Pages

Sunday, April 11, 2010



Firman Allah Taala yang bermaksud "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".Masa sangat penting dalam kehidupan seseorang yang bergelar muslim kerana masa itu adalah umurnya.Oleh itu janganlah kita sia-siakan umur kita begitu sahaja bahkan penuhilah ia dengan amalan-amalan soleh agar tidak menyesal dikemudian hari.

Sahabat yang di kasihi fillah,sedar ataupun tidak,masa telah membawa kita hampir kepada pentas peperiksaan yang sememangnya akan di tempuhi selaku kita yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.Sudahkah kita bersedia dengan persediaan yang sepatutnya untuk menghadapi soalan-soalan peperiksaan yang bakal dikemukakakan di dalam dewan peperiksaan tidak lama lagi?Jika saat ini kita belum lagi bersedia sepenuhnya,percayalah masih belum terlambat untuk kita melipatgandakan usaha dan kesungguhan kita dengan terancang dan tersusun kerana itulah jalan-jalan yang dilalui oleh mereka yang telah berjaya.

Marilah sama-sama kita tumpukan perhatian sepenuhnya kepada kitab-kitab kuliah dengan memahami isi kandungannya untuk membantu kita memberikan jawapan terbaik terhadap soalan-soalan yang di kemukakan nanti.

Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan menjadi impian dan harapan kita semua,namun ingatlah semua itu datangnya dari Allah Taala.Jesteru,jangan dibiar hubungan kita denganNya menjadi renggang dan terputus dek kerana kemaksiatan dan kelalaian kita selaku hambaNya.

Buat akhirnya,kami barisan kepimpinan PMFST pada sesi kali ini mendoakan kesejahteraan dan kejayaan semua,moga kejayaan milik kita bersama.
Allahummajalna minannajihin fiddunya wal akhirah.
SEMOGA BERJAYA

No comments:

Post a Comment