Pages

Wednesday, April 28, 2010

FeWeTT.oRg/

Assalaimualaikum,

Disini, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi mengucapkan selamat bercuti kepada sahabat-sahabat yang kami sayangi. Harapan daripada kami agar sahabat semua memanfaatkan waktu cuti itu diisi dengan sebaiknya. Hakikatnya, tidak ada istilah cuti untuk seorang penuntut ilmu apatah lagi kepada sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi penuntut ilmu sehingga nafas yang terakhir. Setiap masa yang ada perlu diisi dengan sesuatu yang akan menambah ilmu dengan harapan ilmu yang ada memimpin ke arah cahaya hidayah dari Allah Taala.

Hidupkan cuti ini dengan ilmu. Berusahalah untuk menambahkan ilmu dan kefahaman yang sedia ada. Bacalah bahan-bahan ilmiah yang dapat memberikan manfaat yang besar kepada kita semua selain kita bersedia untuk menjejakkan kaki ke tahun pengajian yang seterusnya. Tanamkan tekad dan harapan untuk membuat sesuatu yang lebih bermakna untuk diri sahabat.

Kita perlu berusaha untuk mengubah diri dan sekeliling ke arah yang lebih baik. Mewujudkan biah solehah. Siapa lagi yang akan memulakan langkah ke arah itu kalau bukan kita yang mula untuk mengoraknya. Cubalah untuk mengisi masa kosong dengan perbincangan ilmu dari hanya membazirkan masa yang ada dengan bersembang hal keduniaan yang sia-sia. Kadang-kadang sembang kosong itu membawa kepada perkara yang dimurkai oleh Allah Taala.

Lisan ini perlu dilembutkan dan dibasahkan dengan lebih banyak mengingatiNya. Al-Quran yang dihafal perlu sangat untuk dimuraja’ah. Lupa tanpa sebab itu dosa. Kata Habib Husain; bila lidah biasa berzikir, mudahlah untuk lidah itu digerakkan untuk membaca Kalamullah. Bila hati bersih, jiwa tidak akan terasa jemu apabila mengalunkan ayat suci Al-Quran.

Begitulah telinga perlu dibiasakan mendengar perkara-perkara yang boleh membawa kita mengingati Allah Taala. Elakkan dari mendengar perkara yang sia-sia dan melalaikan. Jaga pandangan dari melihat perkara yang diharamkan. Lambakan koleksi drama bersiri dan filem hari ini menyebabkan masing-masing mabuk dan ketagih dengannya. Akhir sekali warkah daripada kami PMFST agar sahabat menjaga diri sahabat dengan sebaik-baiknya. Jangan jadikan cuti ini membiarkan tahap keimanan kita semakin pudar tidak seperti semasa di kampus.

sekian, terima kasih,

ikhlas daripada,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

No comments:

Post a Comment