, He Who creates from nothing).

The illustration depicts the movement of electrons resembling clouds that constitute matter by joining atoms together, literally like glue.3


The rapid movement of electrons around the atom leads to their resembling clouds.

1 Henrik Stapelfeldt, "Electrons Frozen in Motion", Nature, 16 December 2004, Vol. 432, pp. 809-810; Adrian Cho, "Whispering Atoms", New Scientist, 16 September 2000, Vol. 2256, p. 15; Albert Stolow, David M. Jonas, "Multidimensional Snapshots of Chemical Dynamics", Science, 10 September 2004, Vol 305, no. 5690, pp. 1575-1577.

2 http://en.wikipedia.org/wiki/Electron_cloud

3 http://www.abc.net.au/quantum/stories/s116324.htm#transcript

ARTICLES TAKEN FROM http://www.miraclesofthequran.com/scientific_107.html

Friday, December 24, 2010

Mohammad Alinor Abdul Kadir: Sains Islam Melampaui Metafizik

Ini merupakan wawancara tentang Sains Islam bersama dengan Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, pensyarah sains matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Wawancara ini sebenarnya merupakan sebahagian dari beberapa wawancara sama yang turut diedarkan kepada beberapa tokoh yang lain. Dan, himpunan dari jawapan wawancara ini akan disiarkan secara berperingkat bagi bacaan khalayak.

Dari sudut bahasa, apa bezanya sains, ilmu, al-’ilm, knowledge, science, dan Scientia? Apakah terjemahan yang tepat untuk “Islamization of knowledge” yang dianjurkan oleh Ismail al-Faruqi?

Secara umumnya, tiadalah maksud yang agak berbeza berkenaan istilah-istilah yang datang dari tiga kebudayaan itu, iaitu Rom (scientia/science/sains), Islam (al-’ilm/ilmu) dan Inggeris (knowledge). Semua perkataan tersebut merujuk kepada perkataan Melayu “(penge)tahu(an)”. Namun, kalau diambil secara mengkhusus, malah mungkin secara falsafah, memanglah sedikit sebanyak berbeza. Ada istilah yang merangkum hal-hal metafizik dan ada pula yang hanya hal-hal fizis dan alamiah.

“Islamization of knowledge” paling tepatnya, saya rasa, adalah “pengIslaman sains/pengetahuan”. Tapi masih boleh guna masukkan “ilmu” kalau merujuk kepada ilmu-ilmu semasa sahaja.

Bagaimana sejarah dan kemunculan gagasan Pengislaman Ilmu? Apakah peranan dan sumbangan Sayyed Hossein Nasr dan Syed Muhammad Naquib al-Attas pula dalam gagasan ini? Dan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan Pengislaman Ilmu, atau Sains Islam ini?

Gagasan tersebut bermula tatkala Persidangan Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977. Kini telah berlanjutan kepada persidangan yang ke-6, yang terakhir di Afrika Selatan. Al-Attas mendakwa dalam bukunya “Islam and Secularism” bahawa beliaulah yang pertama menukilkan gagasan tersebut. Namun, yang popularnya adalah gagasan yang diasaskan oleh Ismail al-Faruqi menerusi bukunya “Islamization of Knowledge” terbitan IIIT. Sayyed Hossein Nasr pada peringkat awal lebih menumpukan kepada hal-hal berkaitan bukti sejarah dalam Tamadun Islam yang menyokong gagasan tersebut. Tema sejarah ini juga diikuti oleh muridnya Osman Bakar, dan murid kepada Osman Bakar, iaitu Mat Rofa Ismail dan Abdul Latif Samian. Kalau tak silap saya, berdasarkan beberapa buku yang telah saya telaah pada tahun 1990-an dulu, PengIslaman Ilmu/Sains merujuk kepada gerakan mentafsirkan Ilmu/Sains semasa kini agarnya selaras dengan Falsafah Ilmu/Sains Islam, yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Hadith. Istilah yang lebih mengelirukan itu, iaitu Sains Islam, juga sepatutnya bermaksud takrif demikian, tapi banyak kali disalahertikan kepada merujuk hanyalah hal-hal berkaitan ilmu-ilmu yang diajarkan di Fakulti Pengajian Islam, atau ilmu-ilmu Fakulti Pengajian Islam yang diajarkan kepada mahasiswa/i fakulti yang lain. Itulah keherotan pengertian yang kini tampak berlaku di UIAM, USIM, KUIS dan beberapa institusi pendidikan tinggi yang lain.

