Pages

Thursday, November 24, 2011

SYABAS, PENTADBIRAN FST

Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan buat pentadbiran FST kerana telah melakukan tindakan segera bagi memastikan kebajikan pelajar terjaga. Surat aduan yang telah dihantar oleh Exco Kebajikan PMFST 11/12 yang lalu nyata telah mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak pentadbiran FST apabila langkah-langkah pemuliharaan serta menaik taraf kini telah pun mula dijalankan.

Antara perkara yang telah diadukan oleh PMFST di dalam surat yang bertarikh 4 November 2011 yang lalu ialah berkenaan dengan kebanjiran yang berlaku di bilik aktiviti pelajar ( bawah DAM) serta di beberapa tempat yang lain seperti di pintu masuk kuliah DKG111F dan laluan ke bangunan Geologi menuju ke dewan kuliah DKG126G.


Punca air yang membanjiri dewan kuliah DKG111f adalah disebabkan keadaan struktur bangunan yang rendah menyebabkan air bertakung terutama setelah hujan yang lebat. Keadaan air yang bertakung ini membuatkan pelajar mempunyai masalah untuk bergerak masuk atau keluar dari bangunan tersebut. Namun begitu, punca yang menjadi sebab berlaku masalah banjir di aktiviti pelajar masih belum dapat dikenal pasti.


Exco ekonomi PMFST, Muhammad Asri bin Abdul Sisak 
ketika proses-proses membaik pulih bilik aktiviti pelajar sedang dijalankan

ketika proses-proses pembaikian dijalankan

keadaan bilik aktiviti pelajar kesan dari kebocoran yang berlaku


Sebarang aduan dan masalah bolehlah segera diadukan kepada mana-mana pihak PMFST, persatuan yang bertindak sebagai medium antara pentadbiran dan pelajar. Kebajikan anda, keutamaan kami.

~Keilmuan, Kebajikan, Kesatuan~






No comments:

Post a Comment