Pages

Saturday, December 15, 2012

APA ERTINYA SAYA MENDUDUKI EXAM


Oleh: Muhammad Asri bin Abdul Sisak (YDP PMFST)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada seluruh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya kepada penduduk Fakulti Sains & Teknologi. Dengan berbaki 3 minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya peperiksaan akhir untuk sem 1 bagi sesi 2012/2013, pastinya ada dalam kalangan kita sudah merencana jadual untuk melakukan persediaan awal, mengumpul nota selengkapnya, ber’kampung’ di PTSL untuk mencari maklumat tambahan dan mungkin ada yang masih berpegang pada prinsip ‘last minute learning is more effective’ atau ‘learn everything in one night’.




Tidak kira cara atau gaya, ‘exam’ bukanlah perkara utama untuk dibicarakan dalam blog PMFST kali ini. PMFST ingin mengajak rakan-rakan sekalian memandang peperiksaan dari sudut ILMU yang dipelajari. Manusia yang ingin menjadi doktor perlukan ILMU, manusia yang ingin menjadi pemimpin perlukan ILMU, manusia yang ingin menjadi tentera perlukan ILMU. Pendek kata, ILMU merupakan asas yang penting bagi setiap manusia. Orang ber-ILMU sentiasa menerima kelebihan dan kebaikan. Sebagai contoh, seorang peniaga yang mempunyai kepakaran dalam ilmu perniagaan akan memperoleh keuntungan lebih banyak berbanding peniaga yang kurang ilmunya.


Manusia memerlukan ILMU kerana sifat ingin tahu sentiasa membuak-buak. Bermula zaman kanak-kanak sehinggalah usia tua, manusia tetap memerlukan ILMU. Pernah terlihat seorang ‘makcik’ dalam lingkungan usia 40-an membawa buku-buku yang bertimbun-timbun keluar dari pintu PTSL. Terdetik di benak pemikiran, di usia yang lanjut masih lagi bersemangat dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Baru-baru ni satu rekod dunia telah direkodkan iaitu graduan universiti paling tua didunia yang dipegang oleh Allan Stewart, 97 tahun. Kata penerima ijazah sarjana Sains Klinikal dari Universiti Southern Cross, “Saya punya banyak masa terluang dan saya suka pemikiran saya terus aktif”. Kata-kata tersebut pasti memberi kesan yang amat mendalam kepada kita yang masih mangamalkan sikap acuh tak acuh dalam menuntut ILMU.




Terdapat satu kisah untuk dikongsikan, yang mana ketika seorang anak murid bertanyakan kepada gurunya iaitu Imam Malik, apakah perkara yang akan kamu lakukan apabila ditakdirkan untuk digambil nyawa? Imam Malik menjawab, ‘aku suka sekiranya diambil nyawa dalam keadaan aku sedang menuntut ilmu’. Seorang yang optimis dan cinta akan ILMU sentiasa mengharap proses memperoleh ILMU sentiasa berterusan. Bertepatan dengan kata-kata dari seorang tokoh aktivis gerakan kemerdekaan India iaitu Mahatma Ghandi, katanya ‘live as if you were to die tomorrow, learn as if you were to live forever’.


Akhir kalam, sebagai seorang mahasiswa, tempoh 3/4/5 tahun di universiti bukanlah bermakna proses menuntut ILMU sudah mencapai satu tahap sempurna. Bahkan proses tersebut harus diteruskan sehingga roh berada pada jasad. Bagi yang beragama Islam, hayatilah peristiwa penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW- Iqra!




P/s: Pimpinan PMFST sesi 12/13 ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester 1 dan semoga kejayaan berpihak kepada kita semua. d(^_^)b


PERINGATAN: SILA AMBIL KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL PEPERIKSAAN (KMJP) DI PEJABAT DEKAN FAKULTI MASING-MASING. PELAJAR YANG GAGAL MENUNJUKKAN KAD KMJP TIDAK DIBENARKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

Wednesday, October 31, 2012

Interaksi Bersama Pimpinan PMFST

Pada 13 Oktober 2012 yang lalu, Exco Akademik dan Exco Sukan dan Kebudayaan telah bekerjasama menjayakan program tahunan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) iaitu 'Interaksi Bersama Pimpinan PMFST 2012/2013'. Program ini telah dijalankan di Sukida Resort Semenyih, Selangor dari jam 8 pagi hingga 8 malam.