Apakah Pengislaman Ilmu cuba melakukan pemadanan sains dan Islam sepertimana yang dilakukan oleh Harun Yahya, Abdul Razzaq Naufal, dan kalangan ‘Bucaillisme’ yang lain? Sebab, terdapat kecenderungan di kalangan ini yang mendakwa bahawa banyak penemuan teori-teori besar adalah milik asal Islam. Ini dapat kita lihat keseronokan mereka yang mendakwa teori dentuman besar, teori kenisbian, dll adalah Islamik dan serasi dengan al-Qur’an. Apakah begitu? Atau, ini satu perampasan identiti penemuan Sains Barat di sebalek kemalasan/kelambatan umat Islam untuk menyelidik? Atau juga, bukan kedua-duanya? Atau, bagaimana?

Kerja-kerja yang memadankan sains semasa dengan (sains) Islam tersebut memanglah perlu pada peringkat permulaannya sahaja. Itu lebih baik daripada hanyalah menggali sejarah sains Islam. Sebab, sekurang-kurangnya sudah diusahakan mentelaah secara umum/popular tentang sains semasa, yang tidak langsung dilakukan oleh sejarawan sains Islam. Tapi, kemudiannya kajian-kajian teliti haruslah dilakukan terhadap kedua-dua data tersebut sehinggalah boleh ditunjukkan yang sains semasa itu selaras dengan (sains) Islam. Ini sebenarnya, kalau ditelusuri, memerlukan seseorang menilai, memperbaiki, mengkritik malah mungkin menghapus juzuk-juzuk sains semasa agar selaras dengan maklumat-maklumat dalam al-Quran. Kerja-kerja inilah yang tidak dilakukan oleh golongan Bucaillisme. Tapi, tidak cukup orang juga untuk lakukan kerja-kerja sukar itu.

Bukankah rahmat teknologi yang kita nikmati dewasa ini adalah hasil daripada kekayaan ilmu yang diolah dari Tamadun Barat? Dan ternyata, Islam menerusi ummatnya tidak dilihat pun dapat menyaingi kemajuan Barat tersebut. Malah, kita sentiasa mengekorinya saja. Jadi, bukankah kita hanya menumpang/menikmati kelebihan sains dari Barat, di mana Sains Islam tidak pun dapat menawarkan apa-apa teknologi yang menarik pada hari ini?

Semua itu berpunca daripada tidak cukupnya tenaga untuk melakukan kerja-kerja lanjutan menyelaraskan sains semasa dengan (sains) Islam. Tenaga-tenaga yang adapun masihlah terpesona dengan penemuan-penemuan ala Bucaillisme. Saya percaya bahawa persoalan-persoalan dasar berbentuk metafizik, ontologi, epistemologi dan logik, yang mendasari sains semasa kini masihlah boleh diubah agar mengikuti sains Islam. Contohnya adalah kegagalan Frege-Russell dan Hilbert meletakkan Matematik Tulen agar berteraskan Logik. Persoalannya, apakah Logik yang baru, yang lebih baik daripada Logik lama, untuk membangunkan Matematik Tulen? Logik Binaan/Konstruktif Brouwer nampaknya beberapa kali menjawab persoalan tersebut, tapi gagal juga, apabila berjaya ditunjukkan bahawa Logik Brouwer itu hanyalah Logik Russell peringkat kedua. Soalan yang langsung di sini adalah apakah Logik Islam?

Kenapa kita sepertinya tidak pernah dengar terdapat sains yang cuba dikaitkan dengan agama, atau unsur-unsur kepercayaan lain. Mithalnya, tidak pernah kita mendengar adanya Sains Lao-Tze, Sains Buddha, Sains Hindu, atau Sains Zoroaster, dll. Bahkan, Barat tidak pula menamakan sains mereka yang hebat pada hari ini sebagai Sains Kristian. Tapi, Islam atau muslim umpamanya, begitu ‘istimewa’ dan ‘terhegeh-hegeh’ untuk melekatkan sains dengan agama. Jadi, mengapa sains perlu disandarkan kepada Islam, yang jelas sesuatu tindakan yang tidak dilakukan oleh agama dan kepercayaan lain? Benarkah begitu?

Ketika Islam dahulu adalah penaung kepada ilmu dunia, mereka tidak menamakannya sebagai Sains Islam. Ketika itu, Eropah pula memanggil sains mereka sebagai Sains Kristian. Contohnya adalah buku Summa Theologia karangan St Thomas Aquinas, yang merupakan adaptasi kepada buku Ilya Illumuddin karangan al-Ghazzali. Apabila ditanyakan kepada beliau oleh pengikut-pengikut beliau tentang hal ini, beliau mengatakan bahawa beliau sedang mengKristiankan Ihya. Juga buku Divine Comedy karangan Dante yang digelar Gospel ke-5 itu, yang merupakan versi Kristian bagi hadith-hadith Isra Mikraj. Adalah salah mengatakan bahawa Barat akan menamakan sains mereka sebagai Sains Kristian, sebab Barat bukanlah Kristian. Barat Moden dan Barat Pascamoden adalah pembebasan daripada Kristian, Yahudi dan apa-apa bentuk agama, malah metafizik. Zaman Thomas Aquinas, mereka tidak menggelar diri mereka sebagai Moden.

