Pages

Sunday, September 26, 2010

GenKimo


PENGGUNAAN GenKimo dapat mengurangkan kadar kematian akibat serangan penyakit di samping sebagai makanan tambahan ternakan. - Gambar hiasan

Penggunaan bahan kimia seperti antibiotik dalam industri ternakan bagi mempercepatkan tumbesaran mencetuskan pelbagai polemik.

Justeru penggunaan antibiotik walaupun belum diharamkan di negara ini perlu dihadkan dan digantikan dengan pelbagai mikroorganisma bermanfaat (IMO).

Selain menggantikan antibiotik, IMO boleh digunakan dalam proses penapaian sisa tanaman industri bagi makanan ternakan.

Bahan berkenaan yang telah siap diproses dan dinamakan probiotik sebagai makanan tambahan ternakan mempunyai mikrob yang hidup untuk tingkatkan kesihatan hos.

"Probiotik menjadikan ternakan lebih sihat dan boleh didapati dalam bentuk cecair, pil atau serbuk mengikut keperluan," kata Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Ramli Mohd. Nor.

Mendapat pendidikan di Jepun, kini beliau giat menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan.

"Penggunaan probiotik jika digunakan dengan meluas boleh menggantikan antibiotik," katanya.

Biasanya penternak ayam menggunakan antibiotik untuk merangsang pertumbuhan sehinggakan ada negara yang mengharamkan penggunaannya.

Ayam yang diberikan probiotik kurang berlemak sama seperti ayam kampung.

Produk probiotik hasil kajian Dr. Ramli yang dinamakan GenKimo dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.

"GenKimo merupakan sejenis produk probiotik yang mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel.

"Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik," katanya.

Produk GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan.

Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal dari Korea Selatan menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal.

Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran tumbuhan dan ketahanan terhadap penyakit.

Bagi pelbagai aplikasi, Dr. Ramli menghasilkan tiga jenis GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.

GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair probiotik bagi minuman ternakan.

Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa musim hujan.

"Kajian di ladang-ladang ternakan ruminan yang menggunakan GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang tidak menggunakannya," katanya.

Dr. Ramli berkata, GenKimo-bio pula merupakan makanan tambahan ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.

"Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana tidak mengandungi bahan toksik.

"Ia juga berupaya meningkatkan metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan," katanya.

GenKimo-bio juga dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, Dr. Wan Zahari Mohamed berkata, permintaan berlipat ganda terhadap daging dan telur memberikan impak yang besar terhadap industri ternakan.

Justeru, dengan industri ternakan yang tumbuh bagai cendawan, MARDI dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Universiti Putra Malaysia (UPM), Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan FELDA sebagai penganjur bersama serta disokong bersama-sama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan Persidangan Makanan Ternakan Antarabangsa buat kali keempat.

Persidangan tersebut dijadualkan pada 21 hingga 23 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bharu, Johor.

Musytari hampiri bumi Isnin Lepas





CAPE CANAVERAL, Florida 18 Sept. - Penduduk dunia berpeluang menyaksikan Musytari dengan mata kasar lewat malam Isnin , apabila planet itu akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 50 tahun.

Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 kilometer dari Bumi lewat malam Isnin, jarak terdekat dengan bumi sejak tahun 1963.

Planet terbesar dalam sistem solar tersebut mengeluarkan cahaya tiga kali lebih terang berbanding bintang paling berkilau di langit iaitu Sirius, dan ia hanya boleh dilihat sekali lagi pada 2022.

"Musytari sangat terang sekarang sehingga anda tidak memerlukan peta langit untuk melihatnya.

"Anda hanya perlu berjalan di luar dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi pemerhati berpengalaman, perbezaan melihat Musytari kali ini sangat penting," kata Tony Phillips, seorang pakar astronomi California yang berkhidmat dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Bukan sahaja Musytari, planet Uranus juga dilapor bakal berada hampir dengan Bumi pada malam sama.

Ia akan berada dekat dengan Musytari tetapi agak sukar dilihat dengan mata kasar.

Melalui teleskop, Uranus akan bersinar seperti cakera berwarna hijau zamrud, kurang satu darjah berbanding Musytari.

Musytari berada agak dekat dengan Bumi dalam tempoh setiap 12 tahun. Pada 1999, ia melalui Bumi pada jarak yang jauh.

Phillips berkata, fenomena yang disifatkan sebagai 'sekali seumur hidup itu' agak luar biasa kali ini kerana Uranus akan turut berada dekat dengan Bumi pada masa yang sama.

