Pages

Wednesday, June 29, 2011

Isra Dan Mi'raj


"Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (maksud ayat 1 s.al-Isra')

       Allah s.w.t. telah mengisra'kan (memperjalankan diwaktu malam hari) Nabi Muhammad s.a.w. dari masjidil Haram (di Makkah) ke masjidil Aqsha artinya masjid yang jauh (di Palistina). Dahulunya orang biasa berjalan kaki dari satu tempat ketempat, ataupun menaiki kuda, keledai, unta dan sebagainya.
 
    Perjalanan dari Makkah ke Palestina mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ini adalah suatu perjalanan yang jauh, tetapi dengan kuasa Allah telah dilakukan dalam
masa yang singkat, hanya dalam beberapa jam sahaja. Bagi orang  dahulu, perrjalanan yang demikian jauh jika dapat dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja adalah suatu hal yang luar biasa dan  tidak dapat diterima oleh akal mereka.

       Sebabnya belum ada kenderaan yang mereka tunggangi seperti kuda, keledai
ataupun unta yang boleh melakukankannya. Pada zaman yang serba maju sekarang ini, hal itu telah menjadi perkara biasa, dengan adanya pesawat udara dan kenderaan lain yang laju.


     Hasil dari Isra' dan Mi'raj Nabi s.a.w. yang terbesar sekali ialah menerima tugas perintah dari Allah s.w.t.menunaikan ibadah Solat (sembahyang). Banyak arahan melakukan ibadah lainnya diterima melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t. Ibadah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. ini menunjukkan keistimewaan solat.
 
     Tidak ada alasan bagi siapapun untuk meninggalkan solat. Jika kita sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak sanggup duduk boleh secara berbaring. Tak boleh dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.
 
    Kecuali jika timbul sesuatu halangan yang memang telah ditakdirkan Allah seperti tidak siuman (gila), kita pingsan, tak sadar diri ataupun lainnya.


SOLAT DARI SUDUT SAINS

      Dalam menghayati hari Isra Mi'raj ini. Mari sama2 kita menghayati serta mengambil sedikit ilmu sains dari setiap pergerakan solat seharian bagi umat islam. Bagi bukan beragama islam, pasti ilmu ini sedikit sebanyak dapat di kongsikan dalam kita menghubungkan ilmu sains dalam kehidupan seharian..

     Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

    Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.

    Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

   Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

    Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.

   Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

   Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.

   Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

   Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya.

   Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

   Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.

   Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.

  Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.

"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.

   Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.

   Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.

  Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.

   Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga.

  Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia.

   Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.

  Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.

  Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

  Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit.

  Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala.

  Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.

   Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. UM/-
sumber dari Solat Dalam Sudut Sains

Saturday, June 18, 2011

PENGGODAM-Apa Yang Perlu Anda Ketahui?


Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.

Siapakah penggodam (Hackers) dan apa yang mampu mereka lakukan ?
Apa yang anda perlu ketahui, tidak semua penggodam adalah genius. Ini kerana di masa kini terdapat banyak laman web yang mengajar pengguna bagaimana hendak menjadi penggodam.
Godaman terhadap laman web biasanya berlaku apabila mereka dapat memasuki web server anda menggunakan pelbagai teknik tertentu. Apabila ini berlaku maka sebenarnya mereka kini mempunyai kebolehan "mengusik" apa-apa sahaja yang terdapat di dalam web server tersebut. Ini boleh jadi menukar kandungan fail laman web (html), membuang fail tersebut atau mungkin juga menyebarkan virus yang mungkin menyebabkan laman web anda semakin lambat atau tidak berfungi sama sekali. Kebiasaannya mereka melakukan aktiviti tersebut hanya atas dasar suka-suka (tetapi ia tetap sesuatu ancaman yang serius ) walaupun ramai juga yang professional seperti memintas transaksi pembayaran Kad Kredit secara online.
Seperkara lagi ancaman sebenarnya penggodam agak minimum jika anda menggunakan sambungan ke ISP menggunakan talian telefon untuk mencapai Internet kerana IP address anda adalah dipilih secara rawak. Sebaliknya rangkaian organisasi lebih terdedah kerana selain IP address yang tetap kebiasaanya juga terdapat lebih banyak protokol yang perlu dijaga yang selalunya berhubungkait antara satu sama lain seperti FTP & TELNET selain protokol HTTP.