Peletakkan nama tersebut adalah untuk membezakan dua juzuk sains yang jelas berbeza. Barat akan mahu sains mereka dipanggil sains sekular. Sebab itulah yang sebenarnya dilakukan oleh mereka, iaitu membuang juzuk metafizik dalam sains. Itu sebab, kalau kita mahu sains mereka, kita kena gelar negara kita ini Malaysia Sekular, atau seperti Turki Sekular. Dalam negara sekular, agama boleh juga wujud, tapi boleh hanyalah berperanan sebagai peribadatan sahaja. Macam kitalah sekarang, kejap masuk makmal mengesahkan Teori Evolusi Darwin yang menentang kewujudan Tuhan, kemudian bila waktu sembahyang Zuhur pergi Masjid UKM untuk sembahyang, lepas tu masuk makmal semula sambung kerja. Agama pada kita hanyalah sembahyang, puasa, zakat, haji dan beberapa perkara mudah yang lain. Di masa Aristotle dulu, agama Yahudi juga wujud. Tapi apa yang dimaksudkan oleh sarjana Yahudi-Yunani bernama Philo dari Alexandria tentang Sains (Yahudi) tidaklah sama dengan apa yang dimaksudkan oleh Aristotle tentang Sains (Yunani). Di Amerika sekarang, sains yang cuba dibangunkan oleh saintis kristian dinamakan Sains Kristian, saingan kepada Sains Sekular. Tapi, namanya selalu sahaja dipanggil sebagai Sains Penciptaan.

Dikatakan sains itu tidak bebas nilai. Tapi, apakah bezanya sains di Barat dengan sains yang difahami dalam Islam? Sebab, tiada nampak beza antara nombor “1″ dalam Islam dengan nombor “1″ dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum/geometri/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum/geometri/ anatomi-manusia dalam Islam? Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?

Beberapa hal berkaitan mekanisma menjelaskan sesuatu perkara yang menyentuh matematik, statistik, fizik, kimia, sains komputer, biologi dll, dan itu semua mungkin sahaja tidak berbeza dalam sains sekular dan sains agama/theis (Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dll). Itulah maksud sekular itu, iaitu memahami mekanisma sesuatu sehinggakan boleh dijelaskan bahawa mekanisma itulah sahaja yang wujud. Sebelum daripadanya tiada, dan kalaupun ada, tidak mengambil bahagian dalam mekanisme itu. Itulah maksud Darwin, Newton, Frege dan lain-lainnya. Kalangan ahli Matematik Barat Moden, kalau tidak silap saya, hanyalah Leibniz yang tidak sekular menerusi notanya bertajuk “Metaphysical foundation of Mathematics”. Sains Theis/Agama mestilah berbeza dalam hal ini. Maksudnya ada peranan yang jauh lebih teras berbanding hanyalah mekanisma. Tapi boleh sahaja dimaksudkan, tambah sahajalah kepada mekanisma itu, maka sains sekular menjadi sains theis/agama. Namun, dalam satu dua kes terpencil, bolehlah semudah itu, namun secara umumnya tidaklah sedemikian. Teori Penciptaan Kristian bukanlah hanya menambahkan Pencipta kepada Teori Evolusi Darwin. “Peranan yang dasar” inilah beserta “mekanisma”nya itulah yang perlu diusahakan dikaji dalam Sains Agama.

Definisi sains yang dikemukakan oleh Dr. Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains ialah, “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.” Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh sains dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana Sains Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?

Prof Shaharir merujuk kepada makna sains Barat Moden dalam petikan di atas, yang saya panggil mekanisma tadi. Sudah saya nyatakan tadi juga bahawa PengIslaman Sains bukanlah bermaksud secara umumnya melekatkan “metafizik” kepada “mekanisma”. Prosesnya mestilah lebih daripada itu, iaitu menilai dengan jitu kedua-dua aspek tersebut sebelum dikatakan kedua-duanya selaras. Berkaitan kaedah pula, sememangnyalah mudah menyukat sesuatu yang pada peringkat mekanisme sahaja. Itu sebab disepakati umum. Dan amat sukarlah menyukat yang lebih daripada itu, yang metalogik dan intuisi katakan. Isu emperikal ini sebenarnya bukanlah ditimbulkan oleh Yunani mahupun Barat Moden, tetapi yang pertama kali mengusulkannya adalah Ibn al-Haytham. Tetapi al-Haytham masihlah mendokong Sains Islam, begitu juga Roger Bacon yang menyalin konsepnya tetapi masih mendokong Sains Kristian, berbanding Francis Bacon yang menyalinnya tetapi menukilkan Sains Sekular.

Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya? Dan, di mana kerugiannya jika kita melanggan Sains Barat?

Sains Islam akan memberikan paradigma baru berfikir dan membentuk suatu sains baru kepada masyarakat dunia. Ini sepertimana yang pernah pertama kali dilakukan oleh al-Kindi 1200 tahun yang lepas, dan diteruskan oleh saintis-saintis Muslim lainnya. Jika kita terus melanggan Sains Barat ini, tanpa ada usaha untuk membetulkannya, kerugian paling ketara kepada kita adalah kita akan mengkesampingkan hal-hal yang lebih tinggi daripada hal-hal mekanisma, seperti bahasa, budaya, sistem nilai, agama dan lain-lainnya. Kita sudah nampak ini berlangsung dalam negara kita, apabila kita mengkesampingkan Bahasa Melayu dalam pengajaran Sains, Matematik dan Teknologi di sekolah dan IPT. Sarjana-sarjana Barat sendiri semenjak Kiekergaard telah mengkritik bentuk sains Barat yang dibawakan oleh Hegel, yang beliau katakan sebagai “mengkesampingkan hal-hal kemanusiaan”. Kritik ini diteruskan oleh Nietzsche, Husserl, Heidegger, Sartre, Derrida dll, yang bernaung bawah Gerakan Fenomenologi. Walaupun kritik mereka tidaklah setinggi kritik keagamaan, namun kelihatannya bahawa Sains Barat meminggirkan juga hal-hal kemanusiaan. Metafizik Moden yang dinukilkan oleh Heidegger itu sebenarnya menjawab hal-hal kemanusiaan yang dipinggirkan dalam Sains Moden.

Akhir sekali, apa halangan yang maseh wujud dalam memperkasakan lagi gagasan Pengislaman Ilmu ini?

Halangan utama adalah amat kurangnya tenaga kerja dalam usaha menjayakan agenda ini. Mencari tenaga kerja pula bukanlah mudah, kerana bakal tenaga tersebut sebenarnya terlatih sudah dalam Sains Barat. Apa-apapun usaha mestilah diteruskan bagi mengumpulkan cukup tenaga untuk meneruskan agenda ini.

Monday, December 20, 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi ingin mengucapkan selamat kembali kepada semua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi.

Kini tanpa kita sedari kita sudah memasuki pada semester II bagi sesi 2010/2011. Amat singkat masa yang kita lalui sekarang. Pelajar tahun 1 semakin lama semakin mengenali erti kehidupan kampus. Pelajar tahun 2 pula menghadapi hari-hari yang mendatang dalam aspek pembudayaan ilmu yang semakin mencabar dan pelajar tahun 3 pula berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam menghadapi saat-saat akhir sebelum melangkah keluar daripada kampus dengan harapan yang tinggi untuk mendapat segulung ijazah. Bagaikan baru semalam menjejakkan kaki ke perbukitan ilmu ini.

Pada zaman keilmuan yang mencapah ini, kita melihat banyak kejayaan yang dapat memberi pemanfaatan kepada seluruh umat manusia di seluruh dunia. Semua perkara sudah dianggap telah mencapai klimak moden. Seperti penciptaan telefon selular, dari dulu sentiasa mempunyai kemajuan hinggakan sekarang boleh dikatakan sebagai pengakhiran bagi penciptaan alatan tersebut. Semua orang mengetahui akan zaman sentiasa berubah. Dari zaman purba, pertengahan hinggalah sekarang iaitu zaman sains dan teknologi. Dan sebenarnya manusialah yang mencorak atau merubah akan sesuatu zaman itu. Zaman sebenarnya tidakkan berubah jikalau manusia tidak berusahanya merubahnya.

Dari duduk dalam hutan, manusia cuba keluar mencari kehidupan yang lebih bermakna lagi. Semua ini adalah fitrah kejadian manusia. Manusia sentiasa melakukan perubahan untuk anak cucunya.