Walaupun boleh dilihat berhampiran Musytari menerusi teleskop, Uranus sebenarnya berada pada jarak 2.7 bilion kilometer dari Bumi pada malam Isnin ini.

Thursday, September 23, 2010

kemudahan JARING-UKM telah dipulihkan di Fakulti Sains & Teknologi

Pada 22hb September 2010,kemudahan wifi "JARING-UKM" telah kembali berfungsi setelah berlaku kerosakan sejak pada bulan ramadhan yang lepas. Exco Kebajikan PMFST, Asarulazlan bin Ariffin @ Aripin memandang serius atas permasalahan yang dihadapi hampir 3000 mahasiswa FST akibat ketiadaan wifi di Fakulti Sains & Teknologi dengan membuat aduan kepada Pusat Teknologi Maklumat(PTM)tentang permasalahan yang berlaku.

Kini, Kemudahan wifi"JARING-UKM" kembali berfungsi setelah sekian lama tidak dapat diakses dan memberi permasalahan kepada mahasiswa/i FST yang menggunakan internet untuk mencari sumber rujukan. Kami daripada pihak PMFST berterima kasih kepada PTM kerana mendengar aduan kami dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku dengan cepat. Disini, kami mengalu-alukan semua mahasiswa mengambil serius dengan melaporkan sebarang kerosakan yang berlaku di fakulti kita yang disayangi ini kepada pihak PMFST agar kami dapat menyelesaikan sesuatu dengan mudah dan cepat. Sila hubungi Asarulazlan bin Ariffin @ Aripin (013-4860493)/ Mohd Alfie Shahreen bin Haris (0139149161) -Sekretariat Kebajikan

::KEILMUAN,KEBAJIKAN,KESATUAN::

Tuesday, September 21, 2010

BISIK-BISIK TYDP PMFST TENTANG PENJAGAAN KESIHATAN





Faedah lelap seketika kepada pekerja

Oleh NOOR ARMIZA BINTI MD ARIS



SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu terfokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.

Monday, September 20, 2010

NAK TAHU TENTANG SISTEM TAKAFUL,,,,,JOM BERSAMA EXCO EKONOMI PMFST..


Perbezaan Insuran
Konvensional & Takaful
Oleh
MOHAMAD FUAD AHMAD
Exco Ekonomi PMFST
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-


  • a) Tabarru' dan Mudarabah


  • b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.
Demikian penerangan ringkas saya.
untuk maklumayt selanjutnya,,layari

Saturday, September 4, 2010

Agihan kad raya PMFST



Dapatkan Kad Raya PMFST edisi 2010 yang akan diedarkan pada hari isnin ini.....

ihya' ramadhan PMFST " warna-warni Ramadhan"

Salam Ramadhan,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi(PMFST) telah mengadakan ihya' Ramadhan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian PMFST. Program ihya' Ramadhan pada tahun ini bertemakan"warna-warni Ramadhan. Program ini bermula pada pukul 3.00 petang dengan menyediakan bubur lambuk yang dibantu oleh Pak Cik Guard(anggota Keselamatan UKM). Program ini dihadiri tetamu yang istimewa iaitu anak-anak yatim seramai 35 orang yang dijemput khas daripada rumah anak yatim di Rawang.
(Fattah sedang bertarung dengan api gas yang marak untuk memanaskan periuk)
(adik-adik sedang khusyuk mendengar taklimat program dan perasmian)
(Antara juadah berbuka puasa yang disediakan yang diorder khas daripada kafe kolej Za'aba)
(jangan berebut...semua dapat)
(Muslimat yang hadir untuk memeriahkan ihya' Ramadhan)
(urusetia dan pimpinan sedang menyediakan bubur lambuk walaupun agak lama nak masak)
(Pak Cik Guard sedang menambah ramuan ke dalam periuk)
(antara ramuan bubur lambuk PMFST pada tahun ini.Nak menunye???minta dengan pak guard yer)

(Mungkin Kak Aida nak ambil adik ini sebagai adik angkat)
(adik-adik sedang menonton filem"upin & ipin" sementara menunggu masa untuk berbuka)
(antara penceramah yang hadir untuk menyampaikan sedikit tazkirah bertemakan"warna-warni Ramadhan)
(ketua Pengarah, saudara Kamaruddin sedang menyampaikan sedikit ucapan)
(mantan YDP PMFST dan lepasan graduan FST bekerjasama menyiapkan bubur lambuk sambil diperhatikan Pak Guard)
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ihya' Ramadhan PMFST 2010.