Bagaimana laman web boleh ditembusi penggodam (Hackers) ?
o Jika anda melawati laman web dengan fungsi Java atau Active X yang tak diketahui. Maklumat mengenai komputer anda boleh dicuri dari situ iaitu dengan menggunakan apa yang dipanggil Cookies.
o Jika anda menggunakan password yang mudah diteka.
o Jika ada file sharing yang tidak sepatutnya. Imbasan terhadap port web server (biasanya port 80) boleh dilakukan terhadap komputer anda dan terhasillah pintu belakang untuk dimasuki.
o Jika administrator anda tidak menukar default password semasa proses installation sesuatu Server atau perisian tertentu.

Bagaimana hendak mengatasinya dan asas keselamatan laman web
1) Menggunakan FIREWALL
itu sistem yang memastikan polisi keselamatan antara 2 network berlainan
Sebagai contoh : Black Ice Defender
Untuk maklumat lanjut kunjungi site berikut:
http://www.interhack.net/pubs/fwfaq/#SECTION00030000000000000000

2) Menggunakan perisian keselamatan (Website Protection Software)
Sebagai contoh : WebAgain version 2.5
Zone Alarm 2.0 (percuma)

3) Mengenakan password untuk laman web yang dirasakan sensitif. Ini boleh dilakukan dengan dengan sedikit pemprograman Internet.

4) Mencuba tahap keselamatan laman web anda
Sebelum anda berasa laman web anda cukup kebal, fikirkannya sekali lagi . Anda boleh mencuba servis seperti SecurityLogics yang akan melakukan beberapa siri ujian untuk tujuan tersebut. http://www.securitylogics.com/securitycheck.adp

Kaedah yang biasa dilakukan oleh Penggodam
Disini terdapat beberapa cara yang berulang kali digunakan oleh penjenayah komputer dan pakar keselamatan:

a) Eksploitasi keselamatan :
Aplikasi yang disediakan untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan yang diketahui

b)Penghidu paket (Packet sniffer):
Satu aplikasi yang menangkap paket data TCP/IP, yang boleh digunakan untuk mengesan kata laluan dan data lain semasa dalam perjalanan sama ada di dalam komputer atau rangkaian.

c) Rootkit:
Satu kit alat yang menyorokkan fakta bahawa keselamatan komputer telah terjejas. Kit alat ini mungkin termasuk pengganti untuk dedua system supaya mustahil untuk pengguna sah mengesannya dengan melihat pada jadual proses.

d) Kejuruteraan sosial
Meyakinkan orang lain untuk memberikan apa-apa bentuk maklumat mengenai suatu sistem, kerap kali dengan dakwaan palsu. Contoh ketara ialah menanya seseorang mengenai kata laluan atau akaun mereka dengan menyamar sebagai seseorang. Contoh yang lebih licik ialah menanyai mengenai barangan promosi atau rujukan teknikal mengenai sistem syarikat, mungkin dengan berpura-pura sebagai wartawan.

e) Kuda trojan ( Trojan Horse )
 Program ini direka kononnya untuk membuat suatu perkara, seperti satu perisian sah, tetapi sebenarnya melakukan perkara lain. Tetapi ia tidak semestinya program jahat. Kuda Trojan boleh digunakan untuk membuka pintu belakang dalam sistem komputer supaya pencipta program tersebut boleh kembali dan menceroboh masuk. Virus yang menipu pengguna untuk memuat turun dan menjalankannya juga kadang kala dipanggil kuda Trojan. Nama ini berasal dari Kuda Trojan. Lihat juga Pendail.Virus

f) Virus
 Virus merupakan program yang menyalin dan menyebarkan diri dengan memasukkan salinannya ke dalam kod atau dokumen yang boleh dilaksanakan. Oleh itu, virus komputer berkelakuan serupa dengan virus biologi.

g)Pengimbas kerentanan (Vulnerability scanner)
Alat yang digunakan untuk memeriksa komputer dalam rangkaian dengan cepat, jika ada kelemahan yang diketahui. Penggodam juga biasanya menggunakan pengimbas port (port scanner). Program ini memeriksa port mana pada suatu komputer yang “terbuka” atau boleh digunakan untuk memasukinya, dan ada kalanya mengesan program yang menggunakan port tersebut, serta versinya. (Nota: Dinding api mempertahankan komputer dari penceroboh dengan mengehadkan capaian masuk dan keluar kepada port/mesin, namun ia masih boleh dipintas.)

h) Cacing (Worm)
Seperti virus, program cacing boleh menyalin dirinya. Bezanya ialah cacing tidak mencipta berbilang salinan dirinya pada satu sistem: ia membiak melalui rangkaian komputer. Ia boleh dibandingkan dengan bakteria dalam biologi. Ramai orang menggabungkan istilah "virus" dan "worm", dan menggunakan keduanya untuk memperihalkan mana-mana program yang merebak. Ini kerana sesuatu program itu boleh jadi mempunyai ciri-ciri kasar kedua-dua cacing dan virus.


