Tuesday, March 30, 2010
Wednesday, March 24, 2010
RESPON ISU SHORT SEM FST
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Berikutan daripada isu 'short sem' yang melanda pelajar tahun 2 FST baru-baru ini, PMFST telah mendapat respon daripada Pengarah Pusat Pengajian Umum berkenaan masalah tersebut. Bagi setiap pelajar tahun 2 yang telah mendaftarkan nama kepada PMFST pada minggu lepas, nama tersebut telah diterima dan akan didaftarkan sendiri oleh pihak PPU pada 3-5 mei 2010 ini. Namun begitu, subjek yang akan didaftarkan telah ditetapkan iaitu subjek Pengurusan Emosi set 1 bagi taraf kursus U2 dan bagi taraf kursus U3, set baru akan dibuka untuk subjek Sejarah Pemikiran.
Bagi mana-mana pelajar yang namanya terdapat dalam senarai dan ingin menarik diri dari kursus tersebut, anda bolehlah membatalkan nama di PPU sendiri sebelum 30 April 2010 ini. Sekiranya nama telah didaftarkan pada 3-5 mei ini nanti dan baru sahaja anda berasa ingin menarik diri akibat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, anda bolehlah menggugurkan nama di PPU sebelum tarikh 14 mei 2010 dengan berserta surat.
Sebarang masalah dan pertanyaan lanjut bolehlah berhubung terus dengan En. Shahmi (PPU) di talian: 013-89216872 atau anda juga boleh menghubungi Yang Dipertua PMFST, saudara Aiman Zafri Bin Amiruddin di talian : 013-4429964 dan Exco Kebajikan PMFST, saudara Asarulazlan Bin Ariffin @ Aripin di talian : 013-4860493.
-Kebajikan Anda Keutamaan Kami-
Saturday, March 20, 2010
PMFST PERJUANGKAN ISU "SHORT SEM" PELAJAR FST
Yang Dipertua dan Exco Kebajikan PMFST membuat rundingan di
PPU mengenai masalah 'short sem' pelajar tahun 2 FST
Bermulanya sesi pendaftaran bagi semester tiga pada minggu yang lepas, PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI(PMFST) telah didatangi oleh beberapa pelajar bagi membuat aduan mengenai masalah yang terjadi kepada pelajar Fakulti Sains Dan Teknologi(FST) tahun 2 yang tidak dapat mendaftar kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum(PPU) bagi kursus yang berstatus U2 dan U3.
Sehubungan dengan itu, langkah awal telah diambil oleh Yang Dipertua(YDP) PMFST sendiri , saudara AIMAN ZAFRI BIN AMIRUDDIN bersama-sama Exco Kebajikan PMFST, ASARULAZLAN BIN ARIFFIN telah ke PPU sendiri bagi mengemukakan permasalahan ini selepas saudara FAIZ BIN ISMAIL iaitu MPP UMUM MAHASISWA telah pergi menemui Pengarah Pusat Pengajian Umum bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang melanda pelajar FST khususnya pelajar tahun 2.
Sistem baru yang mengatakan bahawa pelajar tahun 2 mulai semester ini akan menjalankan Latihan Industri(LI) pada semester akhir tahun 3. Mahu tidak mahu, kebanyakan pelajar pasti ingin mengambil semester pendek kali ini bagi mengelakkan mereka terbeban dengan jumlah unit yang banyak pada tahun yang berikutnya. Ini juga bagi mengelakkan kebanyakan pelajar tahun 2 untuk tidak habis pengajian pada masa yang ditetapkan atau lebih familiar lagi dengan istilah 'extend'. Dengan slogan "KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI" pihak PMFST telah bekerjasama dengan wakil tahun 2 program Biokimia, Teknologi Kimia, Fizik dan banyak wakil program lagi bagi mengumpulkan senarai nama pelajar yang ingin mendaftar short sem ini dengan pelbagai alternatif yang digunakan iaitu nama telah dikumpulkan melalui Facebook, blog dan juga SMS.
Lanjutan perjalanan permohonan ini akan kami uar-uarkan dari semasa ke semasa dan kami dari pihak PMFST mengharapkan doa' dari rakan-rakan sekalian agar permohonan ini diterima dan berjalan lancar supaya kita, selaku pelajar FST akan dapat menimba ilmu dengan penuh dedikasi.
KEILMUAN, KEBAJIKAN, KESATUAN
Wallahul a'lam

PROGRAM ROHADI
Friday, March 19, 2010
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Berikutan dengan pertukaran pimpinan PMFST yang baru pada AGM baru-baru ini, maka blog PMFST juga telah berevolusi dan berpindah ke blog yang BARU!
Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan PMFST sesi 2009/2010 yang lepas di atas segala usaha yang telah dijalankan untuk membawa PMFST sebagai wadah dalam melahirkan mahasiswa yang selari dengan falsafah Universiti.
Barisan bakal pimpinan PMFST 2010/2011
yang bersedia untuk bermanifesto
Ucapan sekalung tahniah dan takziah juga ditujukan buat barisan kepimpinanan PMFST sesi 2010/2011 yang baru yang diterajui oleh Yang Dipertua, saudara Aiman Zafri Bin Amiruddin dalam usaha untuk terus memacu PMFST ke arah yang lebih cemerlang. Semoga PMFST kekal dalam memperjuangkan Keilmuan, Kebajikan dan Kesatuan warga FST.
Akhir kalam,
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PMFST YANG TERBARU!!!
p/s: sebarang komen amatlah dialu-alukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)