Pages

Saturday, June 9, 2012

Majlis Penyampaian Watikah PMFST & Ucapan Dasar Yang Dipertua 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.






Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penyampaian Watikah PMFST & Ucapan Dasar Yang Dipertua Sesi 2012/2013 yang telah berlangsung di bilik persidangan, Bangunan Kedekanan FST sebentar tadi. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Fakulti Sains dan Teknologi ini turut dihadiri oleh Dekan FST, Prof. Dr. Sahrim bin Haji Ahmad dan Timbalan Dekan FST, Prof. Dr. Shahidan bin Radiman. Turut sama meraikan majlis ini ialah mantan pimpinan PMFST sesi 2011/2012.




Barisan kepimpinan PMFST 2012/2013 bersama Dekan FST



Barisan kepimpinan PMFST 2011/2012 bersama Dekan FST



Dalam majlis tersebut, Yang Dipertua PMFST 2012/2013, Muhammad Asri bin Abdul Sisak telah menyampaikan ucapan dasar PMFST sesi baru ini, termasuklah menghebahkan visi dan misi terbaru PMFST. Antaranya, visi PMFST iaitu "PMFST sebagai badan pimpinan yang proaktif ke arah merealisasikan FST sebagai fakulti terulung seiring dengan falsafah UKM." Dengan adanya visi ini, PMFST bukan sahaja sebuah persatuan yang berideologi semata-mata, malah merupakan sebuah persatuan yang berupaya melakukan transformasi sosial bagi membentuk morfologi warga saintifik, khususnya dalam kalangan warga Fakulti Sains dan Teknologi sendiri.




Dekan fakulti, Prof. Dr. Sahrim bin Ahmad dalam ucapannya turut menyokong padu visi dan misi PMFST dengan harapan agar gabungjalin seluruh warga fakulti yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, bangsa dan agama dapat memacu Fakulti Sains dan Teknologi lebih jauh ke hadapan. Katanya lagi, mahasiswa dan mahasiswi fakulti ini perlulah ditonjolkan sebagai masyarakat saintifik yang seimbang ilmunya, dari segi intelektual dan juga sahsiah peribadinya.




Bacaan ikrar



Terima kasih kepada kepimpinan lama, tahniah dan takziah buat kepimpinan baru PMFST. Dengan berakhirnya majlis ini, diharapkan agar menjadi titik tolak kerjasama yang lebih kukuh antara PMFST, khususnya warga FST dengan pihak pentadbiran FST dalam menjalankan pelbagai program dan aktiviti pada masa akan datang. Wallahua'lam.



Keilmuan, Kebajikan, Kesatuan.




Kredit gambar : Fikri Arrazi, Noorhuda Hamid

No comments:

Post a Comment