Maklumat lanjut tentang godam (hack), boleh layari;
· CERT Coordination Center http://www.cert.org
· Conqwest.Com http://www.conqwest.com/
· SecurityFocus.Com http://www.securityfocus.com/
· SecurityWatch.Com http://www.securitywatch.com/
· Information Security Magazine http://www.infosecuritymag.com/

Sunday, June 12, 2011

Artikal pilihan: Sains Makanan dan Permakanan



Kembalilah kepada Pemakanan Berfitrah !


Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana. 


Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan. Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. 

Apakah "SARS" juga turun sebagai "bala" yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?
Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah GAYA PEMAKANAN SIHAT.. 
TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT 



·  Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
·  Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
·  Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
·  Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.







·  Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
·  Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
·  Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
·  Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
·  Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.




·  Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
·  Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja karas. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
·  Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

 SEKIRANYA ANDA MAMPU UNTUK MENGAMALKAN KESEMUA PERKARA DI ATAS, ALHAMDULILLAH.....SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT. NAMUN PENINGKATAN KESIHATAN SERTA PENYEMBUHAN BERBAGAI JENIS PENYAKIT AKAN LEBIH BERKESAN LAGI MELALUI GAYA PEMAKANAN SIHAT BERASASKAN MADU LEBAH DAN BUAH KURMA.

Khasiat Madu Lebah Asli


·  Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
·  Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
·  Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
·  Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
·  Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.




Khasiat Buah Kurma Segar

·  Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
·  Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
·  Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.
·  Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.
·  Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.
·  Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
·  Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

Tuesday, June 7, 2011

Daripada Kegagalan Kita Belajar






Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadangkala dipandang sebagai sesuatu yang amat negatif dalam kehidupan insan. Ya, kalau kita lihat secara sekali lalu – silap dan salah – sememangnya adalah negatif.


Tetapi sebagai manusia, kita tak akan mampu mengelak diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak kira sehebat mana pun kita mempersiapkan diri, akan wujud juga keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.


Ramai orang fobia dengan kesalahan dan kesilapan. Kerana mereka takut, ada celoreng hitam dalam perjalanan kehidupan mereka. Namun sebenarnya, kegagalan, kesilapan, kesalahan bukanlah sesuatu yang negatif 100%.
Kita patut memandang kegagalan, kesilapan dan kesalahan itu daripada luar kotak kebiasaan.


Kita ingat kita dah faham


Kadangkala, kita bersedia hingga sampai tahap kita merasakan bahawa kita telah faham atau merasakan bahawa kita telah mampu melakukan terhadap sesuatu perkara.


Untuk soalan periksa kita rasa kita sudah boleh jawab semua jenis soalan. Untuk tugasan kerja kita rasa kita mampu melakukan apa sahaja yang mendatang.


Namun tiba-tiba, kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham rupanya tidak tepat. Apa yang kita siap sediakan rupanya tidak kena dengan apa yang dikehendaki dalam pekerjaan. Kita telah tersalah. Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.


Di sini kalau keimanan itu wujud bersama kita, pertama sekali kita akan pulang bersangka baik kepada Allah SWT.


“Mustahil Allah nak zalim pada aku.”


Hal ini kerana, jelas wujud di dalam Hadith yang ke-24, dalam Hadith 40 Karangan Imam An-Nawawi Rahimahullah: Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman…” Hadith Riwayat Muslim.


Maka kita akan melihat semula kesilapan kita itu.


“Kenapa aku silap? 
Di mana aku silap? 
Macam mana aku boleh tersilap.”


Dan ketahuilah, apabila kita muhasabah semula, kita akan mendapat satu perkara baru. Pengajaran baru. Yang mana sekiranya Allah izin kita tidak silap dalam kesilapan kita tadi, kita tidak akan mempelajari pengajaran tersebut. Kita tidak akan mengetahuinya. Namun dengan kasih sayang Allah SWT, dengan hikmahNya yang tersangat luas, Allah ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita.
Tidakkah kita memerhatikan?