Dan sekarang, kita berada di zaman Sains dan Teknologi. Di mana kita lihat begitu ketara akan penggunaan Sains dan Teknologi di merata-rata tempat. Di pejabat, kita dapat melihat orang menggunakan telefon bimbit, komputer, dan mesin photostat dalam melakukan kerja-kerja mereka. Begitu juga di dalam bilik kuliah, perpustakaan, rumah, hospital bahkan juga di rumah-rumah ibadat. Ini semua menunjukkan manusia begitu ghairah dalam menggunakan barangan-barangan Sains dan Teknologi.

Tetapi bagaimana dengan pemikiran manusia? Manusia tetap manusia. Keburukan lebih mudah dilakukan daripada kebaikan. Tetapi tidak semua manusia itu jahat dan tidak semua manusia itu baik. Sejarah pegeboman Hiroshima telah menunjukkan semua masyarakat dunia bahawa Sains dan Teknologi menjadi satu benda yang negatif dan berbahaya seandainya Sains dan Teknologi diambil pakai oleh mereka yang jahat. Diciptakan pelbagai senjata atas semata-mata hendak memusnahkan siapa yang boleh menghalang atau menyaingi mereka dalam bidang Sains dan Teknologi.

Dari segi kesan baiknya, Sains dan Teknologi dapat mengubah prestasi kehidupan seseorang dari segi kesihatan, politik, Keagamaan, sumber maklumat dan pendidikan. Dan ini adalah kesan dari mereka yang menggunakan kelebihan Sains dan Teknologi pada tempatnya. Doktor yang baik akan berusaha mempertingkatkan kualiti peralatan perubatannya, guru yang cemerlang akan berusaha menggunakan komputer untuk menarik minat belajar muridnya, dan seorang mahasiswa akan meggunakan kelebihan Internet dalam mencari maklumat untuk pembelajaran.

Maka di sini kita dapat melihat kesan daripada mereka yang menggunakan Sains dan Teknologi. Sains dan Teknologi akan bermanfaat sekiranya digunakan pada mereka yang benar-benar tahu menghargainya. Dan Sebaliknya Sains dan Teknologi akan menghancurkan persaudaraan, keamanan, suasana kehidupan flora dan fauna, dan sebagainya sekiranya Sains dan Teknologi jatuh ke tangan mereka yang zalim dan sombong.

Itulah ia hakikat Zaman Sains dan Teknologi.

Monday, October 11, 2010

Teknologi Biomimetik


Sejak zaman dahulu lagi manusia telah memerhatikan alam semulajadi sebagai sumber inspirasi. Sifat dan ciri yang ada pada flora dan fauna telah memberikan idea kepada manusia untuk kelangsungan hidup dengan meniru gaya dan sifat alam untuk kegunaan dan aplikasi seharian. Perkataan biomimetik mungkin baru kedengaran bagi sesetengah masyarakat, namun jika diundur ke belakang didapati nenek moyang kita telah menggunakan inspirasi dari alam untuk mencipta pelbagai bahan dan juga peralatan sejak berkurun lamanya. Biomimetik bermaksud meniru atau mengambil contoh kebolehan alam semulajadi termasuk haiwan atau tumbuhan yang diterjemahkan kepada rekabentuk kejuruteraan yang dapat digunakan untuk menghasilkan peranti atau perkakasan kegunaan manusia.

Kita dapat melihat masyarakat China yang menggunakan prinsip biomimetik dengan mencipta sutera tiruan sejak 3000 tahun dahulu. Cendekiawan masa lampau, Leonardo da Vinci pula telah mengkaji bagaimana cara burung terbang dan beliau telah mencetus idea bagi rekabentuk mesin terbang. Pada kurun ke-20, kita boleh lihat pelbagai produk yang diilhamkan dari alam semulajadi termasuklah rekabentuk pesawat. Sejak tahun 1980, kepintaran buatan dan rangkaian neural dalam bidang teknologi maklumat telah tercetus hasil dari kajian dan keghairahan meniru otak manusia. Kewujudan sel bio dan asid deoksiribonukleik (DNA) telah member ilham kepada para saintis dengan harapan suatu hari nanti mereka dapat mencipta alat berskala molekul yang dapat membina dirinya sendiri. Dalam bidang biologi, protein telah digunakan dengan mengawal formasi sebatian bahan kimia bagi membentuk struktur bahan fungsian dan juga hibrid.

Bagi bidang biomimetik, penggunaan kaedah-kaedah dan juga sistem yang wujud dalam alam sekitar bagi aplikasi kejuruteraan dan teknologi telah berkembang dan menghasilkan banyak inovasi yang jauh lebih baik dari apa yang akal manusia dapat fikirkan. Ini adalah kerana alam semulajadi telah mengambil masa berbilion tahun dan menghasilkan penyelesaian yang efektif kepada masalah kompleks di sekeliling manusia. Dalam sistem alam semulajadi, pembaziran dan kecuaian amat jarang berlaku tidak seperti sistem ciptaan manusia. Kita mengambil contoh kereta yang dijanakuasa dengan gas hanyalah 20 peratus efisien yang mana hanya 20 peratus dari kandungan tenaga terma dari gasolin ditukarkan kepada daya mekanikal.