Poster program


Program ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan pimpinan PMFST kepada warga FST terutamanya kepada pelajar-pelajar Tahun Satu yang baru sahaja mendaftar ke UKM ini. Selain itu, warga FST juga dapat berkenal-kenalan dan mengeratkan lagi silaturrahim dengan satu sama lain. Seramai hampir 80 orang pelajar dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga dari pelbagai program di FST telah menyertai program ini. Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah sukaneka, slot kenali pimpinan, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga 'jungle trekking'.



Exco Kebajikan, Ehsan bin Isa mengendalikan sukaneka



Salah satu kumpulan LDK



Barisan pimpinan PMFST selepas jungle trekking




YDP PMFST, Muhammad Asri bin Abdul Sisak bersama 
Exco Pembangunan Insaniah, Muhammad Taufiq bin Ramlan



Solat asar semasa jungle trekking



Peserta wanita program Interaksi


Peserta program ini juga turut berpeluang menanam pokok gaharu di bawah program '1 Pohon 1 Penghidupan' sebagai satu cara untuk membantu kehidupan masyarakat orang asli yang tinggal di sekitar Sungai Tekala. Semoga dengan berakhirnya program ini, ikatan ukhuwah dalam kalangan pelajar FST tidak akan terputus malah akan terus bertambah erat dari hari ke hari.


Kredit gambar: Shazwan Suhiman dan Mohd Luqman



KEILMUAN | KEBAJIKAN | KESATUAN

PENGESAHAN MASUK PEPERIKSAAN AKHIR SEM 1 SESI 2012/2013


Urusan pengesahan permohonan masuk Peperiksaan Akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 5 hingga 11 November 2012. Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan ialah seperti berikut:

a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang Sah.
b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 12 November 2012.

Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut saudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.

Sumber : (epelajar/bul/bil.16102012-29)

KEILMUAN | KEBAJIKAN | KESATUAN

Monday, October 8, 2012

JOM DAFTAR AHLI PMFST UKM


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera buat warga Fst Ukm..^_^
Ayuh Daftar, jadi sebahagian daripada keluarga Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi(Pmfst Ukm) !!



@Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)
@8hb hingga 12hb Oktober 2012
@Sebelah DAM dan KESKA

Pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan antaranya:
>Interaksi bersama PMFST
>Ramah Mesra bersama PMFST
>Pameran Pesta Konvo PMFST
>Ekspidisi Saintis Muda (ESMA)
>FIESTA 2.0
dan pelbagai lagi aktiviti yang mengujakan anda semua..~

                                                KEILMUAN|KEBAJIKAN|KESATUAN

Thursday, August 2, 2012

Majlis Konvokesyen Ke-40 Universiti Kebangsaan Malaysia

Seperti yang dijanjikan, susunan sidang mengikut Fakulti/Institut Majlis Konvokesyen ke-40, Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan diadakan pada 20-23 Oktober 2012 adalah seperti yang berikut:




Pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi dijangka akan bergraduat pada hari Ahad, 21 Oktober 2012.  Majlis akan dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi untuk Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam (PPSSSA) dan Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) manakala sesi petang untuk Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan (PPSKTM), Pusat Pengajian Fizik dan Gunaan (PPFG) dan Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi (PPBB).


Sehubungan dengan itu, pelajar tahun akhir yang bakal bergraduat diminta untuk menyemak maklumat konvo melalui laman web konvo di www.ukm.my/konvo mulai 1 Ogos 2012 jam 4.00 petang. Bahagian Pengurusan Akademik hanya akan menjana sidang konvokesyen kepada pelajar yang benar-benar berstatus tamat/konvokesyen. Bagi pelajar yang masih menjalani Latihan Industri (LI), menyiapkan tesis, mengambil sem 3, mengambil peperiksaan ulangan khas dan gred Tidak Lengkap (TL), penjanaan sidang hanya akan dibuat setelah gred diperolehi daripada fakulti masing-masing.


Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua mahasiswa/i FST khususnya yang bakal bergraduasi pada tahun ini. Semoga kejayaan anda semua dapat menjadi pemangkin kecemerlangan warga FST pada masa akan datang, insyaAllah.


.: Keilmuan, Kebajikan, Kesatuan :.



Saturday, June 9, 2012

Majlis Penyampaian Watikah PMFST & Ucapan Dasar Yang Dipertua 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.






Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penyampaian Watikah PMFST & Ucapan Dasar Yang Dipertua Sesi 2012/2013 yang telah berlangsung di bilik persidangan, Bangunan Kedekanan FST sebentar tadi. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Fakulti Sains dan Teknologi ini turut dihadiri oleh Dekan FST, Prof. Dr. Sahrim bin Haji Ahmad dan Timbalan Dekan FST, Prof. Dr. Shahidan bin Radiman. Turut sama meraikan majlis ini ialah mantan pimpinan PMFST sesi 2011/2012.




Barisan kepimpinan PMFST 2012/2013 bersama Dekan FST



Barisan kepimpinan PMFST 2011/2012 bersama Dekan FST



Dalam majlis tersebut, Yang Dipertua PMFST 2012/2013, Muhammad Asri bin Abdul Sisak telah menyampaikan ucapan dasar PMFST sesi baru ini, termasuklah menghebahkan visi dan misi terbaru PMFST. Antaranya, visi PMFST iaitu "PMFST sebagai badan pimpinan yang proaktif ke arah merealisasikan FST sebagai fakulti terulung seiring dengan falsafah UKM." Dengan adanya visi ini, PMFST bukan sahaja sebuah persatuan yang berideologi semata-mata, malah merupakan sebuah persatuan yang berupaya melakukan transformasi sosial bagi membentuk morfologi warga saintifik, khususnya dalam kalangan warga Fakulti Sains dan Teknologi sendiri.




Dekan fakulti, Prof. Dr. Sahrim bin Ahmad dalam ucapannya turut menyokong padu visi dan misi PMFST dengan harapan agar gabungjalin seluruh warga fakulti yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, bangsa dan agama dapat memacu Fakulti Sains dan Teknologi lebih jauh ke hadapan. Katanya lagi, mahasiswa dan mahasiswi fakulti ini perlulah ditonjolkan sebagai masyarakat saintifik yang seimbang ilmunya, dari segi intelektual dan juga sahsiah peribadinya.




Bacaan ikrar



Terima kasih kepada kepimpinan lama, tahniah dan takziah buat kepimpinan baru PMFST. Dengan berakhirnya majlis ini, diharapkan agar menjadi titik tolak kerjasama yang lebih kukuh antara PMFST, khususnya warga FST dengan pihak pentadbiran FST dalam menjalankan pelbagai program dan aktiviti pada masa akan datang. Wallahua'lam.



Keilmuan, Kebajikan, Kesatuan.




Kredit gambar : Fikri Arrazi, Noorhuda Hamid

Saturday, June 2, 2012

PIMPINAN PMFST 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 


Alhamdulillah, setelah Annual Grand Meeting PMFST diadakan pada 18 Mei yang lalu, maka pimpinan PMFST 2012/2013 telah berjaya dibentuk bagi menggantikan pimpinan PMFST 2011/2012. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dan sudi hadir pada malam AGM tersebut. Semoga pimpinan baru PMFST pada sesi ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya. Amin.




PIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
SESI 2012/2013

YANG DIPERTUA
MUHAMMAD ASRI BIN ABDUL SISAK
(SAINS KIMIA/3)
[013-7594246]

TIMBALAN YANG DIPERTUA
SITI NOR ASYIKIN BT MOHD ALI
(SAINS BIOLOGI/3)
[013-9941514]

NAIB YANG DIPERTUA I
ABDUL FATTAH SADIQ BIN ABD HAFIDZ
(SAINS NUKLEAR/3)
[013-6422689]

NAIB YANG DIPERTUA II
NURAINISYAMIMI BT MOHD BISTAMIM
(SAINS SEKITARAN/3)
[017-2889967]

NAIB YANG DIPERTUA III
AZIM FITRI BIN ZAINUL ABIDIN
(SAINS BAHAN/2)
[013-4383053]

SETIAUSAHA AGONG
SITI NAJIHAH BT SOLEHIN
(SAINS SEKITARAN/3)
[017-4304918]

TIMBALAN SETIAUSAHA
NURUL HASANAH BT MOHD ABD BASIR
(STATISTIK/2)
[013-6321759]

BENDAHARI KEHORMAT
NUR AFIFAH BT ZUBAIR
(SAINS KIMIA/3)
[013-3090443]

TIMBALAN BENDAHARI
SAIDATUL AKMA BT ZAKARIA
(STATISTIK/2)
[017-4315814]


KEBAJIKAN

EXCO
EHSAN BIN MOHD ISA
(SAINS BAHAN/3)
[013-5835892]

TIMBALAN EXCO I
NURSYAMIMI BT CHE JUSOH
(SAINS BIOLOGI/2)
[013-4579492]

TIMBALAN EXCO II
NUR WEENA BT ZAHARI
(SAINS BIOLOGI/2)
[014-5154480]


PEMBANGUNAN INSAN

EXCO
MUHAMMAD TAUFIQ BIN RAMLAN
(SAINS NUKLEAR/3)
[014-5217265]

TIMBALAN EXCO I
NUR ADIBAH BT MOHD SUHAIMI
(OLEOKIMIA/3)
[019-9854033]

TIMBALAN EXCO II
NUR AIN BT ISMAIL
(SAINS BIOLOGI/3)
[013-3795739]


EKONOMI

EXCO
NOR AMIN BIN ABU NAIM
(STATISTIK/2)
[013-4902158]

TIMBALAN EXCO
SITI FARAH BT MOHD ALUI
(SAINS MATEMATIK/2)
[014-8064064]


PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)

EXCO
MUHAMMAD ZULHUSNI BIN MOHMAD DASUKI
(SAINS BAHAN/2)
[017-2640267]

TIMBALAN EXCO
AFIAH NASUHA BT AZNAN
(SAINS BIOKIMIA/2)
[019-5576465]


AKADEMIK

EXCO
KHAIRUL QAMAR BIN ROSLI
(SAINS BIOLOGI/2)
[013-9560996]

TIMBALAN EXCO
NUR FARHANA BT MOHD RAZALI
(SAINS FIZIK/2)
[019-9696359]


SUKAN DAN KEBUDAYAAN

EXCO
ARIF FAHMY BIN MAZLAN
(SAINS BIOKIMIA/2)
[019-4712806]

TIMBALAN EXCO
NOOR HUDA BT ABD HAMID
(SAINS KIMIA/2)
[019-5213239]


INFORMASI DAN PENERBITAN

EXCO
MARWAN BIN MOHD KHIR
(SAINS BAHAN/2)
[017-2012903]

TIMBALAN EXCO 1
SITI NUR SYAZWANI BT SHUKRI
(SAINS BIOKIMIA/2)
[013-7853493]

TIMBALAN EXCO II
SITI AISYAH BT ABDULLAH
(SAINS AKTUARI/2)
[017-6127264]


HUBUNGAN SERANTA

EXCO
MUHAMMAD SHAZWAN BIN SUHIMAN
(SAINS BIOKIMIA/3)
[014-8028037]

TIMBALAN EXCO
SITI ZULAIKHA BT ABD RAHMAN
(SAINS FIZIK/3)
[013-3183177]


HAL EHWAL SISWI

EXCO
AQILAH BT ABDUL AZIZ
(SAINS BIOLOGI/2)
[013-4762744]

TIMBALAN EXCO 
NOOR ATIKAH BT ROZEMI
(BIOTEKNOLOGI TUMBUHAN/2)
[017-9860596]