Keberanian mengambil risiko


Apabila mempunyai rasa tidak takut untuk melakukan kesilapan, tidak takut untuk gagal, maka kita akan mempunyai kekuatan untuk mengambil risiko. Semestinya mengambil risiko sekiranya boleh, kita patut elakkan. Namun akan wujud situasi-situasi di mana, walaupun selepas perkiraan yang rapi, tetap wujud risiko yang menanti. Maka di situlah ketidak takutan untuk melakukan kesilapan tadi memberikan kekuatan untuk mengecas keberanian kita dalam mengambil risiko tadi.
Hal ini kerana, kita yakin bahawa, sekiranya kita tersilap, kita akan mempelajari sesuatu yang baru lagi.


Membaca kehidupan, kadangkala 1000 kali lebih bermakna dari membaca buku


Akhirnya apabila mendalami perkara ini, yakni belajar daripada kesilapan ini, kita akan melihat bahawa kesilapan, kegagalan, kesalahan, itu semua adalah pelengkap kepada kehidupan. 
Orang yang memerhatikan kesilapannya semula, kegagalannya semula, akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi, kepekaan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah peduli akan kegagalan mereka.


Inilah dia apa yang suka saya katakan sebagai ‘membaca kehidupan’. Bukan sekadar bergantung kepada teori-teori di dalam buku semata-mata. Namun melihat juga apa yang telah kita lalui di dalam kehidupan kita.


Belajar daripada kesilapan, belajar daripada kegagalan, itu semua banyak membantu untuk membina satu peribadi yang lebih mantap.


Tidak semestinya perlu silap dahulu. =)


Ada orang akan berkata kepada saya:


Kalau macam itu, kita tak payah susah-susah belajar. Biar gagal dulu. Lepas gagal baru belajar.”


Saya tersenyum dan tertawa. Beginilah, mudahnya saya katakan begini:


“Kalau ada orang yang dah pernah terjun dalam api, dan kemudian cakap api itu panas, bersama bukti yang kukuh menunjukkan kecelakaan yang boleh dibawa oleh penerjunan ke dalam api(ada kesan kulit terbakar pada tubuh dia dan sebagainya), agak-agak wujudkah keperluan untuk kita turun ke dalam api juga?”


Tidak semestinya kita perlu silap dahulu. Belajar daripada kesilapan orang lain juga adalah salah satu seni. Namun, apabila tiba masanya bila kita tidak lagi mempunyai pilihan melainkan berhadapan dengan risiko untuk melakukan kesilapan, maka jangan takut. 


Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bergeraklah.


Kalau berjaya itu alhamdulillah. Kalau gagal itu, kita belajar lagi. Dan semestinya, bila kita gagal, kita akan nampak sesuatu yang selama ini rupanya kita tidak perasan, melainkan apabila kita gagal.


Kadang-kadang, kejayaan atas angin kita itu, tak punya makna.


Tahukah apa itu kejayaan atas angin? 
Itulah dia kejayaan palsu.


Contoh, kita berjaya di dalam peperiksaan bukan kerana kita pakar atau faham dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi bernasib baik. 
Bernasib baik kerana sudah ada soalan bocor
Nasib baik kerana apa yang kita baru baca pada malam peperiksaan masuk
Nasib baik kerana, pensyarah tambahkan markah
Nasib baik kerana, kita sudah buat banyak latih tubi, dan jenis-jenis soalan tersebut masuk periksa.


Ini adalah kejayaan yang pada saya tak ada maknanya. Sebab kita sebenarnya tidak akan mampu memanfaatkan ilmu di dalam hal ini. Kita sebenarnya tidak pakar. Kita sebenarnya bodoh. Kita hanya bernasib baik.
Berbelas A, atau segulung ijazah tidak bermakna sekiranya kita berjaya demikian.


Maka, dalam situasi ini, pada saya, kalau kita gagal, kalau kita tidak mendapat markah yang baik, kadangkala itu lebih baik. 


Moga-moga apabila kita gagal itu, kita tergerak untuk belajar lagi, melihat semula mengapa kita gagal
Di mana kita gagal. Agar kita belajar lebih banyak lagi. Faham dengan lebih baik lagi.


Sebab itu kadang-kadang, orang-orang yang bermarkah rendah lebih memahami mata pelajaran, atau pengkhususan dalam kos yang diambilnya. Kerana bila mereka mendapat markah yang rendah, mereka mengulangkaji semula. Belajar semula. Memahaminya semula. Berbanding mereka yang ‘bernasib baik’, cemerlang dan kemudian tidak melihat semula.



Penutup: Melihat kembali hikmah dalam kegagalan. Belajar dari kesilapan.


Pernah seorang pakcik berkata kepada saya, selepas saya kemalangan kenderaan.


“Memang begitulah. Nanti lepas ni, mesti lebih cekap bawa kereta.”