Perkataan biomimetik pertama kali digunakan oleh seorang pereka dari Amerika, Otto Schmitt pada tahun 1950. Biomimetik juga dikenali sebagai Bionik (istilah ini pertama kali digunakan oleh seorang pegawai tentera udara Amerika pada tahun 1958), bio-inspirasi dan juga biognosis. Ia telah digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah dalam sains politik sehingga ke rekabentuk kereta dan sains komputer (sibernetik, neuron tiruan dan rangkaian neural tiruan menggunakan prinsip biomimetik). Secara umumnya terdapat tiga model biologi yang telah ditiru untuk aplikasi teknologi:

1) Replikasi kaedah pemprosesan semulajadi seperti pembuatan sebatian bahan kimia oleh flora dan juga fauna.

2) Peniruan mekanisma yang wujud dalam alam seperti daya lekatan seumpama velcro dan kebolehan cicak melekat pada dinding.

3) Menyalin prinsip berorganisasi daripada kelakuan sosial organisma seperti semut, lebah dan juga mikroorganisma lain.


Sekumpulan penyelidik dari University of Bath, United Kingdom yang diketuai oleh Dr. Julian Vincent telah membuat satu pangkalan data “paten biologi” yang membolehkan para jurutera secara terus mendapat akses terhadap sifat dan ciri alam tanpa perlu mendapatkan khidmat nasihat dari ahli biologi. Menurut majalah “The Economist” keluaran Jun 2005, kaedah pangkalan data ini akan membolehkan sesiapa sahaja mencari dan meneroka mekanisma biologi untuk penyelesaian secara natural bagi penyelesaian masalah teknologi manusia.

Aplikasi biomimetik boleh dilihat dengan contoh mudah seperti penggunaan velcro yang dihasilkan pada tahun 1948 oleh seorang jurutera Swiss, George de Mestral dimana beliau menyedari bagaimana mekanisma duri tumbuhan yang melekat pada bulu anjingnya. The Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA), satu organisasi penyelidikan dan pembangunan Jabatan Pertahanan Amerika dan juga NASA telah menggunakan prinsip biomimetik dalam mengkaji sistem navigasi dan strategi pergerakan serengga bagi merekabentuk kenderaan dan robot tanpa pemandu generasi masa hadapan. Penggunaan biomimetik juga boleh dilihat dalam penggunaan terowong angin, dimana para penyelidik telah mendapati sirip pada belakang ikan paus amat efisien sebagai rekabentuk sayap dan prinsip tersebut telah digunakan dalam industri aeronautik pesawat. Para jurutera sedang cuba menggunakan prinsip aerodinamik ini terhadap pesawat masa hadapan dan juga rekabentuk automotif. Pada masa yang sama para jurutera di Airbus (syarikat pesawat di eropah) telah menggunakan kulit kasar ikan jerung sebagai sumber inspirasi mereka dalam merekacipta bahan bagi penyalutan sayap pesawat yang mana telah mengurangkan sebanyak 6 peratus daya seretan dan meningkatkan kecekapan penggunaan minyak. “Pita Gecko” adalah satu produk yang masih dalam fasa penyelidikan dan pembangunan diinspirasikan dari kebolehan cicak memanjat dan berjalan pada siling dan dinding rumah. Daya van der Waals (daya tarikan antara molekul yang lemah) telah dieksploitasi dengan meniru struktur seperti rambut halus yang menyaluti kaki cicak. Syarikat DaimlerChrysler pula sedang berusaha membangunkan kenderaan konsep yang sangat efisien bagi pengunaan minyak berdasarkan badan seekor ikan yang berbentuk kiub. Kenderaan tersebut dikatakan dapat menjimatkan sebanyak 20 peratus penggunaan minyak dan mengurangkan 80 peratus pelepasan gas merbahaya seperti nitrogen oksida.

Pada masa yang terdekat, kita akan dapat melihat peningkatan penggunaan prinsip biomimetik bagi menambahbaik kecekapan manusia dalam mencipta produk-produk dan sistem. Cuba kita berhenti seketika dan melihat alam disekeliling, sudah tentu disedari bahawa dunia ciptaan Tuhan yang berkuasa ini penuh dengan inspirasi dan dapat mencetuskan idea untuk kegunaan manusia sejagat. Alam semulajadi yang indah ini akan terus memberi ilham kepada kita dengan syarat pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar dititik beratkan. Semoga kita bersama-sama menghargai dunia dan alam semulajadi ciptaan Tuhan.

