Pages

Thursday, November 24, 2011

SYABAS, PENTADBIRAN FST

Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan buat pentadbiran FST kerana telah melakukan tindakan segera bagi memastikan kebajikan pelajar terjaga. Surat aduan yang telah dihantar oleh Exco Kebajikan PMFST 11/12 yang lalu nyata telah mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak pentadbiran FST apabila langkah-langkah pemuliharaan serta menaik taraf kini telah pun mula dijalankan.

Antara perkara yang telah diadukan oleh PMFST di dalam surat yang bertarikh 4 November 2011 yang lalu ialah berkenaan dengan kebanjiran yang berlaku di bilik aktiviti pelajar ( bawah DAM) serta di beberapa tempat yang lain seperti di pintu masuk kuliah DKG111F dan laluan ke bangunan Geologi menuju ke dewan kuliah DKG126G.


Punca air yang membanjiri dewan kuliah DKG111f adalah disebabkan keadaan struktur bangunan yang rendah menyebabkan air bertakung terutama setelah hujan yang lebat. Keadaan air yang bertakung ini membuatkan pelajar mempunyai masalah untuk bergerak masuk atau keluar dari bangunan tersebut. Namun begitu, punca yang menjadi sebab berlaku masalah banjir di aktiviti pelajar masih belum dapat dikenal pasti.


Exco ekonomi PMFST, Muhammad Asri bin Abdul Sisak 
ketika proses-proses membaik pulih bilik aktiviti pelajar sedang dijalankan

ketika proses-proses pembaikian dijalankan

keadaan bilik aktiviti pelajar kesan dari kebocoran yang berlaku


Sebarang aduan dan masalah bolehlah segera diadukan kepada mana-mana pihak PMFST, persatuan yang bertindak sebagai medium antara pentadbiran dan pelajar. Kebajikan anda, keutamaan kami.

~Keilmuan, Kebajikan, Kesatuan~






Wednesday, November 23, 2011


Wuduk dan Sains? Benarkah?





Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Pernahkah anda terfikir,kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh? Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.



Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!

Subhanallah!!Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupunktur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.



Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Terdapat 125 titik akupunktur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Subhanallah,sungguh luar biasa rahsia wuduk


HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS 


Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya. 

Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk? 

Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.

Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi  s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."



 Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya). 

 Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin. 

 Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA...
"FIKIR DAN ZIKIR"



Anda digalakkan "copy" dan "share",tetapi sila sertakan "link" sumber asal.
Sekian,terima kasih.

Edited by : PMFST UKM 2011/2012
Produced by: FB LAYAR MINDA ( http://www.facebook.com/layarMinda )

Monday, November 21, 2011


PENGUMUMAN 

SUKARELAWAN JPPEL UKM

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan menubuhkan Sukarelawan JPPel UKM. Sukarelawan JPPel UKM ini akan membantu Pengurusan Hal Ehwal Pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti kesukarelawan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain agensi kerajaan serta swasta, mengikut bidang kesukarelawan. Borang Pendaftaran Sukarelawan JPPel UKM boleh didapati di Pusat Aktiviti Pelajar, PMFST.

Rujukan:
UKM.1.27/207/2/19/1
UKM3.3.17/331/2

Pertandingan DiGi Challenge for Change

Adalah dimaklumkan bahawa DiGi Communications Sdn Bhd sedang menganjurkan satu pertandingan yang menggalakkan daya keusahawanan oleh pelajar dalam mewujudkan usaha untuk membantu menangani cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar dikalangan masyarakat yang tidak bernasib baik, melalui penggunaan teknologi mudah alih dan internet. Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat yang akan dimulakan dengan “Startup Weekend” pada 2-4 Disember 2011. Maklumat lanjut boleh didapati di www.digi.com.my/c4c3.

Rujukan:
UKM.1.27/207/2/19/1
UKM3.2.24/263/2

Sekian,mohon sebarkan pada rakan-rakan anda.
Terima Kasih.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi:

Setiausaha Agung PMFST UKM 2011/2012,
ABDUL FATTAH SADIQ BIN ABD HAFIDZ
SAINS NUKLEAR/2
0136422689



Tuesday, November 15, 2011

PENEMUAN SAINTIFIK DI SEBALIK KHALWAT
Larangan untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tetapi, jarang daripada kita yang mengetahui sebab ilmiah disebalik perintah itu.

Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap keadaan khalwat itu?

Baru-baru ini, satu kajian membuktikan bahaya berkhalwat tersebut.
 Para penyelidik di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita menjadi daya tarikan yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam badan. Walaupun subjek kajian cuba untuk melakukan kajian atau hanya berfikir tentang wanita yang sendirian denganya hanya dalam sebuah simulasi kajian. Namun hal tersebut tidak mampu menghalang tubuh dari perembesan hormon tersebut.

"Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Anda akan mempunyai perkadaran tinggi dalam peningkatan hormon tersebut," inilah penemuan kajian saintifik baru-baru ini yang disiarkan di dalam Daily Telegraph!

Para saintis mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk prestasi tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan perkadaran yang rendah, tetapi jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian boleh menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan mengakibatkan diabetes dan penyakit lain yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.

Bentuk yang menyerupai alat proses hormon kajian tersebut berkata bahawa stres yang tinggi hanya berlaku ketika seorang lelaki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada masa wanitanya memiliki daya tarikan lebih besar! Tentu sahaja, ketika seorang lelaki bersama-sama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak akan berlaku kesan daripada hormon kortisol. Seperti halnya ketika lelaki duduk dengan seorang lelaki, hormon ini tidak naik. Tetapi hanya berlaku ketika bersendirian dengan seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram.


Para penyelidik mengatakan bahawa lelaki ketika ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membina hubungan dengannya (jika tidak emosional), dan dalam kajian lain, para saintis menekankan bahawa situasi ini (untuk melihat wanita dan berfikir tentang mereka) jika berulang, mereka berisiko untuk mengidap penyakit kronik dan masalah psikologi seperti kemurungan.

Nabi saw mengharamkan khalwat
Kita semua tahu hadis yang terkenal yang mengatakan: "Tidaknya ada orang yang seorang lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali syaitan adalah yang ketiga", hadis ini menegaskan diharamkannya berkhalwat bagi seorang lelaki dengan wanita asing atau bukan mahramnya. Kerana itu Nabi saw melalui syariat ini menginginkan kita mengelakkan banyak penyakit sosial dan fizikal.

Ketika seorang beriman mampu mengelakkan diri dari melihat wanita (yang bukan mahram) dan mengelakkan diri dari berkhalwat dengan mereka, maka dia mampu mencegah penyebaran amoralitas melindungi dan dengan demikian masyarakat dari penyakit wabak dan masalah sosial, dan mencegah individu dari pelbagai penyakit.

untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk sumber:
http://keretaburuk12.blogspot.com/2011/11/penemuan-saintifik-disebalik-khalwat.html

Anda digalakkan "share",tetapi INGAT harus di sertakan sekali link sumber asal.
Sebarang komen,tambahan ilmu,penambahbaikan amat di alu-alukan.Sekian.