Saya tertawa. Tetapi memang betul. Selepas kemalangan itu, saya jadi lebih cekap. Lebih cermat. Lebih peka. Lebih sensitif apabila memandu. Tidak leka dan lalai.


Belajar daripada kesilapan.


Tetapi apakah kita mesti ‘mengkemalangankan’ diri kita baru nak sedar?


Tidak semestinya. Kita boleh mula belajar daripada kemalangan orang lain dahulu. Namun begitulah, kadangkala kita dah belajar dah daripada kemalangan orang lain. Kita dah usaha dah untuk cermat. Kita rasa kita dah paling sensitif dah. Namun, apabila Allah izin kita kemalangan juga, akan terbukalah pintu-pintu ‘kecacatan’ yang selama ini rupanya kita tidak lihat.


Maka daripada kemalangan itu kita belajar lagi. Menjadi yang lebih baik lagi. Lebih baik dari apa yang kita rasa selama ini kita telah baik.


Dan begitulah dalam hal-hal yang lain. Kegagalan, kesilapan, kesalahan, semua itu hakikatnya adalah pengajaran halus daripada Allah SWT. Daripada semua itu, kita belajar,mengambil iktibar. Menjadi yang lebih baik lagi.





Thursday, June 2, 2011

Article Pilihan: Science Is Amazing !!

BELIEVE OR NOT…???

                           Merebus Telur dengan HP (HandPhone)


Banyak organisasi termasuk industri HP seringkali mengesampingkan akibat radiasi HP kepada otak. Hasil-hasil kajian jangka pendek yang dimanfaatkan untuk meyakinkan para konsumer bahwa dengan menggunakan HaPe tidak ada hubungannya dengan kanser atau tumor otak, yang hanya berkembang berapa dekad setelah terekspose.


Wajar saja, tidak ada seorangpun mengetahui secara pasti sejauh mana sebuah HaPe dapat membahayakan seseorang. Media baru Howe Recently melaporkan sebuah studi yang memperlihatkan radiasi HaPe yang penuh dengan energi dapat digunakan untuk memasak telor.






Dalam sebuah percubaan, peneliti menyimpan sebuah telor di dalam sebuah cangkir porselen (karena mudah untuk menyerap panas), dan meletakkan dua buah HaPe yang saling berhadapan dengan telor di dalam cangkir porselen tersebut. Peneliti kemudian memanggil salah satu HaPe kemudian menyimpannya berhadapan dalam keadaan salurannya tersambungkan untuk jangka waktu beberapa lama.


Selama 15 menit pertama, tidak terjadi perubahan apa-apa. Namun, setelah 25 menit kemudian kulit telor mulai memanas dan setelah 40 menit kemudian permukaan kulit telor menjadi keras dan merekah. Para peneliti menemukan protein yang berupa putih telor menjadi keras meskipun kuning telurnya masih dalam bentuk cairan. Setelah 65 menit telur matang dengan sempurna.



Penelitian memperlihatkan bagaimana menakutkannya radiasi HaPe. Kita harus berusaha untuk menghindari penggunaan HaPe. Meskipun tidak seorangpun telah membuktikan radiasi dari HaPe dapat menyebabkan sesuatu yang secara klinis signifikan. Lagipula, tidak seorangpun yang dapat menyanggah risiko tersebut.



Anak-anak harus dilarang menggunakan HaPe karena otak mereka masih berkembang dan terutama rawan terhadap radiasi.



© 2004-2005 by foodconsumer.org unless otherwise specified



Bagaimana Dua Orang Wartawan Rusia Memasak Telur Dengan HaPe Mereka.



RawFamily.com






Vladimir Lagovski dan Andrei Moiseynko dari Koran Komsomolskaya Pravda di Moskow memutuskan untuk mempelajari langsung bagaimana bahayanya HAPe. Tidak ada sihir dalam memasak telur dengan HaPe. Rahasianya terletak dalam gelombang radio yang radiasinya dipancarkan oleh HaPe.



Kedua orang wartawan tersebut membuat alat berupa microwave sederhana seperti terlihat pada gambar di atas. Mereka menilpon dari satu HaPe ke HaPe yang lainnya dan membiarkan keduanya tetap saling terhubungkan. Mereka memasang sebuah pita rekaman di sebelah HaPe untuk menirukan suara agar telepon tetap aktif.




Setelah 15 minit: Telor mulai hangat.



25 minit: Telor sangat hangat.



40 minit: Telor menjadi sangat panas.



65 minit: Telor Matang.


JOM CUBA!!! ^_^