Sunday, September 26, 2010

GenKimo


PENGGUNAAN GenKimo dapat mengurangkan kadar kematian akibat serangan penyakit di samping sebagai makanan tambahan ternakan. - Gambar hiasan

Penggunaan bahan kimia seperti antibiotik dalam industri ternakan bagi mempercepatkan tumbesaran mencetuskan pelbagai polemik.

Justeru penggunaan antibiotik walaupun belum diharamkan di negara ini perlu dihadkan dan digantikan dengan pelbagai mikroorganisma bermanfaat (IMO).

Selain menggantikan antibiotik, IMO boleh digunakan dalam proses penapaian sisa tanaman industri bagi makanan ternakan.

Bahan berkenaan yang telah siap diproses dan dinamakan probiotik sebagai makanan tambahan ternakan mempunyai mikrob yang hidup untuk tingkatkan kesihatan hos.

"Probiotik menjadikan ternakan lebih sihat dan boleh didapati dalam bentuk cecair, pil atau serbuk mengikut keperluan," kata Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Ramli Mohd. Nor.

Mendapat pendidikan di Jepun, kini beliau giat menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan.

"Penggunaan probiotik jika digunakan dengan meluas boleh menggantikan antibiotik," katanya.

Biasanya penternak ayam menggunakan antibiotik untuk merangsang pertumbuhan sehinggakan ada negara yang mengharamkan penggunaannya.

Ayam yang diberikan probiotik kurang berlemak sama seperti ayam kampung.

Produk probiotik hasil kajian Dr. Ramli yang dinamakan GenKimo dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.

"GenKimo merupakan sejenis produk probiotik yang mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel.

"Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik," katanya.

Produk GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan.

Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal dari Korea Selatan menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal.

Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran tumbuhan dan ketahanan terhadap penyakit.

Bagi pelbagai aplikasi, Dr. Ramli menghasilkan tiga jenis GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.

GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair probiotik bagi minuman ternakan.

Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa musim hujan.

"Kajian di ladang-ladang ternakan ruminan yang menggunakan GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang tidak menggunakannya," katanya.

Dr. Ramli berkata, GenKimo-bio pula merupakan makanan tambahan ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.

"Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana tidak mengandungi bahan toksik.

"Ia juga berupaya meningkatkan metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan," katanya.

GenKimo-bio juga dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, Dr. Wan Zahari Mohamed berkata, permintaan berlipat ganda terhadap daging dan telur memberikan impak yang besar terhadap industri ternakan.

Justeru, dengan industri ternakan yang tumbuh bagai cendawan, MARDI dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Universiti Putra Malaysia (UPM), Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan FELDA sebagai penganjur bersama serta disokong bersama-sama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan Persidangan Makanan Ternakan Antarabangsa buat kali keempat.

Persidangan tersebut dijadualkan pada 21 hingga 23 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bharu, Johor.

Musytari hampiri bumi Isnin Lepas





CAPE CANAVERAL, Florida 18 Sept. - Penduduk dunia berpeluang menyaksikan Musytari dengan mata kasar lewat malam Isnin , apabila planet itu akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 50 tahun.

Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 kilometer dari Bumi lewat malam Isnin, jarak terdekat dengan bumi sejak tahun 1963.

Planet terbesar dalam sistem solar tersebut mengeluarkan cahaya tiga kali lebih terang berbanding bintang paling berkilau di langit iaitu Sirius, dan ia hanya boleh dilihat sekali lagi pada 2022.

"Musytari sangat terang sekarang sehingga anda tidak memerlukan peta langit untuk melihatnya.

"Anda hanya perlu berjalan di luar dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi pemerhati berpengalaman, perbezaan melihat Musytari kali ini sangat penting," kata Tony Phillips, seorang pakar astronomi California yang berkhidmat dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Bukan sahaja Musytari, planet Uranus juga dilapor bakal berada hampir dengan Bumi pada malam sama.

Ia akan berada dekat dengan Musytari tetapi agak sukar dilihat dengan mata kasar.

Melalui teleskop, Uranus akan bersinar seperti cakera berwarna hijau zamrud, kurang satu darjah berbanding Musytari.

Musytari berada agak dekat dengan Bumi dalam tempoh setiap 12 tahun. Pada 1999, ia melalui Bumi pada jarak yang jauh.

Phillips berkata, fenomena yang disifatkan sebagai 'sekali seumur hidup itu' agak luar biasa kali ini kerana Uranus akan turut berada dekat dengan Bumi pada masa yang sama.

Walaupun boleh dilihat berhampiran Musytari menerusi teleskop, Uranus sebenarnya berada pada jarak 2.7 bilion kilometer dari Bumi pada malam Isnin ini.

Thursday, September 23, 2010

kemudahan JARING-UKM telah dipulihkan di Fakulti Sains & Teknologi

Pada 22hb September 2010,kemudahan wifi "JARING-UKM" telah kembali berfungsi setelah berlaku kerosakan sejak pada bulan ramadhan yang lepas. Exco Kebajikan PMFST, Asarulazlan bin Ariffin @ Aripin memandang serius atas permasalahan yang dihadapi hampir 3000 mahasiswa FST akibat ketiadaan wifi di Fakulti Sains & Teknologi dengan membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat(PTM)tentang permasalahan yang berlaku.

Kini, Kemudahan wifi"JARING-UKM" kembali berfungsi setelah sekian lama tidak dapat diakses dan memberi permasalahan kepada mahasiswa/i FST yang menggunakan internet untuk mencari sumber rujukan. Kami daripada pihak PMFST berterima kasih kepada PTM kerana mendengar aduan kami dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku dengan cepat. Disini, kami mengalu-alukan semua mahasiswa mengambil serius dengan melaporkan sebarang kerosakan yang berlaku di fakulti kita yang disayangi ini kepada pihak PMFST agar kami dapat menyelesaikan sesuatu dengan mudah dan cepat. Sila hubungi Asarulazlan bin Ariffin @ Aripin (013-4860493)/ Mohd Alfie Shahreen bin Haris (0139149161) -Sekretariat Kebajikan

::KEILMUAN,KEBAJIKAN,KESATUAN::

Tuesday, September 21, 2010

BISIK-BISIK TYDP PMFST TENTANG PENJAGAAN KESIHATAN





Faedah lelap seketika kepada pekerja

Oleh NOOR ARMIZA BINTI MD ARIS



SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu terfokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.

Monday, September 20, 2010

NAK TAHU TENTANG SISTEM TAKAFUL,,,,,JOM BERSAMA EXCO EKONOMI PMFST..


Perbezaan Insuran
Konvensional & Takaful
Oleh
MOHAMAD FUAD AHMAD
Exco Ekonomi PMFST
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-


  • a) Tabarru' dan Mudarabah


  • b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.
Demikian penerangan ringkas saya.
untuk maklumayt selanjutnya,,layari

Saturday, September 4, 2010

Agihan kad raya PMFST



Dapatkan Kad Raya PMFST edisi 2010 yang akan diedarkan pada hari isnin ini.....

ihya' ramadhan PMFST " warna-warni Ramadhan"

Salam Ramadhan,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi(PMFST) telah mengadakan ihya' Ramadhan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian PMFST. Program ihya' Ramadhan pada tahun ini bertemakan"warna-warni Ramadhan. Program ini bermula pada pukul 3.00 petang dengan menyediakan bubur lambuk yang dibantu oleh Pak Cik Guard(anggota Keselamatan UKM). Program ini dihadiri tetamu yang istimewa iaitu anak-anak yatim seramai 35 orang yang dijemput khas daripada rumah anak yatim di Rawang.
(Fattah sedang bertarung dengan api gas yang marak untuk memanaskan periuk)
(adik-adik sedang khusyuk mendengar taklimat program dan perasmian)
(Antara juadah berbuka puasa yang disediakan yang diorder khas daripada kafe kolej Za'aba)
(jangan berebut...semua dapat)
(Muslimat yang hadir untuk memeriahkan ihya' Ramadhan)
(urusetia dan pimpinan sedang menyediakan bubur lambuk walaupun agak lama nak masak)
(Pak Cik Guard sedang menambah ramuan ke dalam periuk)
(antara ramuan bubur lambuk PMFST pada tahun ini.Nak menunye???minta dengan pak guard yer)

(Mungkin Kak Aida nak ambil adik ini sebagai adik angkat)
(adik-adik sedang menonton filem"upin & ipin" sementara menunggu masa untuk berbuka)
(antara penceramah yang hadir untuk menyampaikan sedikit tazkirah bertemakan"warna-warni Ramadhan)
(ketua Pengarah, saudara Kamaruddin sedang menyampaikan sedikit ucapan)
(mantan YDP PMFST dan lepasan graduan FST bekerjasama menyiapkan bubur lambuk sambil diperhatikan Pak Guard)
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ihya' Ramadhan PMFST 2010.